Ahad, 22 September 2019

JoM bErCuTi Ke PuLaU LAnGkAwI!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hai korang! Lama betul Naj tak update blog kan, sampailah dah masuk bulan September 2019. Naj nak kongsi kisah percutian Legasi Sairi Wasinah ke Pulau Langkawi. Bermula dari 11 April 2019 sehingga 14 April 2019. See! Lama gila kan Naj tak update! Hehe... Percutian ini memang telah dirancang awal dan disusun serapi-rapinya. Keluarga Asmadi tertinggal kebelakang disebabkan tidak dapat cuti pada hari Khamis. Kita orang gerak pada waktu petang. So, this is my itinerary!

11 April 2019







We all bergerak ke Langkawi by flight, 7.45p.m. Around kol 8 lebih, sampai dah kat Langkawi. Ding dong ding dong, nak dekat pukul 9.30 malam jugak la masa tu. Sampai- sampai je kat Langkawi, kereta sewa masa tu memang dah tunggu ketibaan kite orang. Bagus kan? Kalau nak nombor car rental yang Naj guna, boleh lah mintak kat I hokeh! Pengangkutan kami di sini adalah toyota innova. Macam mana nak dapatkan perkhidmatan kenderaan kat sini? Boleh try cari kat Facebook. In sya Allah, banyak pengangkutan yang boleh dipilih. So, kite orang terus pindahkan lagguage. 

Alhamdulillah, muat!

Our first checkpoint, ofcourse lah makan! Tempat makan malam pertama kami adalah disekitar Kedawang  and ofcourse lah sea fooooood!!! Im starving you know! Tak lama lepas tu, kita orang check-in di Langgura Baron Resort. Hotel yang lain semua dah penuh, nasib baik booking awal hari tu. Malam di Pantai Cenang memang cantik dan dibanjiri dengan para pelancong yang tak putus-putus untuk datang ke sini. Pelbagai kedai makan dan kraftangan 'wujud' di sini. So senanglah nanti Naj nak cari souvenir kat sini. Pantai Cenang Mall pon tak kurang hebatnya. 




12 April 2019

Good morningggg everyone!!!! Celik mata je, nak makan hahahaha. So, breakfast kite orang pagi ni just sekitar-sekitar kawasan hotel je. Jalan kaki je, daaaa sampai. 


Habis je bersarapan, kite orang gerak dengan 2 buah innova. Pagi ni kite orang nak pergi ke Gunung Mat Cincang! Sampai je kat sana, park kereta dulu. Kawasan parking memang luas, so dont worry k. If school holidays, comfirm pack! Nasib baik masa kita orang sampai tak ramai orang. So, bila dah sampai sini, bolehlah beratur untuk beli tiket Sky Cab. Masa beratur nak beli tiket ni, dia memang ada sertakan kita nak pakej mana. So korang pilih lah nak mana k.


  


Masa naik nanti, kabel car akan berhenti station by station. Masa berhenti kat station, boleh lah turun sekejap untuk menyaksikan panorama alam yang indah ni! Masa we all naik ke atas, memang akan nampak air terjun telaga tujuh dari atas. Bila dah sampai puncak Gunung Mat Cincang ni, jangan lupa untuk bergambar BANYAK-BANYAK hokeh! Kenangan ni tak dapat dibeli di mana-mana guys, so appreciate every moment k!





Masa ni kita orang berhenti dekat tengah-tengah station


 








Tak lama lepas tu, sambung masuk semula ke SkyCab untuk sampai ke puncak. View dari puncak memang 100% cantik! Korang boleh jatuh cinta la melihat pemandangan yang indah dari puncak. 


Dah sampai atas puncak ni, kite orang akan melintasi Sky Bridge kat situ. Memang superb! Tapi sebelum nak sampai kat Sky Bridge ni, korang ada dua pilihan untuk pergi ke jambatan gantung. Pilihan pertama korang boleh naik SkyGlide yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah, tetapi, harus diingatkan, setiap perjalanan hanya memuatkan 12 penumpang je! Ko rasa? Hahaha. Okay, pilihan ke dua pulak, korang kena berjalan kaki menempuhi keindahan pokok-pokok yang menghijau disekeliling. Tapi safety tu korang kena take care sendiri lah ya! Memula ingat nak naik gondola, tapi memandangkan ramai gila orang beratur menunggu turn, kite orang pun pilih untuk melalui trail yang die orang sediakan. Memang advanture tau. I like it so so soooo much! Tak jauh pun, daripada korang nak tunggu turn naik gondola tu. Jenuh ooo.



Setelah penat berjalan, kita orang singgah sebentar di satu kedai kecil yang menyediakan makanan rngan dan juga minuman. Baru kejap je berjalan, dah penat, acane tu??






Ni lah yang Naj bagitahu, laluan ni tempat di mana korang nak melalui trail. Masa aku and family berjalan kaki ke jambatan gantung, memang seronoklah kan. Kita berjalan slow and steady je, barulah tak rasa penat sangat.








 

Bila korang da sampai Sky Bridge, Subhanallah, memang pemandangan kat situ cantik sangat u olls.  Lama kami kat puncak gunung Mat Cincang ni. Korang boleh nampak keindahan pulau-pulau kecil dan hutan rimba. Lama jugalah kami menghabiskan masa di puncak ni sebelum turun ke bawah.








 



















 







Masa ni kita orang sedang menunggu masa untuk turun ke bawah. Abah Naj sedang melayan kerenah Adrian hahaha



Muka bangun dari tidur. Hahaha

Jom turun!








Lepas tu kita orang tunggu turn untuk turun ke bawah. Kita orang masuk ke 3D Art Langkawi. Enjoy la puas-puas posing dalam ni bhahahaha.

Info untuk korang yang nak ke sini..
  • Alamat : Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 4-959 4225 
  • Waktu Operasi : Isnin – Khamis = 9:30 a.m – 7:00 p.m, Jumaat-Ahad = 10:00 a.m – 7:00 p.m
Jom kita masuk Musium 3D!


 

  



 



Tak lama lepas tu, kita orang keluar cari port makan area padang mat sirat. Oh, baru Naj teringat, masa trip kite orang kat langkawi ni, ada Le tour de Langkawi secara langsung! Live ok, live! bhahahhaa. Memang kite orang enjoy monent tu.  


Bila waktu malam, mesti lah nak cari tempat makan yang sedap kan. Masa ni kita orang just berjalan kaki je area tempat kita orang menginap. Ada satu kawasan ni yang menjadi daya tarikan pelancong adalah food truck. Ada hot dog, fries, burger dan segala mak nenek kat situ. Nak tahu? Pergi terjah ke bumi Cenang ni, hahahaha... kalau korang teruskan berjalan area food truck tu, korang akan jumpa satu restoran, namanya Restoran Nelayan Telok Baru 2 (Makanan Laut). Restoran ni memang menyajikan makanan yang sedap. Bila sampai sini, jangan lupa try okey, tapi korang kena bersabar untuk menunggu makanan korang tiba, k.





Habis je makan malam, kita orang round area pantai cenang melihat souvenir yang dijual di situ dari satu kedai ke kedai yang lain. Banyak jugalah hasil tangkapan aku hahaha. 


13 April 2019





Keesokan paginya pula kita orang bersarapan restoran berhampiran hotel tempat penginapan kami sementara menunggu ketibaan van untuk membawa kami satu hari ni, iaitu aktiviti Island hopping. My Favorite Activity. Huhu. Sebelum naik bot, ada juga sesi bergambar kenangan bersama. First checkpoint kita orang pergi ke Tasik Dayang Bunting.




















Sebelum memulakan aktiviti Island Hopping ni, haruslah bergambar hahahaha. Mana lagi kenangan yang serupa kau boleh kutip lagi macam ni. Kalau pergi lagi sekali pun, tak mungkin sama dengan kenangan yang dah berlalu, kan.


Tak lama lepas tu, kita semua menaiki satu bot menuju ke Dayang Bunting Marble, Geoforest Park. Turun je daripada bot, korang kena beli tiket untuk masuk ke situ. Korang juga diberi pilihan untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan di situ. Lebih kurang 10 minit perjalanan, korang akan jumpa lah Tasik Dayang Bunting ni. Tempat mandi untuk budak kecil pun ada disediakan. Tapi, makesure korang jaga anak-anak korang hokeh. Remember, safety first!




Kat situ banyak aktiviti boleh dilakukan. Kayak, paddle boat, bebudak pon enjoy mandi dikawasan tasik tu (memang ada tempat untuk bebudak mandi-manda).















Tak lama lepas tu, kite orang pergi ke second checkpoint, pergi ke kawasan gua, melihat kelawar di situ. Third checkpoint lak, kite orang bagi helang makan! Tour guide (bawak bot) tu yang bagi makanan. Asal baling makanan je, mesti kena sambar dengan helang. Kat sini, korang boleh nampak ketangkasan sang helang menyamar makanan. Mak aih... pantas you know!







Checkpoint keempat, kita orang pergi ke Pulau Beras Basah. Cantik tempat ni! Ada kedai menjual makanan dan minuman. So, aktiviti kami disini, bermandi-manda! Coral di sini cantik ooo. Hahaha memang tak mengecewakan la kan. 






Masa ni, cuaca berubah mendung dan gelap petanda untuk huuuujan. Angin bertiup memang sangat kuatlah kaaaaan. So kita layan moment sebelum berangkat balik ke hotel.
















Perjalanan pulang disertakan dengan hujan lebat. Sejuk ooo. Gelagat the shafiys mencuit hati kami semua.Jam 2.30 petang kami tiba di darat dan pulang ke hotel. 

Setelah cukup berehat, petang tu kita orang keluar semula untuk mencari port makanan. Kita orang menuju ke Kedawang untuk merasa pasembur dan laksa. Memang ramai pengunjung yang datang ke kedai makan ni. Memang sedap! dan memang ramai yang berhenti makan dan minum petang di situ. Sambil-sambil makan dan minum, dapat pula melihat matahari yang hampir terbenam. Orang yang jual ni pun use food truck and ada banyak gak meja makan untuk pelanggan-pelanggan die orang. 


 






Selesai je makan pada petang tu, we all pulang semula ke hotel. Sebelum tu, haruslah pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di Pantai Cenang. Memang cantik!












Ni pemandangan dari bilik Naj

Malam tu kita orang cari port area situ gak. Malam ni kite orang cari merchandise untuk dibawa balik. Macam-macam souvenir yang dijual di kedai-kedai sepanjang Pantai Cenang ni. Jalan kaki je beb. Oh ye, if korang nak bershopping, Chenang Mall betul-betul terletak di tepi hotel tempat kami menginap.



14 April 2019

Keesokkan harinya, kita orang terus menuju ke Nasi Dagang Pak Malau untuk bersarapan di sana. Popular tempat ni. Makanan di sini pon sedap-sedap belaka. Habis je bersarapan, kita orang pergi ke Dataran Helang, Kuah













Naj bersiap-siap untuk bersarapan di Nasi Dagang Pak Malau. Memang famous kat Langkawi ni! Ramai orang datang singgah. Tak lama lepas tu, kite orang pergi ke mercu tanda Langkawi. 

 





Then, kita orang pergi shooping coklat kat HIG. (Haji Ismail Group) Kat sini bukan sekadar coklat je yang dijualnya, perkakas dapur pon hado. Mujur I tak terjebak, I just beli coklat bebanyak!! Memang bersepah-sepah kau melihat coklat di situ. Kedai ni memang menjadi kegilaan terutamanya golongan perempuan, betul ke betul? Hahahaha.... Boronglah apa yang kau nak borong. Hahahaha. 




Kite orang pulang ke hotel semula untuk check-out dan sebelum pergi air port, sempat jugak lah merasa minum petang di tepi pantai gak. Tempat yang lain! huhuhu. Area Padang Mat Sirat. Habiskan masa petang di situ sebelum menuju ke airport dan pulang. 





Sampai je masa, kami bertolak pulang. 




Sekian sahaja coretan Naj untuk trip bersama family ke Pulau Langkawi. Moga dapat membantu korang diluar sana yang ke Pulau langkawi juga k! Apa-apa pun, kita enjoy!



Lots of love, 

Naj