Selasa, 27 Disember 2016

IkAn SiAkAp StIm LiMaU mELeToP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Hai korang, selamat pagi! Sejak kebelakangan ni, hujan kerap turun membasahi bumi kan. Alhamdulillah, syukur. Okay, entry pagi ni, Naj nak share satu resepi lagi kat korang... tetiba je rajin blogging pepagi ceni. Haha. Resepi kali ni merupakan makanan kegemaran Naj. Ikan siakap stim limau... makan dengan nasi panas-panas, baru sodap! Hehe... 

Bahan-bahan yang diperlukan :

Ikan siakap
Bawang putih
Stok ayam (kalau tak ada, boleh guna 1 kiub pati ayam, kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau purut 
Serai 
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos tiram
Garam 
Gula


Okay, jom kita follow step by step :

1) Ikan siakap dicuci bersih

2) Serai dikerat serong kasar, daun limau purut dikoyak-koyak, dan halia dihiris-hiris. Sumbat semua serai, daun limau dan juga halia dalam perut ikan

3) Sediakan bekas yang sesuai mengikut saiz ikan. Letak ikan tadi dalam periuk kukusan.

4) Curahkan dengan stok ayam atau kiub pati ayam dalam periuk kukusan tu. 


5) Satukan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah yang dah siap dipotong, perahan limau nipis, sos tiram sikit, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. 

6) Setelah air kukusan mendidih, bolehlah kukus ikan selama 20-25 minit, or hingga ikan tu betul-betul masak

7) Lepas ikan dah masak, bolehlah angkat

8) Curahkan dengan bahan-bahan yang telah disatukan tadi bersama daun ketumbar.... siap!

Pass.... senangkan? Hihi... selamat mencuba!
Semoga bermanfaat 
Thanks reading! :)
Email : najwa_zone91@yahoo.com