Jumaat, 1 Jun 2018

ReSePi ChAr KuEy TeOw PaDu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Salam sayang semua... Alhamdulillah kita kini dah pun menyambut bulan puasa  untuk hari yang ke 15. Belum terlambat rasanya bagi Naj nak ucapkan ‘selamat berpuasa korang’. Moga ibadah kita semua diterima Allah s.w.t. Kali ni Naj nak berkongsi resepi char kuey teow yang Naj sendiri pun terkejut dengan penghasilannya. Alhamdulillah, for the first time I feel satisfied... 

Bahan-bahan yang Naj guna:

1- Dah semestinya kuey teow. Naj guna 1 pek je

2 -Sos char kuey teow cap apai. Naj rekemenkan korang guna sos ni, memang sedap! Actually, petang tadi balik kerja, Naj tak tahu pon nak masak apa untuk berbuka. Singgah jap rumah jiran, dia ni lah yang rekemenkan Naj sos char kuey teow ni. Sedap katanya... Disitulah timbulnya rasa nak buat char kuey teow ni. Hehehe. 

3- Udang, sotong, dan kerang (buang cengkerang)

4- Telor (sebiji)

5- Taugeh

6- Kucai

Cara-cara penyediaan :

1- Panaskan minyak dalam 2 sudu
2- Masukkan udang, sotong, dan kerang. Api jangan terlalu besar ye.
3- Bila dah nampak macam layu-layu seafood tu, masukkan sos char kuey teow lebih kurang je (anggaran dalam 3 sudu) Gaul semua tu bagi rata.
4- Lepas tu, masukkan air dalam anggaran 150 ml (air masak tau korang)
5- Masukkan kueh teow. Harus diingatkan, kueh teow yang korang beli tu, kalau boleh bersihkan dululah ye.
6- Lepas tu, korang masukkan taugeh dan daun kucai. Tak lama lepas tu, masukkan sebiji telur kedalam kuali.
7. Kacau-kacau semua tu, pastikan telur pon dah masak juga ya.
8- Sedia dihidang.

Selamat mencuba korang. 
P/s: Sos char kueh teow cap apai memang terbaik. 

Lot’s of love, Naj.