Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hai korang... lama sangat rasanya tak usha
blog Naj ni. Biasala, semua cerita-cerita yang ada di blog ni mengundang
kembali kenangan lama. Hehehe... Alkisahnya, cerita ini berlaku pada tahun
2017, tapi asyik tunda je sampailah ke hari ni. Lama gila kan? Kan? Kan? Dari
15/12/2017 sehinggalah 17/12/2017.
Cerita ni bermula apabila adik Mu’izz akan bertanding dalam sukan hoki peringkat Antarabangsa. Tapi sebelum datang ke Pulau Pinang ni, kita orang search
homestay and finally, we found it.. Homestay ni, memang bersih, cantik, perabot
pun okay, ada mesin basuh, dapur dia memang super duper cool, ruang tamu
cantik, dan secara keseluruhannya, memang tersangatlah okay untuk sesiapa yang
nak menginap di sini. Nama homestay ni.............(tak ingat dah sebab dah lama hahaha) Ada 3 bilik semuanya
dan luas. Koridor pun ada juga, dilengkapi
dengan meja dan kerusi rehat. Kiteorang sampai malam masa tu, memang penat dan
mengantuk sangat masa ni setelah sekian lama di dalam kereta, menempuh hujan
sepanjang jalan. We need energy back! Especially to Mu’az and Abah sebab dia
orang yang drive kereta.
Pagi esoknya, kita orang siap-siap dan terus
mencari kedai makan di Pulau Pinang ni untuk bersarapan. Kami singgah di Restoran mamak dan aku agak
krik-krik sikit di sini hehehe, sebab aku sebenarnya kurang minat kari ni. I’m
so sorry curry. Tapi setiap orang memang ada makanan yang korang suka, dan ada
makanan korang tak minat juga kan? Samalah macam aku. Bukan Abah aku tak nak
ajak ke tempat lain, masalahnya kemana-mana sahaja kami lihat, rata-rata kedai
mamak. (Bersungguh-sungguh diaorang cari
kedai makan kerana aku, im so sorry guys) Family aku okay je makan kari,
tapi aku je yang blablablabla. Pepandailah korang fikir dan tafsirkan hahahaha
Okay, lepas sarapan je, kami mencari
Universiti Sains Malaysia (USM). Oh ye, mama aku excied gila tau bilamana dapat
tahu adik Mu’izz nak lawan hoki di sana sebab dia pernah study kat USM ni suatu
dahulu kala dalam bidang plan. 44th
Pesta Hoki USM-Penang International 2017 pada 15th-17th Disember 2017 ni memang
meriah sangat. Dah nama International kan, mestilah pelbagai negara yang korang
akan nampak, India, China, Australia, and many more. Oh ye, perkara yang paling
aku tak boleh percaya, Kapten Hoki daripada Sekolah Kebangsaan *** ni adalah
Mu’izz, adik aku. Hahahaha. Memula nak tergelak pun ada, sebab bila pandang
tubuh kurus dia tu, bermacam-macam pertanyaan singgah di otak aku. Tapi, bila
aku tengok dia berlawan, patutlah jadi Kapten. Hahaha. (Terus terdiam dan menyaksikan perlawanan dia. )
Peringkat pertama perlawanan, sekolah dia
dapat mara ke pringkat seterusnya. Semakin berdebarlah si dia menanti
perlawanan seterusnya. Mereka akan berlawan dengan India, dan ini membuatkan
Mu’izz dan ahli pasukan sentiasa berdebar menanti dengan berlatih
bersungguh-sungguh di tepi padang sehingga sekolah mereka diumumkan untuk
berlawan . Perlawanan berlangsung. Hampir putus urat kami bergabung suara
menjerit sebagai tanda memberi sokongan kepada mereka. Aku hampir hilang suara.
Hahaha. Nampak tak betapa obsesnya aku dalam sukan dia ni. Masa tu ramai juga
parents yang datang mengikuti perlawanan anak mereka di sini. Habis daripada
perlawanan tu, ramai yang bagi kata-kata semangat. Secara jujurnya, aku seronok
melihat dia berlawan hoki di depan mata aku ni ha. Perlawanan hoki akan
bersambung pada hari esok. Okay, selepas daripada perlawanan itu, adalah
anak-anak murid yang berlegar-legar di kawasan booth yang menjual pelbagai
cendermata dan juga pelbagai makanan dan minuman
Tak lama lepas tu, mama ajak kami semua
melihat tempat dia belajar dulu-dulu. Masa dia tengah study kat sana, aku dah wujud
dah, ada laaaa dalam dua tahun centu, gigi aku pon rongak-rongak lagi masa tu,
hahahahaha (Apa kena-mengena dengan gigi rongak nih? Hahahaha senget) Masuk
sahaja kami di dalam bangunan ini, mama ternampak wajah yang dia kenali sangat.
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Keadaan sekeliling sudah
tidak dihiraukan lagi. Wajah itu...., ya, wajah itu. Yakin benar mama terhadap
lelaki yang berdiri dihadapannya. (Tak
yah lah nak ayat novel sangat Naj oi, ayat ko ni pon betabow hahahaha)
‘Lela....Ya Allah, dah lama tak jumpa, hang sihat ka? Berapa orang anak dah sekarang ni? ‘ Macam-macam yang dia tanya.
‘Ni ke anak ko yang masa kecik tu?,’ tanya dia. ‘Seriously la U masih ingat
lagi kat I?,’bisik hati aku kaget sebentar. Teringat lagi masa nak hantar mama
ke sini, aku mengamuk sepanjang perjalanan ke Pineng. Habis semua botol susu,
napkin, aku buang dari tingkap. Ni serious okey, bukan main-main haahahaha.
Mama dan abah berborak dengan kawan lama dia
ni ha, sementara aku, dan adik-adik membuat lawatan di muzium dalam USM ni.
Memang hasil seni yang ditunjukkan di dalam ni sangat menarik perhatian kite
orang semua. Cantik sangat.
Habis je mereka berbual, so, kita orang pun
teruskan perjalanan menuju ke Pantai........... (apa entah nama pantai tum, tak
ingat laaa) Memula aku rasa macam nak naik parasailing tu je. Sebab aku nampak macam
seronok je, tapi aku gayat. Macam-macam benda negatif yang terlintas di
benakku. Nanti, kalau tali putus, kalau blablabla.. ha, tu lah, nampak sangat
banyak layan movie, jadi macam ni lah. Hahaha...
Adik Mu’zz je yang mandi-manda di situ. Dah
nak masuk magrib tu, kita orang berhenti. Sunset memang cantik gila la kan. So,
after solat semua, kita orang terus carik makanan waktu malam tu. Memasing
lapar. Hahaha. Kami waze kedai makanan ikan bakar yang orang kata sedap tu. Ikan
bakar apa entah, dah tak ingat.
Keesokan harinya pula, waktu yang
ditunggu-tunggu oleh semua peserta hoki. Perlawanan ke separuh akhir. Debaran
kian terasa tatkala para cikgu sekolah mereka mendapat tahu bahawa mereka akan
berlawan dengan India. Pergh! Aku tengok pasukan India berlawan semalam, memang
padu habis. Aku pulak yang rasa risau. ‘Mu’izz, buat yang terbaik, jangan cepat
mengalah, teruskan usaha, pedulikan kata-kata negatif kat belakang kau, keep
moving forward, Mu’izz, kite orang yakin kau boleh,’ itulah kata-kata dari kami
sekeluarga padanya. Kami semua bergabung tenaga dan memenuhi kawasan tepi
padang perlawanan tu. Memang sengit sangat. Part yang aku tak boleh lupa, masa
adik Mu’izz nak jaringkan gol di depan jaringan gol. Dia melanggar penjaga gol
tu sehingga luka. Huish! Dasyat! Hewhewhew....
So, keputusan dah dibuat. Pasukan daripada
India yang menang pada peringkat kedua. Mereka semua berkumpul di sudut kawasan
padang tu. Coach tak berhenti-henti bagi kata-kata yang positif terhadap anak-anak
didiknya. Luka di tangan Mu’izz cepat dibalut. Sayang benar cikgu padanya.
Hahaha. So, habis je perlawanan ni, mereka semua balik. Sama juga kami.
Walaupun mereka kalah, akan tetapi, dengan pengalaman ini, mungkin dapat
memantapkan lagi skill permaianan hoki sekolahnya nanti. Doa-doa yang baik
sahaja.
P.s. : Sekian sahaja cerita aku ni yang dah
lama terperam dalam lubuk hati.
Lot’s of love,
Naj