Assalamualaikum semua...
Hai everyone! Hari ni Naj nak
cerita pasal air terjun kat Lata Medang. Dah lama pun sebenarnya Naj tak follow
kawan2 hiking. Last hiking masa Naj dan husband ikut kawan-kawan kite orang dekat Freser Hill..., Gunung Nuang and Bukit Kutu. Lepas dekat situ je, Naj terus cuti rehat....hahaha..... Ok, Lata Medang ni terletak di
Kg. Pertak, Kuala Kubu Bharu. Kampung ni merupakan kg. orang asli tau.
Lokasinya berhampiran dengan Sg. Pertak.
Kalau dr Kuala Kubu Bharu, ikut jalan nak pergi Sg. Chiling / Freser
Hill. Sebelum sampai di Sg. Chiling ni, korang akan nampak 1 signboard sebelah
kanan menunjukkan Kg. Pertak.
Ni ha signboardnya. =) Masa sampai sini dah pukul 10.30 pagi
So,
masuklah jalan ke kanan melalui kawasan perkampungan moden orang asli ni,
sampailah jumpa jalan kecil. Kat situ ada 1 jambatan yang merentasi sungai.
Memang laluan ni sama macam yang Naj mula2 pergi hiking kat Bukit Kutu dulu. Dulu pergi masa
zaman cintan-cintun gitu, tapi sekarang ni, pergi dgn title suami isteri.
Hehehe.... welcome back! Banyak memori dekat sini dgn geng2 lama Naj dulu.
But,
before that, parking dulu kereta. Sampai je sini, kite orang pun start dengan
aktiviti pemanasan badan dulu. Ye lah, takut nanti tiba2 injured kang, jadi
masalah pulak kan? kan? kan? (Hei, berape banyak 'kan' daa... :P )
Siap sedia! =)
10.50 pg : Pemanasan badan dulu.
Penting ni tau!
Jarak
dari tempat parking ke lokasi Air Terjun Lata Medang lebih kurang 2 jam
perjalanan trekking. Kite orang ada jurupandu yg terlatih di sini. Kawan2 kite
orang jugak. Hahaha. :D Trek pada mulanya memang so easy....macam ni je,
Silaunye....mana taknya, dah pukul 11 pagi pun. Hahaha
Nampak tak jambatan tu, bahaya kan? Korang kena hati2 ya.
Tak takut pon..hahaha (berlagak noq)
Jambatan dah tamat..
Dulu masa Naj pergi hiking dengan kawan2 MDKL dekat Bukit Kutu,
kite orang pun lalu sini.. cuma laluan je yg berbeza di hadapan
tu...
Bersedia utk masuk ke dalam hutan. Jom! ^__^
Ni dia...mula2 jalan dia okey lagi....ramai yang masih
tersenyum....hahaha
Pastikan
korang pakai pakaian yg sesuai untuk bertrekking ni tau. Kalau boleh pakai
kasut lah, sebab jarak pergi balik hampir 12 km. Jauh gila. Kat sini tak payah
lintas macam Sg. Chiling tadi, tu cuma masa mula2 je korang lalu titi gantung
and jambatan runtuh yang melintasi sg. lepas tu, tak ada dah. :)
Husband Naj buat muka ya...penat ke? Hahaha :P
Rehat
jap, tunggu kawan2 yang kat belakang.
Naj
dengan husband 'terrr laju' sangat....opsss...! Hahaha :D
Hutan
yang hijau lagi mendamaikan!
I fall in love with nature!
:D
Lebih kurang 10 minit rehat jap, ada yang minum air, makan kismis
pun ada,
tu semua untuk tambahkan tenaga...but,
jangan terlalu banyak minum air sangat,
sebab nanti cepat penat.
Tu dia! Curam tinggi nun di bawooh..Masa ni dah pukul 12.30
tengahari
Tengok kawan2 kita yang tengah berusaha nak naik.
Aja2 Fighthing!
Naj boleh posing
pulak kat sini. Hahahaha
Muka penat ke? Tak ada kan? Hahaha
Wah2! Ramai kan kawan2 kita yang kat bawah tu
Mereka hampir berjaya! Yeay! =)
Perjalanan masih diteruskan. Masa ni masing2 dah penat,
termasuklah Naj, coz dah lama sangat tingalkan benda ni. Last hiking pun awal
bulan Januari 2013.
Hahaha...memang lama sangat kan?
Saja nak berselfie
Laluan ni banyak sangat pokok tumbang macam ni.
So, kena hati2 lah ya
Hidupan di kawasan ni. Husband Naj yang jumpa mula2.
Eii...geli geleman I! Huu...cabuuut!!
Tepat pukul 1 petang kite orang dah sampai!
Wah, memang best
sangat kat atas ni!
Jom ramai2 datang sini! :)
Masing2 keluarkan makanan & dikumpulkan.
Siap BBQ kat sini lagi, memang seronok sangat2.
Lagi2 pergi ramai2.
Even Naj baru 1time keluar hiking dengan officemate husband, tapi
semuanya peramah sangat2.
Masing2 membantu antara satu sama lain
Berusaha menghidupkan api.
Nampak tak tu.....haha...lengkap dah barang2 memasak. Rugi lah if
korang tak rasa masak2 kat atas ni. Terbaik taw! Hahaha :D
Sebenarnya, benda ni lah yang Naj tunggu2. Cantik kan? Tak ramai
yang pergi sini, so, tak tercemar langsung dengan sampah sarap. :D
Bunyi air terjunnya dah buat Naj rasa bersemangat nak mandi dgn
kawan2. Hehehe... Yeay!
Berlatarbelakangkan air terjun :)
Firstly, akak Faseha yang mula turun, mula2 paras lutut, lama2...
Hah! Tengok ja lah! Duduk terus. Hahaha...
Nampak tak budak kecik tu.
berani betul dia naik atas kan?
Tapi kalau ikutkan hati Naj ni, nak je Naj naik atas tu... Tapi...
Naj segan lah.
(Hish! mengada betul, nak segan2 bagai. Phui!!! Hahaha)
Mesti syok gila! huhu ^_^
Kite orang dah basah kuyup! Huuuu...sejuknya! :D
Nak rasa jugak duduk kat bawah air jatuh tu...
(Cakap sambil hentak2 kaki! Hahaha... tak ada lah! Melampau sangat
tuh! :P )
Walaupun kite orang tengah kesejukan sangat, tapi nak jugak
bergambar ramai2 ni. Hahaha...ni paling best! :D
Sebenarnya ada lagi air terjun kat atas tu
Bersama abang tercinta
Even dalam kesejukan tapi tetap tertawa :D
(Pendek nya Naj! Uwawawa... :P )
Kenangan di sini
Sendirian...hehehe...
Masa ni Naj dah kesejukan. Gile kalau tak sejuk! Hahaha...
Berpaut pada batu
Masing2 tengah nak memanaskan diri
Husband Naj dah basah lencun...wakakaka
Nampak tak tu, kite orang dah tak sabar nak makan ni..
Masing2 dah lapar
Kebasahan....kesejukan..kelaparan....keletihan....uwaaa.....
Lapar ye kak..hehehe
Unggun api pun dah padam
Masa ni dah nak
kemas2 dah
Pukul 3 petang, masing2 dah pack beg dah
Perjalanan pulang....
Naj kat belakang husband
Wefie!
Nampak tak jalan nak balik ni,
rasa senang sikit sebab ke laluan menurun,
kalau nak bandingkan dengan perjalanan pergi tadi, fuh, sumpah,
penat gila..huhuhu
Husband and tongkat saktinya :P
Masa ni kita orang dah turun dah.. :) Naj curik picture from
whatsapp group. Hahahaha :D
So fast so furioust. Hahahaha :)
Dah sampai bawah! Hoooorey!!!
Gambar bersama. :D
Pandangan daripada atas
Jambatan gantung yang mula2 kite orang lalu
Masa ni dah pukul 4.36 petang.
Kite orang antara paling awal sampai.
Nombor ke tiga & ke empat.
Hahaha..laju jugak kan?
Thanks for this shoes! ^_^
Mari pulang....
Apa yg
seronok di Lata Medang ni? Haa... kalau korang semua nak tahu, tempat ni kurang
dikunjungi and masih bersih coz tak tercemar sebab tempatnya yang terletak jauh
dalam hutan.
Lg 1,
air terjun Lata Medang ni bertingkat2 and terletak di kawasan tanah tinggi.
Bagi yang suka berkhemah, memang ada disediakan tapak untuk berkhemah.
Cara2 nak ke Lata Medang :
1. Dari Kuala Kubu Bharu, ambil jalan menuju ke Freser Hill and belok kanan bila nampak signboard Kg. Pertak. Terus je sampailah jumpa Sg. Pertak sebelah kanan jalan. Parking kenderaan kat kawasan tu.
2. Mula trekking dari tempat parking hingga hujung jalan sampailah korang jumpa jambatan gantung merentasi sungai. Lepas tu, korang akan jumpa lagi satu jambatan runtuh menyeberangi Sungai Luit.
3. Lepas habis lalu ke dua-dua jambatan tu, korang teruskan berjalan mengikut trail yang ada hingga jumpa simpang pertama. Ambil jalan kiri and teruskan perjalanan. Nanti korang dengar deruan air Lata Jebus belah kiri.
4. Jumpa simpang ke dua, ambik belah kanan. Perjalanan di situ sedikit tinggi lebih kurang sejam perjalanan, korang akan bertemu dengan air terjun lubuk mercu. Ada tapak khemah di sini. Untuk ke Lata Medang, teruskan perjalanan mengikut denai hutan ke atas.
5. Masa yang diambil untuk trekking dari tempat parking kereta tadi ke sini, lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Dinasihatkan memulakan trekking pada waktu pagi untuk keselamatan.
Semoga
beberapa tips yang Naj kongsikan ni dapat menolong kawan-kawan kita yang nak ke
sana nanti ya.
Thank
you for reading this entry! :)
12 ulasan :
hiking lagi
Trek senang je kan.ikut je trek yee
Yup....trek memang senang... tp ada satu trek tu yang curam :)
nak tnya, tempat ni tiada bayaran kan??dekat kawasan air terjun tu ade toilet tak?:))))
yup... tempat ni tak ada bayaran... tapi kat sini memang tak ada toilet.
toilet sdn. bhd. :)
Power !
Power eh? Hehehe :)
Terror lah! Boleh jadi panduan untuk saya ke sana nanti. Nice info :)
Saya biase2 je... ramai lagi yg terror drp sy. Hee... Tq :)
memang ade camp site eh dekat situ?
@amir muim, yup, kat sini ada camp site :)
Catat Ulasan