Assalamualaikum semua...
Bacalah... kerana ianya cukup menginsafkan...
Lelaki tua berkain pelikat membaca Al-quran setiap kali selepas asar sampailah ke waktu maghrib. Tulisan ini daripada hasil nukilan Dato' Roslan Abd Hamid.
Saya jumpa lelaki tua ini...
Selalu lepas Asar, dia akan iktikaf di Masjid... Baca Al-quran... Umur dalam 70an...
Duduk rumah dekat masjid. rumah agam besar dan menarik... Hartanya di sana sini. Ada bangunan komersial ditengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta...
Pendapatan pasif kutip sewa dalam RM70k sebulan... Belanja RM20k dan baki RM50k, dia bersedekah dan infaq... Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.
Saya mahu amnil gambar, tapi dia menolak... Malu katanya... Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
Saya catat dan mahu kongsikan kepada anda semua...
1. Pertama, dia kata muliakan ibu dan bapa. Doa ibubapa adalah segala-
galanya... Ia tiada hijab, terus termakbul... Raikan ibubapa dan jaga mereka
sepanjang usia... Doakan mereka apabila telah tiada...
2. Jaga masa... Ia datang dan berakhir... Urus masa antara 5 waktu solat... Atau
kerja dengan sebaik mungkin. Pada setiap waktu, ada perkara yang kita
mulakan... Berada di masjid sebelum azan... Masuk waktu, terus lah solat...
Selepas solat, bertebaranlah berusaha untuk mencari rezeki...
3. Berdoa dengan khusyuk... Berserah diri pada Allah dan bertawakallah... Allah
tahu apa yang terbaik untuk kita...
4. Namun begitu, kenalah berusaha... Usaha pagi petang siang dan malam.
Usahalah bersungguh-sungguh. Usaha bermula dengan berniat. Lepas tu
buat, sampai dapat. Kalau tak dapat, usaha yang lain pula... Adakan masa
untuk baca Al-quran. Maka, dia pun nasihatkan saya...
'Orang yang membaca surah Al-Ikhlas 1 kali,
sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-quran...
Jadi, jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-quran... Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti membaca surah Al-Ikhlas... Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari.
5. Jaga kesihatan... Banyakkan berjalan kaki. banyakkan minum air masak atau
air mineral. Jaga pemakanan.
6. Hidup kena buat target dan kena ada wawasan. Ikat perut dan usah
membazir. Makanan dan minuman mestilah dihabiskan. Usdah berlagak orang
kaya, padahal kita teman kepada syaitan. Sentiasalah belanja orang makan
dan minum. Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai
itu. Apabila bersih, masuk. Di situ kita akan temui ramai orang yang susah.
Belanja mereka makan dan minum.
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jalan. Apabila dalam perjalanan,
berhenti dan cari lah masjid. Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat.
Malam, buang sampah sarap. basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua
teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk
tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab.
Lepas isyak, buat kira-kira untung dan rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok
hari.
8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa, pergilah sendiri.
Usah pakai posmen apabila berdepan dengan perkara penting. Biar kita sendiri
yang merangkak panjat bangunan. Biarlah kita yang ambil masa berhari-hari
perjalanan, yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri.
9. Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila
sakit, senyum... Allah sedang luruhkan dosa... Lepas sakit, kita akan lagi
bertenaga. Siapakah dalam dunia ni yang tidak pernah rasa sakit, jatuh, dan
dihina Semua pernah, termasuklah Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar
kita untuk memaafkan orang.
10. Niat kan mahu kaya...
Niat kan mahu bantu ramai orang...
Niat mahu jadi manusia berguna...
Niat itu macam tulis surat...
Dulu tiada Internet, macam tulis surat lah... Salah tulis alamat, akan sampai
salah tempatlah kan. Maka tulis alamat betul-betul.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Thank you for reading this entry! :)