Assalamualaikum semua...
Jumaat lalu, tempat kerja Naj ada buat Team Building di Pusat Latihan dan Rekreasi Berhulu Camp di Hutan Lipur Jeram, Kampung Serting Ulu Jempol, Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Dekat si ni ada banyak pekej yang boleh anda pilih. Kite orang kat sini selama 3 hari...
Kami dah sampai. Masa ni dalam pukul 3.30 petang
Naj dan kawan-kawan mula-mula berkumpul di dewan. Almaklumlah, sesi pertama kali bertemu, mestilah kena ta'aruf dulu kan? Kalau tak mesti lah kita tak kenal kan? :) Fasi yang conduct kami pada mulanya, ialah Nizam Hassan a.k.a pak long. Pak long ni memang seorang yang peramah sangat. Suka sangat ketawa. Tak lama lepas tu kite orang pun dapat lah khemah, tapi... cuaca masa tu memang mendung, jadi, group perempuan semuanya nak duduk chelet just sebab tak nak basah. Hahaha... Group lelaki pon macam tu, siap ada nak sewa homestay lagi. Memang selesa sangat lah dia orang ni. :)
Ni tempat kami semua akan menginap. Chalet Tarzan namanya. First impression memang aku ketawa jugak lah dengan namanya. Hehehe... Ni semua group perempuan. Memang sikit, ada 10 orang je.
Ni kawasan sekeliling tempat kite orang menginap
Suhu pada waktu malam di Berhulu Camp ni memang sangat sejuk. So, korang yang pergi ke sini dinasihatkan untuk membawa baju sejuk dan apa-apa yang patut bagi mengharungi suasana yang ala-ala kat oversea tuh.
Suasana di sini sungguh hening dan sunyi.
Ye lah, kat tengah-tengah hutan kot :)
Sebelum memulakan aktiviti pada malam tu, kite orang kena isi tangki minyak kita orang dengan makanan yang banyak. Suhu sejuk kan, mestilah cepat lapar. Tak gitu? Hehehe... Lepas solat semua, barulah kita orang semua mulakan aktiviti berkumpulan.
Kita orang kena pilih rangkap lagu yang diberikan. So, dengan
kata sepakat, kumpulan perempuan pon pilihlah rangkap lagu
seperti di atas. Group perempuan memang cuma 1 kumpulan je.
Semua ahli-ahlinya memang gila-gila. Group lelaki jangan katalah,
lagi gila-gila... Hahahaha... Lepas tu kita orang kena buat 1
perbentangan ringkas.
kata sepakat, kumpulan perempuan pon pilihlah rangkap lagu
seperti di atas. Group perempuan memang cuma 1 kumpulan je.
Semua ahli-ahlinya memang gila-gila. Group lelaki jangan katalah,
lagi gila-gila... Hahahaha... Lepas tu kita orang kena buat 1
perbentangan ringkas.
Lebih kurang pukul 12.00 tengah malam, baru lah kita orang tidur. Nak dijadikan cerita, Kak Fai, Kak Siva, Kak Ain, Nana nak tidur dekat khemah. Naj dengan Kak Haina memang nak tidur kat chelet tu, tapi.... memang tak seronok lah kalau geng-geng lain dah pindah kan, jadi, Naj dan Kak Haina kemas barang kita orang semua dan pindah ke khemah. Hahahaha....Lol... :D Masuk je dalam khemah, memang terasa sejuk sangat. Mana taknya, kita orang berdua alas tempat tidur dengan selimut nipis je. Memang lah rasa sejuk. Hahaha... Ni baru dinamakan camping, kan?
Paginya kite orang pun bangun. Pergh! Sakit badan ooo.... Hahaha
Suasana pagi yang sungguh sejuk
Pagi tu, kita orang memulakan senaman pagi dulu. Lepas tu baru pergi sarapan pagi.
Ini monumen kasut-kasut. Bhahahaha... :D
Kasut-kasut ni sebenarnya fasi-fasi jumpa kat dalam
lumpur-lumpur yang sememangnya ada di sini. Ha, kejap
lagi kite orang kena lah ni! Tunggu...
lumpur-lumpur yang sememangnya ada di sini. Ha, kejap
lagi kite orang kena lah ni! Tunggu...
Pada mulanya, Naj memang nak pakai kasut yang Naj dah pilih tu, yang warna putih tu... Tapi, masa Naj pakai kasut tu, tapak dia tertanggal lah pulak. Adoi... so, nak tak nak, Naj terpaksalah korbankan kasut sukan Naj ni. Uwawawa....
Ni aktiviti pertama kita orang pada awal pagi. Hahaha...
pagi-pagi lagi dah kena masuk air. Kesiannya... :D
Ni aktiviti dadu beracun
Ni aktiviti dadu beracun
Seterusnya, aktiviti ke dua kami.
Mengisi air ke dalam bekas yang berlubang
sehingga bola ping-pong keluar. Aktiviti ni memang sangat
seronok. Hahaha... Ada yang kena simbah kaw kaw dengan
kumpulan memasing. :D :D Tapi, kumpulan Gugurl Dengkil yang
menang jugak akhirnya. Habis Kak hawa basah kena simbah.
Hahahaha...
seronok. Hahaha... Ada yang kena simbah kaw kaw dengan
kumpulan memasing. :D :D Tapi, kumpulan Gugurl Dengkil yang
menang jugak akhirnya. Habis Kak hawa basah kena simbah.
Hahahaha...
Aktiviti seterusnya, semua ahli kumpulan mesti
dialihkan ke tempat yang sudah disediakan, dengan syarat,
ahli yang diangkat itu tak boleh kena tanah @ jatuh.
ahli yang diangkat itu tak boleh kena tanah @ jatuh.
Kalau tak, permainan batal, dan kena mula daripada awal.
Memang sangat mencabar.
Ada lagi aktiviti. Ha, yang ni pulak, setiap ketua kumpulan
mesti tutup mata. Anak-anak mereka kena bagi arahan untuk
memindahkan straw-straw ni ke dalam bekas yang disediakan.
Masa ni memang ramai yang main tipu, tapi akhirnya kita semua ni kantoi,
sebab pak long dan fasi-fasi yang lain dah nampak dah penipuan kita orang semua. Hehehe...
Ni pulak, aktiviti beracun. Memang sangat mencabar berbanding dengan aktiviti-aktiviti yang tadi. Kat sini memang ramai kumpulan yang kena ulang balik daripada awal permainan sebab kerap kali batal. Penat pun ada sebab kita orang kena menapak dekat kanvas kecil 4 segi yang diberikan oleh fasilitator.
Aktiviti berakit pulak. memang seronok. Kat sini memang ramai sangat yang mengacau kumpulan-kumpulan lain. Ramai yang basah kuyup. Memang happening habis. Sangat-sangat seronok! :D
Lepas tu, kita orang semua di arahkan berehat dulu dan makan tengahari sebab petang ni aktiviti memang mencabar.
Kumpulan yang sentiasa bersedia dengan segala halangan.
Hahaha..... poyo gila ayat aku nih. Grr...
Memang mandi lumpur lah jawabnya. Mula-mula Naj rasa geli
sangat tengok lumpur tu. Iyaksss.... rasa tak nak masuk pon ada,
sangat tengok lumpur tu. Iyaksss.... rasa tak nak masuk pon ada,
tapi kena jugak... Dalam hati Naj
(Habislah aku, jangan jumpa benda yang macam-macam sudah lah).
(Habislah aku, jangan jumpa benda yang macam-macam sudah lah).
Ada juga kasut-kasut yang tertanggal dalam lumpur tu. Hahaha... Ada yang jumpa, ada yang tak jumpa. nasib baik Naj pakai kasut getah kawan Naj punya sebab kebetulan masa tu dia tak boleh sertai kite orang atas urusan kesihatan. Memang suka gila lah aku sebab tak menjahanamkan kasut yang memang satu-satunya yang aku bawak. Memang salah Naj pun sebab terlupa bawak kasut lebih. Nasib Naj memang sangat baik masa ni. Hihihi... :D
Habis je masuk dalam lumpur, kite orang kena gayut menatang nih.
So, sesi mandi dalam lumpur pun tamat lah di sini. Tapi, ramai kawan-kawan Naj nak meluncur atas gelongsor yang tinggi gila bak hang! Hahaha.... Ketinggian gelongsor ni ibarat tinggi bangunan 4 tingkat. Pergh! memang tinggi lah kan. Mula-mula fasi macam tak nak buat benda ni sebab kena ambik masa sikit untuk penuhkan tangki air atas tu. Tapi, disebabkan kesabaran kami semua yang sanggup menunggu tak kira berapa lama pun, akhirnya, hasrat kita orang tercapai juga akhirnya.
Ni antara gambar Splash Boom yang kita orang
semua kena rasa. Hahaha... sumpah wei, memang aku tak
nak naik lagi. Cuak wei. Ketaq lutut Naj. Hahaha :'D
nak naik lagi. Cuak wei. Ketaq lutut Naj. Hahaha :'D
Habis je buat aktiviti tu, Naj, Kak Hawa dan Nana nak pergi mandi air terjun. Masa tu group lelaki pun ada, tapi dia orang mandi dekat belah atasnya lagi.
Memang sangat sejuk air terjun kat sini. Hehe... :D
Tak lama lepas tu, kita orang pon balik ke khemah dan bersihkan diri. Lepas tu, group perempuan bincang aktiviti yang kita orang nak buat untuk malam ni
Waktu malam hari ke 2
Kite orang kena buat persembahan pada malam tu.
Kumpulan Naj pilih aktiviti berbalas berpantun.
Memang kelakar habis. Hahahaha :D
Hari ni adalah hari ke tiga kite orang kat sini. Pagi-pagi je lagi kena senam erobik. Macam semalam, tapi yang ni ada kelainan sedikit.
Wajah-wajah gembira semasa senaman
Selamat pagi :)
Habis je senaman, kita orang pon pergi sarapan. Lepas tu, aktiviti bebas sampailah tengahari. Memang cun lah kan. Habis je makan, Naj dan kawan-kawan pakat-pakat nak mandi kat air terjun. Almaklumlah, tak mandi lagi. Ha! kan dah kantoi! Hahahahaha!
Ambil gambar kenangan :)
Ni lah antara gelagat-gelagat kami di sini.
Sejuknya! Hehehehe...
Lama kita orang mandi kat air terjun ni. Lepas tu, barulah kita orang turun untuk bersiap sebab kejap lagi dah nak balik.
Geng-geng yang sangat sekepala!
^_^
Kat sini juga Naj nak ucapkan terima kasih kat pihak Berhulu Camp ni sebab banyak yang dapat kite orang pelajari semasa berada di kem ni. Memang seronok sangat-sangat. Masing-masing have fun. Kalau korang nak tahu dengan lebih terperinci, boleh lah pergi ke sini. http://berhulucamp.blogspot.my/2010/12/berhulu-camp-tapak-perkhemahan-dan-kem_29.html
Thank you for reading this entry! :)