Ahad, 5 April 2015

BaCk To HiKinG! di LaTa MeDaNg KuAlA KuBu BhaRu

Assalamualaikum semua...


Hai everyone! Hari ni Naj nak cerita pasal air terjun kat Lata Medang. Dah lama pun sebenarnya Naj tak follow kawan2 hiking. Last hiking masa Naj dan husband ikut kawan-kawan kite orang dekat Freser Hill..., Gunung Nuang and Bukit Kutu. Lepas dekat situ je, Naj terus cuti rehat....hahaha..... Ok, Lata Medang ni terletak di Kg. Pertak, Kuala Kubu Bharu. Kampung ni merupakan kg. orang asli tau. Lokasinya berhampiran dengan Sg. Pertak.

Kalau dr Kuala Kubu Bharu, ikut jalan nak pergi Sg. Chiling / Freser Hill. Sebelum sampai di Sg. Chiling ni, korang akan nampak 1 signboard sebelah kanan menunjukkan Kg. Pertak.




Ni ha signboardnya. =) Masa sampai sini dah pukul 10.30 pagi

So, masuklah jalan ke kanan melalui kawasan perkampungan moden orang asli ni, sampailah jumpa jalan kecil. Kat situ ada 1 jambatan yang merentasi sungai. Memang laluan ni sama macam yang Naj mula2 pergi hiking kat Bukit Kutu dulu. Dulu pergi masa zaman cintan-cintun gitu, tapi sekarang ni, pergi dgn title suami isteri. Hehehe.... welcome back! Banyak memori dekat sini dgn geng2 lama Naj dulu.

But, before that, parking dulu kereta. Sampai je sini, kite orang pun start dengan aktiviti pemanasan badan dulu. Ye lah, takut nanti tiba2 injured kang, jadi masalah pulak kan? kan? kan? (Hei, berape banyak 'kan' daa... :P )


Siap sedia! =)


10.50 pg : Pemanasan badan dulu.
Penting ni tau!

Jarak dari tempat parking ke lokasi Air Terjun Lata Medang lebih kurang 2 jam perjalanan trekking. Kite orang ada jurupandu yg terlatih di sini. Kawan2 kite orang jugak. Hahaha. :D Trek pada mulanya memang so easy....macam ni je,


Silaunye....mana taknya, dah pukul 11 pagi pun. Hahaha
Nampak tak jambatan tu, bahaya kan? Korang kena hati2 ya.


Tak takut pon..hahaha (berlagak noq)


Jambatan dah tamat.. 
Dulu masa Naj pergi hiking dengan kawan2 MDKL dekat Bukit Kutu,
kite orang pun lalu sini.. cuma laluan je yg berbeza di hadapan tu...
Bersedia utk masuk ke dalam hutan. Jom! ^__^




Ni dia...mula2 jalan dia okey lagi....ramai yang masih tersenyum....hahaha

Pastikan korang pakai pakaian yg sesuai untuk bertrekking ni tau. Kalau boleh pakai kasut lah, sebab jarak pergi balik hampir 12 km. Jauh gila. Kat sini tak payah lintas macam Sg. Chiling tadi, tu cuma masa mula2 je korang lalu titi gantung and jambatan runtuh yang melintasi sg. lepas tu, tak ada dah. :)


Husband Naj buat muka ya...penat ke? Hahaha :P
Rehat jap, tunggu kawan2 yang kat belakang.
Naj dengan husband 'terrr laju' sangat....opsss...! Hahaha :D
Hutan yang hijau lagi mendamaikan!
I fall in love with nature!
:D


Lebih kurang 10 minit rehat jap, ada yang minum air, makan kismis pun ada,
tu semua untuk tambahkan tenaga...but,
jangan terlalu banyak minum air sangat,
sebab nanti cepat penat.


Tu dia! Curam tinggi nun di bawooh..Masa ni dah pukul 12.30 tengahari


Tengok kawan2 kita yang tengah berusaha nak naik.
Aja2 Fighthing!
Naj boleh posing pulak kat sini. Hahahaha


Muka penat ke? Tak ada kan? Hahaha


Wah2! Ramai kan kawan2 kita yang kat bawah tu


Mereka hampir berjaya! Yeay! =)


Perjalanan masih diteruskan. Masa ni masing2 dah penat, termasuklah Naj, coz dah lama sangat tingalkan benda ni. Last hiking pun awal bulan Januari 2013.
Hahaha...memang lama sangat kan?


Saja nak berselfie


Laluan ni banyak sangat pokok tumbang macam ni.
So, kena hati2 lah ya


Hidupan di kawasan ni. Husband Naj yang jumpa mula2.
Eii...geli geleman I! Huu...cabuuut!!


Tepat pukul 1 petang kite orang dah sampai! 
Wah, memang best sangat kat atas ni!
Jom ramai2 datang sini! :)


Masing2 keluarkan makanan & dikumpulkan.
Siap BBQ kat sini lagi, memang seronok sangat2.
Lagi2 pergi ramai2.
Even Naj baru 1time keluar hiking dengan officemate husband, tapi semuanya peramah sangat2.


Masing2 membantu antara satu sama lain


Berusaha menghidupkan api.
Nampak tak tu.....haha...lengkap dah barang2 memasak. Rugi lah if korang tak rasa masak2 kat atas ni. Terbaik taw! Hahaha :D


Sebenarnya, benda ni lah yang Naj tunggu2. Cantik kan? Tak ramai yang pergi sini, so, tak tercemar langsung dengan sampah sarap. :D
Bunyi air terjunnya dah buat Naj rasa bersemangat nak mandi dgn kawan2. Hehehe... Yeay!


Berlatarbelakangkan air terjun :)


Firstly, akak Faseha yang mula turun, mula2 paras lutut, lama2...
Hah! Tengok ja lah! Duduk terus. Hahaha...


Nampak tak budak kecik tu.
berani betul dia naik atas kan?
Tapi kalau ikutkan hati Naj ni, nak je Naj naik atas tu... Tapi... Naj segan lah. 
(Hish! mengada betul, nak segan2 bagai. Phui!!! Hahaha)
Mesti syok gila! huhu ^_^


Kite orang dah basah kuyup! Huuuu...sejuknya! :D


Nak rasa jugak duduk kat bawah air jatuh tu...
(Cakap sambil hentak2 kaki! Hahaha... tak ada lah! Melampau sangat tuh! :P )


Walaupun kite orang tengah kesejukan sangat, tapi nak jugak bergambar ramai2 ni. Hahaha...ni paling best! :D


Sebenarnya ada lagi air terjun kat atas tu


Bersama abang tercinta
Even dalam kesejukan tapi tetap tertawa :D
(Pendek nya Naj! Uwawawa... :P )


Kenangan di sini


Sendirian...hehehe...


Masa ni Naj dah kesejukan. Gile kalau tak sejuk! Hahaha...


Berpaut pada batu


Masing2 tengah nak memanaskan diri


Husband Naj dah basah lencun...wakakaka


Nampak tak tu, kite orang dah tak sabar nak makan ni..


Masing2 dah lapar


Kebasahan....kesejukan..kelaparan....keletihan....uwaaa.....


Lapar ye kak..hehehe


Unggun api pun dah padam
Masa ni dah nak kemas2 dah


Pukul 3 petang, masing2 dah pack beg dah


Perjalanan pulang....


Naj kat belakang husband


Wefie!


Nampak tak jalan nak balik ni,
rasa senang sikit sebab ke laluan menurun,
kalau nak bandingkan dengan perjalanan pergi tadi, fuh, sumpah, penat gila..huhuhu


Husband and tongkat saktinya :P


Masa ni kita orang dah turun dah.. :) Naj curik picture from whatsapp group. Hahahaha :D


So fast so furioust. Hahahaha :)


Dah sampai bawah! Hoooorey!!!


Gambar bersama. :D


Pandangan daripada atas


Jambatan gantung yang mula2 kite orang lalu
Masa ni dah pukul 4.36 petang.
Kite orang antara paling awal sampai.
Nombor ke tiga & ke empat.
Hahaha..laju jugak kan?


Thanks for this shoes! ^_^

Mari pulang....

Apa yg seronok di Lata Medang ni? Haa... kalau korang semua nak tahu, tempat ni kurang dikunjungi and masih bersih coz tak tercemar sebab tempatnya yang terletak jauh dalam hutan.

Lg 1, air terjun Lata Medang ni bertingkat2 and terletak di kawasan tanah tinggi. Bagi yang suka berkhemah, memang ada disediakan tapak untuk berkhemah.

Cara2 nak ke Lata Medang :

1. Dari Kuala Kubu Bharu, ambil jalan menuju ke Freser Hill and belok kanan bila nampak signboard Kg. Pertak. Terus je sampailah jumpa Sg. Pertak sebelah kanan jalan. Parking kenderaan kat kawasan tu.

2. Mula trekking dari tempat parking hingga hujung jalan sampailah korang jumpa jambatan gantung merentasi sungai. Lepas tu, korang akan jumpa lagi satu jambatan runtuh menyeberangi Sungai Luit.

3. Lepas habis lalu ke dua-dua jambatan tu, korang teruskan berjalan mengikut trail yang ada hingga jumpa simpang pertama. Ambil jalan kiri and teruskan perjalanan. Nanti korang dengar deruan air Lata Jebus belah kiri. 

4. Jumpa simpang ke dua, ambik belah kanan. Perjalanan di situ sedikit tinggi lebih kurang sejam perjalanan, korang akan bertemu dengan air terjun lubuk mercu. Ada tapak khemah di sini. Untuk ke Lata Medang, teruskan perjalanan mengikut denai hutan ke atas.

5. Masa yang diambil untuk trekking dari tempat parking kereta tadi ke sini, lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Dinasihatkan memulakan trekking pada waktu pagi untuk keselamatan.


Semoga beberapa tips yang Naj kongsikan ni dapat menolong kawan-kawan kita yang nak ke sana nanti ya.

Thank you for reading this entry! :)