Ahad, 27 Disember 2015

BaCk To HoLiDaY! At PuLaU pAnGkOr!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hai semua... :) Okey sebagai penutup tirai tahun 2015 ritu, Naj dan ahli keluarga belah abah ada buat trip family vacation kat Pulau Pangkor nih. Tarikh pergi 26 Disember 2015. 


Kumpulan kelabu. Hehehehe ^__^

Kite orang tunggu bot kat Marina Island Pangkor Jeti. Perjalanan daripada sini nak ke Pulau Pangkor hanya ambil masa 10 minit je. Memang cepat lah kan. 


Masa ni baru nak beratur untuk naik bot.

Ramai jugak lah yang datang daripada Jeti Marina ni sebab apa? Of course lah sebab dekat. 


Masa ni kite orang dah pun sampai di Pulau Pangkor

Alhamdulillah kite orang tak mengalami 'gejala' uwekkkks (muntah) huhu. Okey, sampai je situ, semua terus pergi sewa van pinky dekat jeti Pulau Pangkor ni. 


So sweet mama and abah
<3

Naj tak tahu masa ni Naj naik jet ke naik aeroplane. Hahaha... Bukan ape, driver van tu bawak punya lah laju, nasib baik tak tercabut roda tu satu-satu. Kite orang yang duduk dalam tu dah macam pop corn yang tengah dimasak. Terlompat-lompat. Kejap ke sana, kejap ke situ. Kejap kedepan, kejap terbalik (Uit!!! Hahaha...)


Mu'az with me
Husband Naj 'tercampak' kat sebelah driver.
Hahahaha...

Memang ramai yang datang kat Pulau Pangkor ni. Kite orang pergi ke Villa Naj (Even nama Naj ada Lyana, tak semestinya tu milik hang, tau dak! Hihihi! ;P)
Bila sampai je kat Chalet tu, kite orang kena tunggu kejap sebab orang yang sepatutnya keluar pada hari ni, tak siap lagi. (Adoooiii... ingat dah boleh rehat kejap dah... huhu...) Tapi tak apa lah, nasib baik kat chelet ni ada tempat rehat. Just like lobby lah... 


Mama and abah kepenatan sudah... huhu

Bila semua dah siap, kite orang pun masuk lah dalam chelet. Atok dengan nenek Naj satu bilik dengan acik Udin. Bilik my family bertentangan dengan bilik dia orang. Manakala bilik Naj kat atas dan lagi 3 bilik tu untuk acik-acik Naj. So, kita orang take time to rest kejap sebab petang tu nak pergi pantai. Huhu...


Masa ni Naj dengan husband just jalan-jalan di persisiran pantai je

Sebenarnya Naj dah terlepas bot dengan family Naj. Die orang dah pergi pantai lain dah. Uwaaa!!! Naj kena tinggal!


Encik husband and me

Petang tu, dalam pukul berapa entah, barulah dia orang balik. Mesti seronok kan. Disebabkan Naj tak dapat naik bot dengan dia orang pergi snorkeling, so Naj main Marble Boat dengan adik-adik Naj. Even seater dia hanya untuk 4 orang je, tapi adik-beradik Naj tetap bersama. 5 orang. Hahaha... Memang muat, sebab adik Mu'izz kan masih kecik lagi kan, so dia kena duduk tengah-tengah, manakala aku dan Mu'az duduk paling tepi kiri kanan as protection to them. Takut tercampak kang, ha! Kan dah takut! Wow! Hahaha... Marble boat ni macam sofa yang ditarik dengan bot. 




Ha, that's it! :D

Mula-mula memang best gila. Hahaha... Tapi, lama-kelamaan memang superb gila laju dengan selekoh tajam yang dia orang bawak kite orang. Naj and Mu'az letak kaki kite berdua dekat atas kaki adik Nana, Widad, dan Mu'izz as protection sebab takut tercampak kat laut je masa tu. Part ni tak boleh belah. Adik Mu'izz menjerit-jerit. Kite orang pun jerit jugak. Tapi, adik Mu'izz siap menjerit baca al-fatihah kau! Hihihihi... Dah tu pulak, dia menjerit-jerit kat driver bot tu. . (Dah lah! Dah lah! Nak balik! Nak baliiiiiiiiikkkk!) Boleh pulak dia menjerit kat driver boat tu. Hahahaha... Aku and adik-adik yang lain gelak-gelak je time tu tengok dia memekik-mekik. Hahahaha... Driver bot tu pun gelakkan adik Mu'izz. Hahahaha!!! Sampai je kat tepi pantai, mama, abah and my husband gelakkan kat adik Mu'izz. Hahahahahahhahhahaha (Sorry gelak panjang sebab masa aku type ni pon aku tengah gelak besaww... hahaha) :'D


Kenangan bergambar bersama-sama
^_^

Lepas je marble boat ni, Naj dengan husband pergi dekat gerai-gerai kecik yang sememangnya banyak sangat dibuka kat area Teluk Nipah ni. 


Makan, makan dan makan
Naj suka sangat tengok husband Naj masa makan.
Bam bam... hehehe... :)

Pagi esoknya pulak, kite orang bangun, solat, sarapan dulu sebelum pergi ke pantai. Pagi tu, kite orang semua nak pergi mandi kat pulau lain. Seronoknya!! Hati ni happy sangat tahu dak? Huhu :) :)


Sebelum tu, kite orang dah mandi dulu dekat tepi pantai
Hahaha...


Adik-adik lelaki Naj.
Mu'izz sempat lagi nak main pasir pantai sebelum bertolak nak
naik bot.


With my family sebelum naik bot <3


Wajah-wajah keriangan. :D :D


With my soulmate <3


Jom kita pergi! :D


Sepasang suami isteri sedang bermain jetski
(Hish! Die orang tak takut ke? Bagi Naj memang takut...huuu)


Wajah-wajah keriangan melihat keindahan alam
yang mempersonakan. Deruan angin memang cukup kuat masa ni.


Mum and dad looks so happy! ^_~


Kita dah sampai! Yahooo!!

Cantik pulau ni. Airnya memang bersih. Semua ahli keluarga kite orang memang cukup enjoy hari ni. Huhu... Naj dengan husband cuba pergi jauh sikit. Memang dah tak jejak kaki kau jah! Huuu... Mula-mula memang rasa takut jugak lah kan, tapi nasib baik ada husband time tu, berani tu masih boleh lagi lah. Hahaha...


Wajah suami isteri yang dah sunburn. 
Wakakaka... memang Naj lupa pasal sunblock ni bagai.
Kesilapan ni tak mungkin berulang kembali... cheeewaah!


Tepat jam 11.30 pagi, bot kite orang semua dah sampai.
Rasa macam tak nak balik lagi je. Huhu...


Lautan yang terbentang luas


Kami sudah kebasahan. Kite orang kat atas bot ni memang tengah menahan kesejukan, kedinginan angin... wuhuuuu!!!


Tak lama lepas tu kite orang semua pun sampai

Lepas je turun daripada bot, kite orang sambung mandi pulak dekat pantai sini. Abah, Mu'az and husband dah kat atas. Hehehehe... 


Abah, Mu'az, husband sedang menunggu kite orang yang yang 
tengah mandi-mandi lagi. Hehehe...

Lepas je cuci-cuci dan bersihkan diri, Naj dan family Naj je terus kemas-kemas barang sebabnya lepas ni, kite orang dah nak check-out. Yang lain pulak masih kat sini sampai esok hari. 


Gelagat atok memakai kaca mata hitam :) :)

Kite orang semua gigih mencari tempat makan sambil menolak wheelchair atok. Akhirnya sampai jugak kat satu kedai ni, dan kite orang terus order menu untuk lunch hari ni. 


Tu dia.... jemput makan, bismillah...

Habis je makan, Naj sekeluarga keluar ke kedai tepi jalan yang memang sangat panjang, semata-mata untuk mencari souvenir untuk diri masing-masing. 


Habis je ronda-ronda buat hari terakhir di sini, kite orang pun naik van pinky untuk ke jeti.


Seperti hari pertama, husband Naj nak duduk di depan. Huhu...

Tak lama lepas tu, kite orang pun sampai di jeti. Memang seronok sebab apa? Kite orang tak payah beratur panjang sangat. Turun je daripada van, terus naik bot untuk ke Jeti Marina.


Jom kita balik!


Keadaan di jeti


Naj dan husband di luar bot. Huhu... layannnn....

Sampai je kat Jeti Marini, Naj, husband and my family pergi beli makanan laut kat kedai yang ada kat Jeti Marina tu. 


Ole-ole yang kami beli :)

Tamatlah sudah kisah percutian di Pulau Pangkor yang dapat Naj kongsikan :)
Realize deeply that the present moment is all you ever have!
Thank you for reading this entry! :)