Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Tujuan entry ni ditulis sekadar kenangan Naj dan husband di Kelantan sempena trip All Go Unite V3 (AGU V3). Perjalanan bermula dari Sabak Bernam bersama-sama geng SBKC atau dikenali sebagai Sabak Bernam Kelisa Crew. Ni kali ke dua Naj join event husband. Dulu-dulu punya kat sungkai, perak. Okay, perjalanan selama lebih kurang tambah tolak bahagi darap adalah selama 12 jam. Memang letih sangat lah kan, lagi-lagi yang drive kereta. Kesian jugak Naj tengok husband ni. Tapi, well, lelaki biasalah, mesti jawapannya 'Abang okay je...,' Hehehe (Jangan marah husband, I gurau jer keyh! :) Kite orang ada jugak berhenti kat beberapa tempat, like mosque, dan tempat makan, lepas tu kite orang teruskan perjalanan melalui banjaran titiwangsa. Masa kita orang lalu banjaran Titiwangsa ni, pemandangannya.... Subhanallah, cantik sangat. Sejuk, nyaman, semua ada. Like you all knows, I really falling in love with nature. Hewhewhew.... :D
Masa ni memang tengah gerimis. Lagi sejuk lah kan? Huhu...
Selamat datang ke Grik! :)
Muka tahan penat masa driving. Hehehe
Dalam jam 10.30 malam, barulah kite orang sampai di F & Z Homestay. Lama betulkan perjalanan kita orang ni. Rumah ni memang sangat selesa untuk keluarga besar menginap di sini. Sebab apa? Sebab, kat homestay ni ada 6 bilik tidur tahu? Memang sangat selesa! Naj recommend kat korang yang nak datang ke Kelantan dengan keluarga besar, boleh menginap di homestay ni. :)
Naj ada tinggalkan info tentang homestay ni.
Alamat : Lot 1505, Taman Seri Demit,
Jalan Raja Perempuan Zainab 1,
Kubang Kerian,16150 Kota Bharu, Kelantan.
Okay, dalamnya macam mana? Tingkat satu ada 2 bilik tidur, manakala tingkat 2, ada 4 bilik tidur. Bilik air ada di setiap bilik. Puas tak dengar? Hahaha... Ruang tamu juga memang luas, Dapur pun okay.
Okay, ni pulak bilik di tingkat atas
Ada 4 bilik tidur. Bilik 1 ada 3 katil (2 katil queen dan 1 katil single),
bilik 2,3, dan 4 ada satu katil queen.
Bilik tidur
Esok paginya pulak, hari Sabtu, Naj dan yang lain-lain pun siap-siap untuk ke perjumpaan AGU. Pagi tu sarapan dulu di Restoran Manna WaSalwa. Tempat ni berhadapan dengan Hotel Suri.
Nama restoran : Restoran Manna WaSalwa,
Masakan Panas & Nasi Air
Nombor telefon: 013-984 6313 / 018-9142523
Alamat : Lot 2820, Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan
Lepas habis je breakfast, kumpulan SBKC pon pergi ke satu kawasan lapang yang terletak berhampiran dengan Restoran Makanan Laut 'T Captain Restaurant' dan tak jauh daripada Tesco KB. Kat situ lah pertemuan AGU V3 Kelantan pada hari ni. Mak aih! Banyak betul kereta kelisa yang bermacam jenis Naj tengok. Hahaha...
Setiap ahli akan dapat tag ini.
Jaga baik-baik ye, sebab kat sini ada nombor cabutan bertuah. Siapa yang bertuah dia dapatlah hadiah malam ni. Huhu... Okey, apa aktiviti kita orang lepas ni? Ha, kite semua nak pergi serbu kedai makan yang pernah keluar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Nama kedai ni Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.
Nama restoran : Warung Pak Mat Pulau Pisang
No telefon : 011-2547 8086
Alamat : Kota Bharu, Kelantan
Kite orang order keropok lekor, dim sum, ABC sebab
sup kepala ikan dah habis. Uwaa...
Ni lah teh tarik madu yang popular di Warung Pak Mat Pulau Pisang. Tempat ni kena pergi kalau korang dah sampai kat Kelantan ni. Lokasinya jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Warung ni dekat je dengan Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Senang citer korang waze je lah kalau tak jumpa ye? Lagi senang kan? Huhu...
Habis je makan-makan dekat Warung Pak mat, kita orang terus pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk merasa Maggi Ketam pulak. Hahaha... banyaknya makan hari ni. Huhu...
Naj makan maggi ketam, husband pulak makan maggi belut.
Layan waktu petang di sini :)
Masa kita orang nak balik kan, kereta yang masuk ke kawasan PCB ni memang sangat ramai.
Sesak kan dekat PCB ni. Nasib baik masa ni kita orang dah nak balik ke homestay. Huhu... Sempat jugaklah Naj beli Jeruk Mangga Asam Boi sementara menunggu kereta yang jem untuk keluar daripada PCB ni.
Lepas tu, kita orang pun balik semula ke homestay untuk bersiap-siap dengan aktiviti malam ni, dekat Marina Water Park. Kat situ ada aktiviti BBQ dan sesiapa yang nak main water park kat situ pun boleh juga. Tapi kita orang tak main kat water park tu pun. Segan lah. Heee... Lepas tu, ada aktiviti cabutan nombor bertuah, and what? Ramai ahli SBKC yang bertuah pada malam ni. Guess what? Sebab Naj lucky jugak malam ni. Hehe. I dapat hamper okay. Hehehe.
Pemenang lucky draw daripada SBKC :)
Nama : Wakaf Che Yeh
Alamat : 15150 Kota bharu, Kelantan
Malam tu, kita orang pergi Wakaf Che Yeh. Wakaf ni adalah pasar borong pada sebelah siang dan barangan asas. Manakala pada waktu malam pulak, adalah berkonsepkan pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Pasar Wakaf Che Yeh juga berdekatan dengan Restoran McDonald dan stesen minyak.
Pada esok paginya pulak, kite orang terjah Kopitiam Kita yang juga pernah popular dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Masa Naj masuk je dalam restoran tu, pergh! Memang ramai betul orang! Ni bukti bahawa makanan kat sini memang sedap. Nak tahu? Jom kita rasa! :D
Ni pandangan daripada luar Kopitiam Kita
Ramai kan?
Kedai makan Kopitiam Kita ni memang wajib ada dalam list journey korang kalau dah sampai Kelantan sebab kedai ni dikategorikan sebagai kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu ni. Naj datang sini sebab nak rasa Roti Titab dengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ni taw. Memang sedap sangat! Thumbs up! Huhu... Kat sini juga mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu dan dihimpunkan di sini. Kiranya tempat ni dah macam one stop center lah.yang mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik.
Korang pon boleh jugak rasa pelbagai jenis nasi like Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi lah. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak, dan ramai lagi telah berkunjung di sini. Kalau korang datang sini, korang boleh tengok betapa ramainya golongan ternama yang pernah singgah untuk bersarapan dekat Kopitiam Kita ni. :)
Ni guide untuk korang yang
nak datang ke sini.
Owner restoran ni memang cukup tegas sebab nak order makanan je dah lama. Kebetulan Uncle Wong lalu disitu, dan nampak kita orang tengah melilau-lilau nak panggil pelayan untuk order makanan kite orang, dia dengan rela hatinya, menjerit....
'Order makanan kat meja ni!', Kuat gila suara dia. Tak payah pakai microfon pun tak apa. Sangat sekejap pelayan tu datang ke meja kami dan ambik order. Huhu... (Rasa macam VIP pulak. Hahaha)
'Order makanan kat meja ni!', Kuat gila suara dia. Tak payah pakai microfon pun tak apa. Sangat sekejap pelayan tu datang ke meja kami dan ambik order. Huhu... (Rasa macam VIP pulak. Hahaha)
Sangat peramah bila kita orang nak ambik gambar dengan Uncle Wong
Hye korang! Lepas ni nak pergi ke mana? Ha, jom kita pergi Pasar Besar Siti Khadijah! Pasar ni adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.
Pasar ni memang sangat meriah lah bila tiba hari minggu dan cuti sekolah. Kalau korang menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ni memang wajib lah korang lawat. Jalan kaki pun boleh kalau korang menginap kat hotel-hotel yang berdekatan ni. Pasar ni dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi sampailah jam 6 petang. Mesin ATM seperti BSN dan Maybank ada berdekatan dengan pasar ini bagi memudahkan korang untuk mengeluarkan duit...hehe... (Nampak sangat macam nak borong habis kan?)
Lepas tu, kita Naj and husband pun pulanglah ke Selangor semula bersama beberapa orang SBKC, manakala yang selebihnya, balik pada hari esok. Trip ke Kelantan sudah pun tamat. Okay, sampai di sini saja. :)
Thanks reading! :)
Pasar ni memang sangat meriah lah bila tiba hari minggu dan cuti sekolah. Kalau korang menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ni memang wajib lah korang lawat. Jalan kaki pun boleh kalau korang menginap kat hotel-hotel yang berdekatan ni. Pasar ni dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi sampailah jam 6 petang. Mesin ATM seperti BSN dan Maybank ada berdekatan dengan pasar ini bagi memudahkan korang untuk mengeluarkan duit...hehe... (Nampak sangat macam nak borong habis kan?)
Lepas tu, kita Naj and husband pun pulanglah ke Selangor semula bersama beberapa orang SBKC, manakala yang selebihnya, balik pada hari esok. Trip ke Kelantan sudah pun tamat. Okay, sampai di sini saja. :)
Thanks reading! :)