Assalamualaikum semua...
Hari-hari kita keluar pagi sebab nak pergi kerja. Dari hari Isnin sampailah hari Jumaat. Itu pun kadang-kadang kena datang kerja hari Sabtu dan Ahad. Kan? Hmm... kalau drive sorang-sorang masa pergi dan balik kerja, memang rasa letih. Lain lah kalau ada partner dalam kereta. Kadang-kadang Naj mengantuk jugak lah drive sendiri masa nak balik kerja. Dah lah mengantuk kan. Tu tak kira lagi kalau ada jam kan? Daripada Cyberjaya ke rumah. Hmm... memang terasa penat sangat.
Masa hari isnin petang, Naj and husband pergilah pasar. Memang janji jumpa kat pasar lepas balik kerja ni. Kite orang pon belilah sedikit makanan ringan dan barang basah. Tiba-tiba Husband Naj nampak 'sesuatu' so, dia pun berhenti lah dekat gerai yang jual barang basah like ikan, kepah, ketam, sotong and etc. Nak dijadikan cerita, husband Naj tanya Naj.
'Yang, nak beli yang ni tak?'
Bila Naj tengok benda tu... (Oh, kepah rupanya...)
'Boleh jugak'
Lepas habis pusing-pusing pasar tu, kite orang pun balik lah. Sampai je rumah, Naj pun siap-siap lah dan seperti biasa, Naj akan terus ke dapur untuk sediakan makanan malam. Tapi, entah macam mana, husband Naj pun ikut Naj ke dapur. Mula-mula dia berdiri sebelah Naj masa tengah basuh kepah.
Masa tu Naj dah siap-siap kan bahan-bahan untuk menumis. Tiba-tiba je dengan ringan tangan, husband Naj tumis segala bahan-bahan yang Naj dah siapkan tadi. Sampailah ke kepah. Hahaha...
'Pandai jugak husband aku ni masak eh'.... dalam hati je.
Tapi rasa touching pulak sebab memang dia dengan rela hati nak masak untuk menu malam ni.
Tapi rasa touching pulak sebab memang dia dengan rela hati nak masak untuk menu malam ni.
Thanks sweetheart :')
Tang rasa tu yang penting. Naj pun ambiklah kepah tu untuk rasa.
'Sedap!' Sangat terpegun sebab memang betul-betul sedap. Husband Naj pun tersengih-sengih je. Hihihi.... ^_^
Thanks again sweetheart! :)
'Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,
dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya'
(QS. Al-Maaidah : 2)
Thank you for reading this entry! :)