Assalamualaikum semua...
Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta, tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
Kadang-kadang, sahabat yang rajin bekerja bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang disekeliling mereka.
Kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan mereka berhutang apa-apa, tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat,
Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS dan WHATS APP anda, bukan kerana mereka tak ade benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda.
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
'Siapa mereka semua tu?'
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
'DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA'
TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 hal dalam hidup yang tak boleh kembali :
1) Waktu
2) Kata-kata
3) Kesempatan
Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1) Kemarahan
2) Keangkuhan
3) Dendam
Ada 3 hal yang tidak boleh hilang :
1) Harapan
2) Keikhlasan
3) Kejujuran
Ada 3 hal yang paling berharga :
1) Kasih-sayang
2) Cinta
3) Kebaikan
Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1) kekayaan
2) Kejayaan
3) Mimpi
Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang :
1) Komitmen
2) Ketulusan
3) Kerja keras
Ada 3 hal yang membuatkan kita berjaya :
1) Tekad
2) Kemahuan
3) Fokus
Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu :
1) Rezeki
2) Umur
3) Jodoh
TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI :
1) Tua
2) Sakit
3) Kematian
Perkongsian daripada sahabat-sahabat Naj :)
Thank you for reading this entry! :)