Khamis, 8 November 2018

44th PeStA hOkI USM - pEnAnG InTeRnAtIoNaL


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hai korang... lama sangat rasanya tak usha blog Naj ni. Biasala, semua cerita-cerita yang ada di blog ni mengundang kembali kenangan lama. Hehehe... Alkisahnya, cerita ini berlaku pada tahun 2017, tapi asyik tunda je sampailah ke hari ni. Lama gila kan? Kan? Kan? Dari 15/12/2017 sehinggalah 17/12/2017. 



Cerita ni bermula apabila adik Mu’izz akan bertanding dalam sukan hoki peringkat Antarabangsa. Tapi sebelum datang ke Pulau Pinang ni, kita orang search homestay and finally, we found it.. Homestay ni, memang bersih, cantik, perabot pun okay, ada mesin basuh, dapur dia memang super duper cool, ruang tamu cantik, dan secara keseluruhannya, memang tersangatlah okay untuk sesiapa yang nak menginap di sini. Nama homestay ni.............(tak ingat dah sebab dah lama hahaha) Ada 3 bilik semuanya dan luas.  Koridor pun ada juga, dilengkapi dengan meja dan kerusi rehat. Kiteorang sampai malam masa tu, memang penat dan mengantuk sangat masa ni setelah sekian lama di dalam kereta, menempuh hujan sepanjang jalan. We need energy back! Especially to Mu’az and Abah sebab dia orang yang drive kereta.

Pagi esoknya, kita orang siap-siap dan terus mencari kedai makan di Pulau Pinang ni untuk bersarapan.  Kami singgah di Restoran mamak dan aku agak krik-krik sikit di sini hehehe, sebab aku sebenarnya kurang minat kari ni. I’m so sorry curry. Tapi setiap orang memang ada makanan yang korang suka, dan ada makanan korang tak minat juga kan? Samalah macam aku. Bukan Abah aku tak nak ajak ke tempat lain, masalahnya kemana-mana sahaja kami lihat, rata-rata kedai mamak. (Bersungguh-sungguh diaorang cari kedai makan kerana aku, im so sorry guys) Family aku okay je makan kari, tapi aku je yang blablablabla. Pepandailah korang fikir dan tafsirkan hahahaha



Okay, lepas sarapan je, kami mencari Universiti Sains Malaysia (USM). Oh ye, mama aku excied gila tau bilamana dapat tahu adik Mu’izz nak lawan hoki di sana sebab dia pernah study kat USM ni suatu dahulu kala dalam bidang plan.  44th Pesta Hoki USM-Penang International 2017 pada 15th-17th Disember 2017 ni memang meriah sangat. Dah nama International kan, mestilah pelbagai negara yang korang akan nampak, India, China, Australia, and many more. Oh ye, perkara yang paling aku tak boleh percaya, Kapten Hoki daripada Sekolah Kebangsaan *** ni adalah Mu’izz, adik aku. Hahahaha. Memula nak tergelak pun ada, sebab bila pandang tubuh kurus dia tu, bermacam-macam pertanyaan singgah di otak aku. Tapi, bila aku tengok dia berlawan, patutlah jadi Kapten. Hahaha. (Terus terdiam dan menyaksikan perlawanan dia. )

 



Peringkat pertama perlawanan, sekolah dia dapat mara ke pringkat seterusnya. Semakin berdebarlah si dia menanti perlawanan seterusnya. Mereka akan berlawan dengan India, dan ini membuatkan Mu’izz dan ahli pasukan sentiasa berdebar menanti dengan berlatih bersungguh-sungguh di tepi padang sehingga sekolah mereka diumumkan untuk berlawan . Perlawanan berlangsung. Hampir putus urat kami bergabung suara menjerit sebagai tanda memberi sokongan kepada mereka. Aku hampir hilang suara. Hahaha. Nampak tak betapa obsesnya aku dalam sukan dia ni. Masa tu ramai juga parents yang datang mengikuti perlawanan anak mereka di sini. Habis daripada perlawanan tu, ramai yang bagi kata-kata semangat. Secara jujurnya, aku seronok melihat dia berlawan hoki di depan mata aku ni ha. Perlawanan hoki akan bersambung pada hari esok. Okay, selepas daripada perlawanan itu, adalah anak-anak murid yang berlegar-legar di kawasan booth yang menjual pelbagai cendermata dan juga pelbagai makanan dan minuman
 


Tak lama lepas tu, mama ajak kami semua melihat tempat dia belajar dulu-dulu. Masa dia tengah study kat sana, aku dah wujud dah, ada laaaa dalam dua tahun centu, gigi aku pon rongak-rongak lagi masa tu, hahahahaha (Apa kena-mengena dengan gigi rongak nih? Hahahaha senget) Masuk sahaja kami di dalam bangunan ini, mama ternampak wajah yang dia kenali sangat. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Keadaan sekeliling sudah tidak dihiraukan lagi. Wajah itu...., ya, wajah itu. Yakin benar mama terhadap lelaki yang berdiri dihadapannya. (Tak yah lah nak ayat novel sangat Naj oi, ayat ko ni pon betabow hahahaha) ‘Lela....Ya Allah, dah lama tak jumpa, hang sihat ka? Berapa orang anak  dah sekarang ni? ‘ Macam-macam yang dia tanya. ‘Ni ke anak ko yang masa kecik tu?,’ tanya dia. ‘Seriously la U masih ingat lagi kat I?,’bisik hati aku kaget sebentar. Teringat lagi masa nak hantar mama ke sini, aku mengamuk sepanjang perjalanan ke Pineng. Habis semua botol susu, napkin, aku buang dari tingkap. Ni serious okey, bukan main-main haahahaha.

Mama dan abah berborak dengan kawan lama dia ni ha, sementara aku, dan adik-adik membuat lawatan di muzium dalam USM ni. Memang hasil seni yang ditunjukkan di dalam ni sangat menarik perhatian kite orang semua. Cantik sangat.



 






Habis je mereka berbual, so, kita orang pun teruskan perjalanan menuju ke Pantai........... (apa entah nama pantai tum, tak ingat laaa) Memula aku rasa macam nak naik parasailing tu je. Sebab aku nampak macam seronok je, tapi aku gayat. Macam-macam benda negatif yang terlintas di benakku. Nanti, kalau tali putus, kalau blablabla.. ha, tu lah, nampak sangat banyak layan movie, jadi macam ni lah. Hahaha...


Adik Mu’zz je yang mandi-manda di situ. Dah nak masuk magrib tu, kita orang berhenti. Sunset memang cantik gila la kan. So, after solat semua, kita orang terus carik makanan waktu malam tu. Memasing lapar. Hahaha. Kami waze kedai makanan ikan bakar yang orang kata sedap tu. Ikan bakar apa entah, dah tak ingat.

Keesokan harinya pula, waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta hoki. Perlawanan ke separuh akhir. Debaran kian terasa tatkala para cikgu sekolah mereka mendapat tahu bahawa mereka akan berlawan dengan India. Pergh! Aku tengok pasukan India berlawan semalam, memang padu habis. Aku pulak yang rasa risau. ‘Mu’izz, buat yang terbaik, jangan cepat mengalah, teruskan usaha, pedulikan kata-kata negatif kat belakang kau, keep moving forward, Mu’izz, kite orang yakin kau boleh,’ itulah kata-kata dari kami sekeluarga padanya. Kami semua bergabung tenaga dan memenuhi kawasan tepi padang perlawanan tu. Memang sengit sangat. Part yang aku tak boleh lupa, masa adik Mu’izz nak jaringkan gol di depan jaringan gol. Dia melanggar penjaga gol tu sehingga luka. Huish! Dasyat! Hewhewhew....




So, keputusan dah dibuat. Pasukan daripada India yang menang pada peringkat kedua. Mereka semua berkumpul di sudut kawasan padang tu. Coach tak berhenti-henti bagi kata-kata yang positif terhadap anak-anak didiknya. Luka di tangan Mu’izz cepat dibalut. Sayang benar cikgu padanya. Hahaha. So, habis je perlawanan ni, mereka semua balik. Sama juga kami. Walaupun mereka kalah, akan tetapi, dengan pengalaman ini, mungkin dapat memantapkan lagi skill permaianan hoki sekolahnya nanti. Doa-doa yang baik sahaja.


P.s. : Sekian sahaja cerita aku ni yang dah lama terperam dalam lubuk hati.

Lot’s of love,
Naj