Jumaat, 18 September 2015

CeRiA dAn GeMbIrA SeLaLu

 Assalamualaikum semua...


Banyak perkara yang boleh buat kita sedih kan? Tapi percaya tak dalam masa kita bersedih, pada waktu yang sama, ia boleh buat kita tersenyum... Hmm... acane tu?

Munurut pakar jiwa, kesedihan bukan kerana tiada kebahagian. Tapi kerana ketidakmampuan kita untuk melihat dari sisi positif dari segala sesuatu. Korang pernah rasa cani tak? Kesedihan dan kebahagiaan hanya dari sudut pandang je sebenarnya. So, kesedihan boleh diubah menjadi kebahagiaan dengan mengubah sudut pandangan je. Sudut pandangan inilah yang boleh buat orang selalu bahagia even korang dalam kesedihan. So, kenapa harus sedih kalau sebenarnya kita boleh selalu ceria dan bahagia?


Selalu bersangka baik


Korang tak akan ceria kalau korang selalu berperasangka buruk dekat orang lain. Sebaliknya, prasangka buruk ni akan buat hidup korang selalu dalam ketakutan. So, mulai daripada sekarang, fikirlah positif. Kalau ada satu dua orang jahat, tak semestinya semua orang dalam dunia ni jahat kan? Tak gitu?


Fikir semuanya mudah


Kalau korang ada kesusahan, cubalah untuk fikir ' Ah, senang je ni...' Dengan cara ni, masalah sebesar mana pun, korang dapat atasi. Lagipun, berfikir apa pun yang korang hadapai itu mudah, akan merangsang otak untuk cepat menemui jalan penyelesaian. Kalau korang fikir boleh, korang akan betul-betul boleh buat... haa, macam tu lah kata psikologi.


Kalau ada orang yang tetap ceria even dalam situasi yang teruk, ini disebabkan die orang melihat bahawa masih ada lagi harapan untuk keluar dari situasi itu. Harapan itulah yang membuatkan korang masih boleh lagi bertahan dan tetap ceria. Sebaliknya, mereka yang berfikiran negatif, akan menampakkan wajah murung setiap kali ditimpa kesusahan kerana merka tidak pernah melihat harapan itu sebenarnya masih ada dalam diri mereka. Bagi mereka, dunia ini suram, padahal, mereka masih boleh merasa bahagia dan menjalani hidup dengan ceria.


Bergaul


Orang yang ceria lebioh mudah untuk bergaul. Pergaulan akan dapat melahirkan keceriaan. So, keceriaan tak akan datang kalau korang asyik murung aje. 


Santai


Jadi orang yang selalu serious, memang tak dosa. Tapi... tak salah kalau sedikit bersantai. Lagipun, kalau korang serious je pun tak bagus sebanarnya. Sebab, selain benda ni membuatkan korang jadi kaku, keseriousan korang juga boleh mematikan keceriaan orang lain. So, apa-apa pun keadaannya, just buat dengan santai je lah. 


Syukuri dengan apa yang dimiliki


Kalau korang ada kerja dan masih tak bersyukur, maka, kalau korang naik pangkat pun, korang tetap tak akan bersyukur... Macam itu lah ibaratnya... Sebab, setelah korang ada pekerjaan, korang akan berharap untuk naik pangkat... Sebaliknya, kalau korang belajar mensyukuri dengan apa yang korang miliki pada saat ini, korang pun akan mensyukuri dengan apa yang akan kamu miliki esok, lusa nanti. Sebab bersyukur adalah syarat untuk korang hidup bahagia. Acane korang nak rasa bahagia kalau korang asyik tak puas je? Dunia ini terlalu kecil untuk menampung semua keinginanmu.


Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :