Selasa, 29 Mac 2016

SpOrT cHaLLeNgE wItH mEdIa @ SkYtReX sHaH aLaM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Skytrex ni kat mana? Hokey, tempat ni terletak dalam Taman pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Sesiapa yang nak ke skytrex advanture ni, tempatnya terletak 3 kilometer ke dalam hutan. Korang kena naik Bas shuttle. 


Lebih kurang 5 minit je, sampailah nanti. Kalau nak naik basikal pun boleh. Kita orang sepakat nak naik basikal lepas habis skytrex ni, tapi..... penatlah, tak larat! Hahaha...

Hokeh, Naj nak story sikit ni. Sabtu lepas, Jabatan Korporat MP Sepang ada buat aktiviti skytrex bersama media. Perasaan? Hmm... mula-mula mestilah rasa best sebab dapat main skytrex ni and yang lagi bestnya ianya FREE hokeh, hahaha. Halangan yang kita orang kena redah adalah EXTREME CHALLENGE! Tapi, perasaan gembira tu tetiba je berubah 360 darjah menjadi takut. Hehehe. Nak tahu? Jom sambung baca entry aku ni. Hee...


Sesi pendaftaran dibuka :)


Rajin sangat ni. Hehehe :)


MC hari ni :)


#skytrex


Kite orang pun turun ke bawah


Lepas tu, kita orang pergi ambil glove and kunci loker
(Untuk pengetahuan, kalau korang nak simpan barang-barang berharga, bolehlah simpan kat dalam loker)


Ni dia loker yang disediakan disini :)


Kita orang nak siap-sedia ni! Huhu...


Semangat ni! :D


Bersedia untuk mendengar sesi taklimat ringkas


Dia ni lah yang bagi penerangan kepada kita semua :)


Percubaan pertama sebelum bermulanya aktiviti kami :)


Kawan kami dah memulakan cabaran pertama


Hahahahaha.... (Alamak wei, kenapa aku rasa macam nak menangis ni. Bukan ape, masa ni Naj takut, sebab? Sebab kena flying fox. Naseb baik rendah) 


Takutnya.... Gayatnya... Hahahaha....! :"D


Turn Shuha pulak :)


Kak Aini :)


Ika :)


Kak Haina :)


Akmal :)


Kawan Naj dah naik dulu dah! Ni tangga paling tinggi


Shuha, Naj dan Kak Aini
Bersedia untuk memanjat tangga.


Okey, part ni tak boleh tahan. Banyak kali aku istighfar sebanarnya dek kerana memandang kepanjangan tali yang tak kelihatan disebalik dedaun-dedaun pokok yang tumbuh merendang menutupi segalanya dan ketinggian yang aku sendiri harus redah!. Pfftttt....Whaaaatttt??????!! Hahaha... Aku takut wei. 


Masa ni beburung menerbangkan sayapnya disebabkan suaraku yang memecah keheningan. (Hehehehe :'D )


Setiap platform akan ade pekerja yang akan guide kita


Halangan seterusnya :)
('Najwa, nanti you tunggu I tau, you jangan tinggalkan I'- Shuha said)
'Okey Shuha, You jump, I jump' Hahahahaha....


Halangan lagi!


Banyak laluan yang mencabar diri! Huwaaa!!


Halangan lagi!!


Yang ni masih boleh lagi. Hehehe


Part ni Naj nak menangis. 

Aku ni dah lah pendek, tali tu pulak bila dah hujung-hujung meninggi sikit. Memang rasa down! Nak menangis! Nak melalak! Nak meraung! Hahahaha.... Seriau! Tapi aku gagahkan juga. Aku banyak kali berhenti kat tengah-tengah halangan ni. Bila pandang kebawah aku rasa macam nak terjun dan tiba-tiba superman datang menyelamatkan aku. Okey Naj! Kembali kepada reality! Tak ada superman yang nak datang selamatkan kau! Come on! Move on Naj!!!


Tangga lagi......!!!!!! XD


Rehat jap ye. Hehehe


Penat sangat masa ni. Dah lah dahaga. Huhu


See.... berapa tali? Hahaha... mencabar kan?


Kawan mendahului Naj


Ni senang! Hahaha.... sukanya aku! XD


Turun pulak ye kawan-kawan


Kami hampir menghabiskan cabaran!! :)


Dan, ini adalah cabaran yang terakhir.
Weeeeeeee... sukanya aku :D
Bersinar-sinar betul mataku. Hahaha


Dapat juga menghabiskan cabaran ni!


Bersama-sama rakan perjuangan <3
From left: Anwar, Shuha, Me, Adik Kak Aini, Kak Haina, and Ika!
Tahniah kerana berjaya menamatkan cabaran!



Tahniah korang semua!!!
Memang seronok sangat berada disini dan bersama kawan-kawan untuk menyempurnakan cabaran ni semua! Hehe...

Thanks reading! :) 

Selasa, 22 Mac 2016

hAPpY bIRthDaY aBaH, mU'iZz AnD nAnA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Ahad lepas, family Naj ada buat kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi. Terima kasih kepada keluarga belah abah and mama yang datang membantu. 


Direct sambut birthday Abah, Mu'izz and Nana :)


Terima kasih kepada yang hadir ke majlis doa selamat ini. 

Tu je. Hahahaha :P
Thanks reading! :)

Ahad, 20 Mac 2016

JoM mAkAn Di SaBaRiAh CaFe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...


First time dengar nama ni? Hmm... kat mana Sabariah Cafe ni? Okey, Sabariah cafe ni terletak di kampong Tali Air, Morib, Banting. 


Memang ramai orang yang datang kat sini. 


Jom kita order! :)


1 Lamb chop, 2 Chicken chop


Cheezy wedges pon ada kat sini

Makanan semua dah sampai, mari makan! Huhu... Memang sangat sedap. Harga kat sini memang mampu milik. Tak caye? Korang kena try sendiri! Hehehe :) Korang boleh jenguk-jenguk juge di instagram dia orang #RastaBurgerAndGrill.

Okey, sampai disini saje. 
P/s: Datang ramai-ramai, beli lebih, nanti bagi Naj keyh! Hahaha @#$%&- :p

Thanks reading! :)