Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Ahad lepas, jam 3.30 pagi Naj, husband and my family, and kawan sekolah mama aku ni, ada buat vacation dekat Cameron Highland. Perjalanan masa pergi tu memang masih gelap lagi and, masa tu hujan turun renyai-renyai, cuma ada beberapa tempat yang kite orang lalu ni hujan lebat. Almaklumlah, dah nak hujung tahun kan. Bila dah masuk waktu subuh tu, tujuh-tujuh kereta ni berhentilah dekat satu petronas, nak solat subuh. Then, kite orang teruskan perjalanan sampailah ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Alhamdulillah, semua sampai ke sini dalam keadaan selamat.
Ni lah tempat yang first kita orang pergi. Al Mashoor Strawberries. Tiket percuma. Masa sampai sini, kita orang just jalan-jalan je kat dalam ni. Ye lah, sekian lamanya duduk dalam kereta kan? Haha!
Cantikkan pokok bunga ni.
Okay, lepas kita orang dah rasa lega and puas hati jalan-jalan di sini, kita orang pergi ke Taman Bunga Lavender. Apa yang menarik kat sini? Ha, kalau korang nak tahu, kat sini ada macam-macam pokok bunga yang bewarna-warni. Ada pokok bunga Kamelia, mawar, daisy, dan lain-lain lagi. Bagi pencinta pokok bunga, korang mesti jatuh cinta punya bila tengok bunga-bunga kat taman lavender ni. Haha...
Cantikkan pokok-pokok bunga ni. Jatuh cinta Naj!
Mama dan pokok bunga berpisah tiada. Haha!
Kesejukan!
Cantikkan?
Smile!
Mu'izz mana?
Jom kita cari makanan! Lapar ni!
Pemandangan semasa menikmati kek coklat
Kek coklat RM9.00
Terliuq tengok benda ni. Beli terus. Haha!
Dah kenyang, haruslah bergambar! Haha
Masa ni Naj lawan dengan husband,
tapi, dua-dua gagal. Haha!
Fokus okay! Haha!
Cantiknya...
Mata mana mata? Haha!
Okay, lepas je kita orang cuci mata kat sini, tibalah masa untuk mengisi tangki minyak masing-masing. Dah lapar weh. Jom kita cari makanan tengahari yang sedap!
Ni lah dia restoran yang Naj, Husband dan keluarga Naj pergi. Cafe Lorong. Naj suka sangat makan kat sini, sebab apa? First, makanan dia orang ni memang sedap. Kedua, makanan kat sini, memang tak kedekut. Seriously memang banyak, walaupun hanya untuk seorang makan saja. Aku order tom yam hari tu, memang superb dan kaw-kaw yang teramat sangat dan banyak isi. Huhu. Lepas tu, makanan-makanan ahli keluarga and husband aku pun memang banyak dan sedap. Suasana kat dalam ni pun sangatlah cantik. Pelbagai makanan dan minuman yang korang boleh pilih. Pendek kata, macam-macam ada. Korang tak kan pernah jumpa kedai makanan macam ni dekat Cameron Highland. Memang aku recommand kat korang, siapa-siapa yang datang Cameron Highland ni, memang patut ataupun senang cerita, wajib datang ke sini lah, memang tak mengecewakan korang langsung! Huhu... terima kasih tokey kedai sebab layanan yang diberikan memang cukup berkualiti. #akusuka!
Kalau korang nak tahu, Cafe Lorong ni dimiliki oleh orang Islam. Ha, lokasi Cafe Lorong ni terletak ditepi jalan utama Cameron Highland. Kalau korang dari arah Brinchang, Kafe ni betul-betul dekat sebelah kanan sebelum korang jumpa Pasar Kea Farm.
Korang boleh tengok pelbagai makanan dan minuman di belakang Naj tu.
Memang cantik dan unik dekorasinya
Lagi...
Dan lagi! Hahaha...
Banyakkan? Dan murah pulak tu!
Abah Naj tengah buat apa tu? Haha
Masa ni kat luar Cafe Lorong
Adik Mu'izz kesejukan
Ha, ni lah owner Cafe Lorong ni. Peramah sangat! Oh, ye, mama aku tengah tengok-tengok pokok kejap, lepas tu...? ....... beli. Hahaha...
Owner kedai ni pun ada jual pelbagai sayur-sayuran tau! Tu yang aku cakap, korang kalau pergi sini, memang tak rugi. Dah lah makanan kat sini sedap, berpatutan pulak tu. Mana nak dapat kat bumi Cameron Highland ni!
Pemandangan daripada hotel yang kita orang booking.
Okay, Naj nak review pasal Parkland Apartment kat Brinchang ni, memang sangat selesa untuk keluarga besar yang datang duduk bermalam di sini. Ada 3 Bilik. Pemandangannya, Subhanallah, memang mengujakan.
Tenang betul Naj rasa. Angin pun tiup sepoi-sepoi bahasa gitu. Sejuk, nyaman. Hilang sakit kepala aku hadap komputer. Hahaha...
Lepas tu, kita orang decide nak pergi ladang teh kat Cameron Valley. Seronok dapat tengok pemandangan menghijau depan mata. Jatuh cinta I.
Ladang teh tumbuh menghijau
Memori di sini. Seronok tau. Jom datang
ramai-ramai
Abah dengan mama Naj di ladang teh
Cak!😍
Naj suka gambar ni. Haha
Kononnya nak buat gaya macam abam Adrian saudara kite orang. Hehe
Adik-adik lelaki Naj
Mu'az dan Muizz
Kenangan di sini
Adik-beradik Naj!
Abam-abam sado
Ceh! Haha
Mama Naj ambik tender petik teh
Along gurau je ma! Hahaha
Adik Muizz nampak happy sangat masa ni.
Wuhuuu!
Pencinta Korea ambik gambar kenangan di sini. Haha!
Merenung masa depan katanya. Haha!
Smile!
My lovely parents
Mu'az dan ladang teh
'The gegirls'
Bila lagi kan?
Nak main cak-cak pulak dia haha!
Ala-ala 'lomentik' kononnya.
Bluekss haha!
Cantik view kat sini
'The gegirls'
Masa ni, dah gerimis. Nasib baik dah siap jelajah satu ladang... Haha, Over! Lepas kita orang habis meronda dekat Cameron Valley ni, we olls decide nak pergi makan steamboat. My husband said, ada tempat steamboat yang sedap kat sini. So, I just let him drive lah kan. My family follow daripada belakang Cik Lisa kita. Perjalanan daripada Cameron Valley nak ke sini, tak lah jauh sangat. Korang boleh cuba ber steamboat kat sini, sebab memang sedap. Tak rugi orang kata.Kita orang makan sampai habis. Haha
Ni petanda korang dah nak sampai
Steamboat Snack Corner
Mama and abah
Husband and me
Mu'az dan abah
Nana, Widad dan Muizz!
Ha, apa aktiviti malam kita orang kat sini? Mestilah pergi pasar malam Brinchang. Kat sini kalau korang nak beli key chain ke, makanan panas-panas ke, boleh lah datang ke sini. Macam-macam ada. Kena pandai tawar- menawar. Haha.
Nampak tak, banyak betul dia ni beli. Haha!
Okay korang, lepas aktiviti membeli-belah dah tamat, kita orang pun balik semua ke apartment ni. Ha, kalau korang nak tahu, suhu waktu malam masa kita orang kat sini, 17°C tau. Memang sejuk sangat-sangat. Ditambah dengan petang tadi gerimis. Huhu... sejuk weh!
Pemandangan malam daripada balkoni apartment kami duduk. Aku lepak kat sini kejap je, lepas tu masuk sebab tak tahan dengan kesejukan melampau tu. Haha
Selamat pagi bumi CH! Ha, pagi tu, kita orang terus kemas-kemas beg dan masukkan dalam bonet kereta. Then, terus check out! Kita orang keluar terus cari sarapan pagi. Tempat yang kita orang pergi ni memang jauh daripada tempat penginapan kita orang. Jalan nak ke Simpang Pulai. Masa ni, jalan memang kosong lagi tau. Memang best lah kan. Kedai makan ni terelatak selepas pasar Kea Farm.
Nolina food.
Tempat sarapan ni memang sedap tau, ada nasi kerabu, nasi dagang, roti canai, dan macam-macam ada. Habis je kita orang sarapan di sini, kita orang decide nak pergi petik strawberry dekat Big Red Strawberry. Bila sampai je sana, kita orang tak boleh petik sebab Buah strawberry dah habis. Ramai orang dah petik. Sedikit kecewa lah di sini. Haha. Apa boleh buat oi. Kita orang just beli dan bungkus makanan kat sini.
Kenangan bersama
Big bos and me
Abah and mama
Seronok betul dia orang ni
Posing lagi. Haha
Lepas kita orang dah puas pergi jalan-jalan kat sini, we decide pergi Pasar Kea Farm. Ha, masa ni, jalan memang jem. Untuk sampai ke sana je, ambik masa lebih 30 minit. Padahal dekat je nak ke sana. Haha... Masa ni, memang sejuk sangat sebab kabus tebal. Husband decide parking kereta kat tepi jalan. Kita orang merempit naik motor dekat Cameron Highland ni. Cik Lisa kami biarkan tepi jalan kejap bersama-sama kereta yang lain. Haha...
Husband and wife kaki rempit
Rempit lah sangat! Haha
Kita orang masa ni dah sampai pasar Kea Farm. Tapi my family belom sampai lagi. Huhu. Kesian dia orang kena redah jem. Nak buat macam mana kan?
Masa ni kan hujan dah turun, lebat pulak tu. Kesian aku tengok pekerja-pekerja kat sini. Cepat-cepat dia orang kemas barang yang diletakkan diluar kedai untuk dibawa masuk. Huhu. Kita orang tak boleh nak balik lah kan, sebab naik motor. Habislah... Husband decide pergi minum kejap dekat gerai yang ada kat pasar ni jugak.
Kami borong habis. Huhu
Laksa satu! Naj dan laksa berpisah tiada! Haha
Mama cari sayur-sayuran
Mu'az dengan strawberry
Abah and Muizz dah penat. Hahaha
Lama jugak kita orang tunggu hujan ni reda. Tapi nampaknya, macam tak nak berhenti. So, husband and me decide untuk redah je hujan ni untuk balik semua ke Cafe Lorong. Memang kuch kuch hota hei jap lah kita orang kan. Haha! Sampai je dekat depan kedai Cafe Lorong ni, kita orang decide nak makan dekat sini pulak.
Sedang kesejukan
I repeat order lagi. Haha. Husband Naj pulak makan nasi goreng cili padi. Wuhuuu... sedap sangat-sangat. Bila kita orang datang kali ke dua dekat kedai ni, bermakna makanan dia orang memang sedap!
Lepas tu, Naj and husband saja-saja jalan dekat deretan kedai-kedai bersebelahan dengan Cafe Lorong ni. Naj pelik sebab macam tak ramai yang datang ke sini. Tapi, korang memang terkejut dengan harga kat sini. Memang terbaik harganya. Murah beb. Meh aku bandingkan harga dengan Kea Farm. Aku beli jeruk buah kering kat Kea Farm 2 RM 10 dan sayur 5 jenis RM 10. Tapi, kalau korang pergi kat deretan kedai-kedai kecik dimana kedai ni betul-betul dekat tepi Cafe Lorong, harganya memang best! Kalau korang beli jeruk kering dekat sini, RM10 boleh dapat 3 paket, manakala sayur-sayuran kat sini lagi lah best dan meriah, RM10, korang boleh dapat 18 jenis. Best tak! Hahaha. Kenduri sayur kita orang suami isteri. Husband and me decide beli RM 20, so total sayur yang kita orang borong, 36 jenis sayur kita orang dapat weh. Seronok tak? Hahaha.
Ni lah mak cik yang jual sayur murah.
Fresh tau!
My husband yang nak bawak semua ni.
Naj bawak yang ringan-ringan je. Masa kita orang nak menyeberang jalan, masih banyak kereta lagi tau. Jalan memang jem! Haha!
Lepas habis memborong di kedai-kedai tepi Cafe Lorong ni, kita orang pun balik.
Mintak husband berhentikan kereta sebab nak makan cucuk-cucuk. Lepas tu balik.
Seronok tau jalan-jalan kat Malaysia ni. Macam-macam ada. Btw, thanks for reading this entry! Moga bermanfaat untuk korang yang nak datang ke sini. :)