Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hmm... minyak masak boleh guna banyak kali ke? Kemungkinan besar, minyak masak yang diguna beberapa kali atau mempunyai serdak hitam dibuang terus kan? Sebab apa? Sebabnya ada kajian yang mengatakan jika guna minyak masak lebih dari sekali, boleh meningkatkan paras kolestrol dalam makanan yang digoreng nanti.
But, ianya terserah pada korang sebab memasing ada yang boleh accept or maybe not accept. That's why Naj cakap awal-awal, 'terserah pada korang'. Huhu :) Chill lah, kan?
Hokey, bagi sesiapa yang nak tahu cara nak jimat minyak ni, boleh cuba ikut petua ni.
Korang pernah nampak tak minyak masak yang selalu diguna akan bewarna kehitam-hitaman. Okey, Naj nak kongsikan petua dari orang-orang tua dulu yang sememangnya kreatif dalam bab-bab sebegini rupa. Begini caranya, selepas menggoreng dan semasa minyak tu dibiarkan sejuk sebelum korang simpan semula, masukkan beberapa asam keping kat dalam kuali tadi tu.
Nak tahu tak, asam keping ni dapat membantu untuk menyerap kehitaman pada minyak goreng tu. Resultnya, minyak itu tadi nampak lebih cerah dan korang pun boleh gunakan semula untuk 2-3 kali lagi sebelum dibuang.
Ada lagi satu, if korang tak ada asam keping, korang boleh guna sedikit kerak nasi.
Goreng kerak nasi dalam minyak tadi, then korang akan nampak warna hitam kat minyak tadi akan diserap oleh kerak nasi. Resultnya, minyak akan jadi jernih semula!
Semoga bermanfaat.
Thank you for reading this entry! :)