Khamis, 30 Ogos 2018

JaLaN-jAlAn Di MeLaKa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Petang-petang macam ni, Naj baru tergerak hati nak tengok emel. Tetiba ada satu emel ni yang mengejutkan hati Naj. 



Sebenarnya banyak kisah yang nak dikongsinya, cuma rajin dan malas je nak update story ni. Haha. Kisah kali ni, Naj nak kongsikan pengalaman sehari ketika di Melaka. Percaya tak percaya, sebenarnya kisah ni berlaku masa cuti hari pekerja tahun ni, malas kan Naj? Muahaha.... 


Perjalanan daripada Bangi ke Melaka ni tak lah jauh mana pun, kan husband? (Bukan aku yang drive, bolehlah aku berkata sebegitu hikss). Sampai je di Melaka ni, tempat pertama kita orang pergi, Taman Burung. 

Sedikit info pasal Taman Burung ni.

* Terletak di Durian Tunggal, Melaka (Guna waze je soooonang)
* No. Telefon 06-233 0333
* Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
* Website :  www.melakabirdpark.com
* Bayaran masuk RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Bila korang masuk kat dalam Taman Burung ni, hati-hati sikit okeyh. First, jangan pegang haiwan ni, sekadar dia hinggap tak apa, bukan apa, ada peristiwa berlaku depan mata kita orang. Seorang pemuda berdarah di bahagian tangannya. Punca, dia pegang haiwan tu, tak pepasal kena cakar. Second, hati-hati ya, takut dapat hadiah free (Taik burung hahaha)





 


  

Lepas je dari situ, kita orang pergi ke Redtma Adventure Urban Park- sport and Recreation. Tetiba teringat memory masa bercuti di Freser Hill. Menggamit memori sungguh. Fuh!





Trip kali ni santai-santai je. Lepas daripada tu, kita orang cari port terbaik untuk makan asam pedas dan lepas tu, balik semula ke Bangi. 


Lots of love,

Naj.