Jumaat, 25 September 2015

#LoVe 2 MiSi MeNcArI ReMiS, kaKi MaSuK sELuT...Huwaaa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Ha... sambung entry lagi... Hehehe... petang Hari Raya Korban tu, Husband ajak Naj pergi cari remis. Korang tahu tak remis tu apa? Ha, kalau tak tahu, korang pergi sini #LoVe

Kite orang pergi naik motor je. Husband Naj yang bawa. Yang seronoknya, pantai dia memang dekat je dengan rumah Husband. Tak lah jauh sangat. Saudara Husband pon ikut sekali. 

Bila sampai je dekat pantai tu, memang ramai orang yang dah datang ke tempat ni. Naj sedikit teruja lah sebab this is my firt time cari remis. Ha, mestilah excited gile (Sorry... Naj letak 'gile' kat situ... :P Hehehehe). So, bermulalah misi mencari remis bersama insan tersayang :)



Tengok ni, cantik kan? :)

Memang orang yang datang sini dah tahu port mana yang banyak remis. Ramai yang datang dengan bekas masing-masing. Masa Naj tengah cari remis, boleh pulak husband main baling-baling pasir dengan Naj (Baling acah-acah sayang gitu... :D) Naj terkejut, sebab kite memang tengah fokus mencari remis masa tu, boleh pulak dia terkejutkan kita. nasib baik tak melatah (Erk... melatah? Hahaha)


Kite orang tak dapat penuhkan 1 baldi tapi hati tetap rasa puas
:)

Anak-anak saudara husband memang bersungguh-sungguh mencari remis. Suka tengok die orang :) 


Nampak tak kesungguhannya tu :P

Masa memang pantas sangat. Tengok-tengok dah pukul 7.00 petang. Sunset memang cantik lah masa tu kan. :) :) :) Tapi pantai masa tu memang dah surutlah... Naj pun nak bersihkan tangan Naj yang ada pasir pantai. Tapi... ini yang terjadi pada diri Naj


Kaki Naj termasuk dalam selut

Perasaan masa tu sukar diungkap dengan kata-kata, sebab hanya jeritan kuat yang keluar masa tu. Naj tak ingat apa-apa entah sebab Naj memang sangat-sangat terkejut. Korang dapat bayangkan tak kalau korang terkejut macam mana? Ha, macam tu lah yang aku rase. Habis semua pandang kat Naj. Hahahahaha.... Bukan apa, Naj terkejut sebab Naj tak sangka pulak tepi pantai tu pasirnya lembut sangat. Husband memang terkekeh ketawakan aku lah. Hahahaha.... Tapi Husband berjaya dapatkan selipar Naj kat dalam selut tu. Thanks husband :)

Lepas tu kite orang pergi dekat laluan kunci air, basuh tangan and kaki Naj yang kena selut tu tadi.

Tapi, misi mencari remis pada petang tu memang berjaya, and malamnya, kite orang makan remis tu. Memang sedap sangat. :)

Thank you for reading this entry! :)