Jumaat, 3 Mei 2019

PeRcUtIaN Ke PuLaU PaNgKoR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Hai korang! Hari ni ada masa untuk Naj berkongsi kisah percutian Naj bersama my FIL di Pulau Pangkor! Jeti Marina menjadi pilihan kami untuk ke Pulau Pangkor. Sampai je di pulau ni, korang tak payah lah risau pasal kenderaan, sebabnya kat sini memang bersepah van pink. So sangatlah senang untuk korang ke hotel memasing.



Lyana Villa menjadi pilihan kami sebab, rata-rata hotel dan chalet di sini telah dipenuhi dengan manusia.



 Petang tu, kita orang bermandi-manda. Kecomelan dan gelagat Aisyah Amna sangat mencuit hati kami sekeluarga. Kerap terminum air masin. Hahahaha.





Lepas je bermandi-manda, of course lah kau rasa lapar. Memang petang tu kami layan mee hun sehingga kekenyangan.

Malam tu pula kami semua round kedai-kedai kecil yang menjual cenderahati, pakaian, dan makanan. Ada satu kedai makan ni, memang sedap sungguh masakannya. View kedai ni pun sangat strategik,  menghadap ke pantai dan diterangi sinaran cahaya lampu. Memang so nice lah. Malam di sini tidak sunyi sangat sebab ada live band.

 
 Semuanya fresh!

 Sesi memilih ikan
 
 Cantik view kat sini bila waktu malam
 




Keesokan pagi pula, memang kita orang menghabiskan masa bermandi-manda di pantai sebelum check-out. Waktu pagi tu memang seronok sebab tak panas lagi. Hahaha... aku tak mau sunburn kali ke dua. Please lah.. Hahaha...








Seronok betul si Aisyah Amna ni bila main air. Hahaha



 Buat muka ye? :D


Tengahari tu kami check-out dan bergambar kenangan di situ. 
 





Van pink menjemput kita orang tepat pada masanya. So, marilah kita balik. Masa ni rasa tak nak balik pon hado. Macam nak bercuti selamanya.... huhuhu....

 



 













Tamatlah sudah kisah percutian di Pulau Pangkor yang dapat Naj kongsikan :)
Enjoy every moment!
Thank you for reading this entry! :)