Khamis, 17 September 2015

KeIsTiMeWaAn MaNuSiA bErNaMa IbU

Assalamualaikum semua...


Keistimewaan manusia bernama Ibu, Mama, Mak...DLL

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah ibu menangis kerana anak berjaya dan bukannya menangis sedih disebabkan angkara anak. 

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu dan tatap muka ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tidak dijilat oleh api neraka...

a) Melihat kaabah sehingga menitiskan air mata
b) Membaca Al-quran sehingga menitis air mata
c) Memandang wajah ibu yang sedang tidur/sedar 
hingga berlinangan air mata

Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa mereka tidur.

a) Anak
b) Ibu
c) Suami/isteri

3) Adalah menjadi 1 dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibubapa kita

4) Barangsiapa yang tidak mendoakan ibu/bapanya selepas solat buat ibu yang sudah meninggal, maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tidak pernah menderhaka. Maksudnya, jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap kali solat, kita mesti mendoakannya.

5) Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang hidup dan mati. Jadi, doakanlah ibu/bapa kita yang telah tiada.

6) Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (Jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan mendoakan  kita ' Berkatilah si pulan ni' dan jika kita tak bagi salam, mereka akan kata 'celakalah orang ini'. Jadi, jangan lupa bagi salam! :)

7) Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara yang lain, simpan harta sampai mati dan tak pernah keluarkan zakat

8) Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya. 

9) Jika ibu/bapa kita sudah meninggal dan semasa hayatnya, kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mereka kata dah tak ada, teruskan memberi peruntukan itu sebagai sedekah. 

'Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, 
semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibu/bapaku'

Itu yang boleh buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

10) Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu/bapa kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah.

11) Allah panjangkan usia ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan baik. In sya Allah, syurga balasannya. Jadi, kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah untuk menjaga mereka. Besar pahalanya.

12) Allah kalau boleh tak nak kita masuk ke dalam neraka. Jadi, Allah tak kan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa. Jadi, dia bagi kita sakit, malu, miskin untuk membersihkan kita sebelum Dia mengambil kita.

Semoga bermanfaat :)
Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :