Ahad, 16 Disember 2018

FaMiLy DaY dI D'qNuT cHaLeT, MeLaKa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
  




12.14 a.m. ni terlebih rajin pulak untuk Naj share tentang pengalaman percutian kami di D’qnut Chalet and Restaurant ni. Actually, Naj ke sini sebab ada family day kawan-kawan lab mama. Kalau korang nak tahu, kat chalet ni memang seronok gila, bagi aku lah, sebab apa? Sebab suasana sekeliling memang best sangat. Rasa tak nak balik pon ada. 






Panorama waktu pagi, pabila senja dan dikeheningan malam, adalah sangat-sangat owesome. Ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa, bisa memejamkan mata saat bersantai dikerusi malas yang disediakan agak banyak di sekeliling chalet ni. Tempat ni memang terhindar dari kesibukan kota. Well, I recommand to all of you to come here!





Aku sampai sini terus check in dan menunggu ketibaan kawan-kawan yang lain di kerusi malas. Wuhuu!! Petang tu memang aktiviti santai kita orang untuk bermandi-manda di pantai (tapi aku tak mandi pon, esok baru aku sunburnkan muka aku kat pantai bhahahahaha) Beberapa buaian turut disertakan di sini. Kawasan kat sini memang luas dan sangat selesa kalau korang nak lakukan aktiviti hari keluarga. Oh ye, petang tu ada juga disediakan katering semasa kami sampai.


Lepas minum petang tu, kita orang lepak-lepak tepi pantai.






Aku menyaksikan matahari terbenam and it really really really beautiful! Allahuakbar!




Gambar dua-dua ni memang betul-betul nak dekat maghrib!



Malam tu kiteorang makan kat tepi pantai. Makanan yang disediakan di sini adalah menu katering. Ni kawasan restoran yang menyajikan makanan buffet untuk kami semua. 



 Habis je makan malam, kita orang bersantai di tepi pantai. Apa yang seronoknya bila waktu malam, korang boleh bersantai dikerusi malas yang betul-betul berhadapan dengan laut. Agak lama juga kiteorang lepak kat luar. Tenang je, dingin je rasa angin waktu malam tu. Hilang stress aku bhahahaha. 





Bagi can la sis landing jap huhu. Masa ni kita orang lepak sampai pukul 1 pagi.


Pemandangan waktu pagi kat sini pun boleh tahan weh. Cantik sungguh! Subhanallah! Ni diantara beberapa gambar yang sempat aku snap. 





Nampak tak tu, adik Mu'izz pag-pagi lagi dah masuk dalam air. Suka hati kau lah dik, asalkan ko tahan kesejukan air tu. Hahaha


Mama with Ifa

Sarapan pun dah disediakan masa tu, so, mari kita isi minyak jap (Makan dulu ye)



Lepas je sarapan, kita orang duduk bersantai dan tak lama lepas tu, kita orang ada buat aktiviti sukaneka dan acara tukar-tukar hadiah. 




Sementara tunggu acara sukaneka, sempat lagi merakam moment indah. Indah ke? Ceh, indah lah sangat! Hahahaha. Nak lagi snap even pepagi tadi lagi dah snap dengan adik Mu'izz. Huhu


 Hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh kita orang. Kami tak lah ramai sangat, tapi seriously memang kita orang have fun gila! Memang kelakar, macam-macam gelagat aku nampak.








Tak lama lepas tu, acara penyampaian hadiah, dan acara tukar-tukar hadiah. Bila memasing dah dapat hadiah, memang mandi pantai lah kan! Masa ni lah
nak sunburn kan muka memasing. Hahahaa Lepas tu siap-siap nak check-out! Sebelum check-out mestilah nak bergambar untuk kenangan kan. So, layan je laa...






Jom makan tengahari dulu ya.



Then check-out!

Habis daripada ni, kiteorang pergi ke Bandar Melaka. Bagi aku, Melaka ni dah macam kampung aku nombor tiga, sebab apa? sebab dulu masa aku kecik-kecik dengan Mu’az, memang selalu sangat ke Melaka sebab tengok projek Abah. Bila tengok Muzium Islam Melaka dan Masjid Tengkera ni, betul-betul mengimbas kenangan lalu. Tempat di mana abah aku buat baik pulih bangunan-bangunan lama ini dan bebrapa tempat di semenanjung Malaysia. Rindu benar zaman masa kecilku.




























Kalau korang nak tahu, dari Muzium Islam Melaka sampailah ke Menara Taming Sari ni, memang kita orang berjalan kaki je, sebabnya masa ni memang susah sangat nak cari parking sebab crowded! Ramai sungguh manusia yang bercuti kat Melaka ni. 







Lepas tu, kita orang nak singgah ke zoo, but then, tiket habis! Masa tu kita orang nampak ada satu booth ni menyediakan kenderaan bermotor, so kita orang naik ni je. 




Berjalan-jalan juga ya, tapi jangan lupa waktu solat. Huhuhu. 


Lepas round-round Melaka, kita orang balik. Malam tu masa dalam kereta, sempat lagi kita orang layan bola sepak Piala AFF Suzuki separuh akhir! Jadilah!

Terima kasih kerana sudi baca coretanku yang tak seberapa indah bak novel bhahaha. 

Lot's of love,
Naj

Email : najwa_zone91@yahoo.com