Ahad, 3 November 2019

FaMiLy DaY bANgUnAn Ke PeNaNg

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Naj nak share trip family day kitorang ke Pulau Pinang untuk meraikan Mak Ita dan Abang Man yang akan berpencen tak lama lagi. Kejap sangat planning kitorang ke sana. Memang sporting kawan-kawan I nih😘. Kite orang bergerak dari office pada waktu malam lebih kurang pukul 10 cam tu la.




 Kami sampai Penang dalam waktu subuh macam tu la. Persiapkan diri dan solat, kemudian kami naik ke Bukit Bendera untuk melihat sunset dari puncak Bukit Bendera. Tiket awal pagi tu memang murah la, RM 3 per head! Huhu




 







Masa sampai atas ni, memang banyak kedai yang tak buka lagi la citer dia hahahaha... Habis je kami round2 kat Bukit Bendera ni, so kiteorang pon turun ke bawah untuk bersarapan. Tempat sarapan kami memang dekat je dengan Bukit Bendera! 




Lepas je bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Taman Rimba Teluk Bahang. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakaukan di sana. Mandi-manda, merentasi titian kanopi, dan lain-lain lagi. 



Tak sah la kalau dah sampai Pulau Pinang tapi tak makan nasi kandar kan?! So, lepas je bermandi-manda, kiteorang semua pergi makan Nasi Kandar Deen Maju yang sememangnya terkenal dengan makanan dieorang!




Masing-masing pon sudah kekenyangan, so kiteorang meneruskan perjalanan ke apaartment yang kami dah booking! Tempat dia seronok juga sebab tak jauh sangat daripada pantai! Tu yang penting guys! huhuhu....
























Masa kami sukaneka ni, memang sudah pun gerimis. Memang basah kuyup lah kami huhuhu. Malam tu kami meneruskan Food hunting ke Padang kota! 





Memang lama kami makan malam di Padang Kota, kami pulang ke apartment semula. Keesokan harinya, kami siap-siap untuk menacari roti canai Transfer Road! huhu! Sampai saja di sana, memang ramai yang sudah pun bersarapan. ARoti canai di sini memang sedap bak hang! Kuah banjir! huhu

 



Habis je bersarapan, kami meneruskan ke Chowrasta dan melewati kawasan-kawasan persekitaran di area sini!  




  


 







Tak lama selepas itu, kiteorang meneruskan perjalanan pulang ke Bangi.




Sekian sahaja percutian family day bangunan di Pulau Pinang!