Rabu, 16 Disember 2015

HaLaL iS bEaUtIfUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


" I know a person who wanted to marry a women but
to test her, he came driving in a broken car to see her reaction.
Years later, she said to him 'You tried to test me, but had you been
broke with no money or home, I would have married you because
I was certain your character would have been my gretest transport
to reaching God's pleasure!"

(Syaykh Mohammed Aslam)











Sometimes the person that excites you most isn't necessarily going 
to make the best husband or wife. It takes a lot to see past the glamor and glitter when you're looking to get married and look  for someone who's going to be a loving companion that will stand by your side no matter what, and better you while also seeking to be bettered by you'

(Omar Suleiman)


'The word 'love' in the Quran appears on over 90 places
but unterestingly it doesn't define the world love,
but speaks about the very first consequence of love... COMMITMENT.
Islam talks about commit ment. If you truly love something or someone,
you commit.If you don't, then your calm of 'REAL LOVE' is NOT real at all'

(Shaykh Yassir Fazaga)





Jarang-jarang kita dengar ungkapan

* 'Pasangan suami isteri itu sedang hangat bercinta'
* 'Saya dilamun cinta dengan isteri saya'

Cuba korang tanya dekat pasangan yang dah berkahwin ataupun yang dah lama berkahwin :

'Awak ni tengah bercinta ke?'

Mesti korang dengar jawapan macam ni :

'Tak la! Mana ada! Aku dah kahwin laaa..!

@

'Aku ni dah kahwin, nak bercinta apa lagi'

Kebanyakan pasangan suami isteri di Malaysia seolah-olah menganggap percintaan sepasang kekasih itu sampai sehingga ke jinjang pelamin sahaja. Sangat benarlah ungkapan 'Bercinta sehingga ke jinjang pelamin'. Maka, sampai ke jinjang pelamin je lah percintaan itu.

Mengapa sepasang suami isteri tidak merasakan kehadiran cinta antara mereka seperti yang mereka rasakan ketika masih belum berkahwin? Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku.

> Menganggap cinta itu adalah sebelum berkahwin sahaja
> Hubungan cinta yang ideal yang diimpikan semasa sebelum berkahwin 
   rupanya tidak seperti yang diimpikan akibat masalah yang tak dapat 
   diselesaikan
> Bebanan tanggungjawab serta kesibukan suami isteri menyebabkan 
   pasangan tidak mengambil peduli soal hubungan cinta mereka.


Bagaimana untuk menyemarakkan kembali cinta suami isteri?

> Suami isteri perlu sering bertukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau 
   profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice breaking'. 
   Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. 
   Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.

> Penuhi hajat isteri. Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. 
   Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai 
   pengorbanan isteri.

> Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, 
   dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi 
   apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak 
   sehangat sewaktu bercinta? Inilah yang sering diabaikan oleh banyak 
   pasangan.  Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun 
   anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan 
   selalu, rumahtangga akan bahagia. In Sya Allah...

> Banyak suami menganggap kerja-kerja rumahtangga adalah tanggungjawab 
   isteri seratus peratus, Padahal, dalam islam sendiri tidak ada hukum isteri 
   wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita 
   berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah 
   suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan 
   inialh ramai wanita tidak berkira denagan kerja rumah yang mereka lakukan.

> Isteri juga adalah manusia. Mereka ialah golongan wanita yang penuh 
   dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap 
   perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. 
   Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka 
   mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang 
   mereka hadapi.

> Ingat tarikh penting. Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan 
   pemberian hadiah oleh sesipa sahaja apatah lagi daripada orang yang 
   disayangi. Cukup sekadar seutas jam tangan atau sehelai tudung. Jika 
   'budget' anda tidak mencukupi, memadai dengan sekuntum bunga dan 
   sekeping kad.

> Bantu ringankan tugas isteri. Suami perlu turun padang membantu isteri 
   jika setiap hari isteri anda bertungkus-lumus memasak, membasuh dan 
   mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat 
   seperti lauk-pauk, cukuplah sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba 
   perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. 
   Tentu dia gembira dan tersenyum. 

> Bawa isteri bereehat. Kebanyakkan suami menganggap berjauhan daripada 
   isteri kebebsan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang 
   dilakukan dibelakangnya. Kini, anda cubqa terbalikkan situasi ini. Sentiasa 
   bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.

> Ciuman khas untuk isteri. Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda 
   mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah 
   anda ciuman anda didahi dapat menghilangkan segala kepenatannya dan 
   tekanan pada dirinya hari itu.
   
> Jangan sekali-kali mengangap status suami atau isteri adalah semata-mata 
   'jawatan' yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab semata-mata

> Pasangan suami isteri perlu menjadikan perkahwinan mereka sebagai cara 
   untuk menghebatkan lagi percintaan

> Pasangan suami isteri perlu mengimbau kembali kenangan manis semasa 
   baru berkahwin dahulu.

> Sentiasa menganggap pasangan suami atau isteri sebagai kekasih awal dan 
   akhir.

> Sentiasa berusaha mengambil hati pasangan seperti mana sebelum 
   berkahwin.

> Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik 
   dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala 
   semangatnya hilang dan luntur.


Petikan ini sekadar perkongsian Naj. Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada saya...
#Sharingiscaring
Thank you for reading this entry! :)