Selasa, 11 Ogos 2015

HoW tO mAkE bLaCk PePpEr SaUsE

Assalamualaikum semua...


Nak buat sos black pepper? Tak payah lah, beli je kat kedai, belambak kat sana.... Ugh..! Apa asalahnya kalau nak buat sendiri kan? Homemade lah kate kan... hehehe.... :P



Lets do it! 

Bahan-bahannya :


2 sudu besar butter / majerin
2 sudu besar tepung gandum (supaya kuah pekat)
2 cawan fresh milk / susu cair
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 atau 4 sudu besar sos botol black pepper
2 sudu besar kicap (supaya kuah sos lebih gelap)
Seketul kiub pati ayam


Cara-cara penyediaan :

1. Guna kuali non-stick. Kalau kuali biasa pon boleh. Hidupkan api 

2. Masukkan 2 sudu besar butter @ majerin. Bila dah cair, masukkan tepung 
    gandum pulak. Kacau rata ye kawan-kawan.

3.  Bila dah nampak ada buih-buih pada butter @ majerin, masukkan susu. 
     Kacau lagi. 

4. Lepas tu masukkan serbuk black pepper dan kiub pati ayam. Seketul je tau. 

5. Masukkan kicap dan sos botol black pepper. Kacau hingga semuanya sebati.
    Kalau korang suka kuah black pepper ni pekat, korang masak lama sikit lah.

6. Siap! Simple kan? Yeah!


Thank you for reading this entry! :)