Rabu, 1 Julai 2015

JoM mAsAk : mEe KaRi

Assalamualaikum semua...


Hai... Selamat berpuasa kawan-kawan. Jangan ponteng puasa tau! :) Hari ni Naj nak kongsi resepi masak mee kari. Menu ni juadah iftar Naj sekeluarga semalam...




BAHAN-BAHAN

  • Mee kuning
  • Ayam 
  • Sayur sawi 
  • Taugeh
  • Fish cake (Potong dadu)
  • Bunga lawang & kayu manis
  • Gula, garam, serbuk maggie secukup rasa
  • Bawang putih dan bawang merah (Dihiris)

CARA-CARA PENYEDIAAN

1) Mula2, korang kena celur mee kuning ni.

2) Panaskan minyak, masukkan bawang merah and bawang putih yang dah 
    dicincang tadi.
3) Masukkan pulak fishcake yang dipotong dadu.
4) Masukkan ayam pulak. Kemudian, tutup kuali supaya ayam layu.
5) Buka penutup kuali. 
6) Langkah seterusnya, masukkan serbuk kari.
7) Gaul rata serbuk kari pada ayam
8) Lepas tu, masukkan air
9) Masukkan santan pekat, garam, gula, dan serbuk secukup rasa.
10) Taugeh dan sayur sawi yang dah siap di celur
11) Siap untuk dihidang! :)

P/s: Senang je kan? Korang bolehlah cuba resepi ni di rumah ya. Selamat mencuba! =)


Thank you for reading this entry! :)