Selasa, 6 Oktober 2015

FaMiLy DaY bAyOu LaGoOn PaRk ReSoRt MeLaKa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hallo...hallo... macam dah lama je tak update story. Hehehe... Hari Sabtu lepas, tempat kerja Naj ada buat Family Day. Kite orang buat kat Melaka pada tahun ni. Sepanjang perjalanan Naj dengan husband ke sana, memang cuaca jerebu amat tebal. Seriously, aku rasa macam kat oversea lah pulak. Tapi... tak sejuk pon. Hew hew... 


Perjalanan diteruskan sehinggalah kite orang sampai ke sana... Naj dapat bilik dengan Kak Haina, dan Ika. 3 bedroom apartment. Ok lah ni kan. Hahaha... memang selesa lah. Luas pun luas, cantik pun cantik. Lepas tu pemandangan daripada bilik kite orang memang terbaik sebab, berhadapan dengan kolam mandi :)


Petang tu ada aktiviti bersukan dan bermandi-manda, tapi keadaan masa tu memang jerebu. Kite orang terjah je. Hahaha... masa nak masuk ke kawasan kolam tu, kena pakai tagging yang dah dapat masa mendaftar. Kalau tak ada tagging tu, memang korang tak boleh masuk lah jawabnya. Kuikuikui... Naj dengan husband tak mandi-manda kat kolam tu pun. Kite orang lepak dekat kafe betul-betul depan kolam. So, dapatlah melihat gelagat kanak-kanak bermandi-manda. Orang tua pun ada mandi jugak tau. Huhuhu... 


Husband Naj siap baring bersantai tu. Jumpa kawan-kawan, borak-borak, lepak-lepak, aisyeh, sama lah tu. Lebih kurang sejam kite orang kat situ, Naj dengan husband pun keluar daripada kawasan kafe. Kite orang singgah bermain game kejap.


Naj lawan dengan husband, tapi akhirnya Naj tewas gak. Macam main badminton dulu lah. Hahaha... Lepas tu Naj temankan husband pergi mesin urut. Naj pun nak jugak, tapi... err...err... segan lah pulak kan. Sebab tempat tu memang open. Hahaha... so, bagi lah kebebasan kat husband. Untunglaaa... huhuhu. Petang tu, dalam pukul 6 petang, Naj dan kawan-kawan tarian turun ke ballroom untuk buat preparation persembahan kite orang yang akan berlangsung pada malam ni. 


Rasa semangat sangat masa ni sebab ni adalah first show kite orang selepas 1 week menghabiskan masa dengan berlatih tarian. Memang terasa kepenatannya. Naj dengan kawan pun dah demam masa ni. Pengaruh jerebu juga ni. Huu... harap sangat malam ni ok ok je untuk buat persembahan tarian. 

Jam bergerak dengan begitu pantas. Lepas je kite orang solat maghrib, Naj dengan kawan-kawan kena bersiap. Pakai satu set pakaian tarian. Kite orang bantu each other. Tacap sana, tacap sini, pin sana, pin sini, hehehe. Kat sini lah kita akan rasa satu semangat persahabatan yang kuat. :) Hulu balang a.k.a kawan tarian kite orang siap roger-rojer bagai. Ye lah, in case, takut nanti penari-penari tak siap lagi kan.



Jabatan korporat :)
Masa ni kat luar Dewan
Masing-masing rasa nervous hokeh!
Hahaha


The ladies ;)

Kumpulan daripada Jabatan Korporat yang akan membuat persembahan yang terakhir. Hahaha... nervous keyh! Huhuhu. Kat belakang pentas siap buat preparation bagai. Tapi, tiba-tiba pulak rasa sekejap pulak, sebab, kumpulan nombor 12 dah pun habis membuat persembahan. Jadi, tiba lah giliran kami. Kite orang bagi semangat each other. Maka, dengan kaki kanan, kite orang melangkah naik ke atas pentas dan membuat persembahan. Ya Allah, rasa nervous dah hilang. Memang sangat lancar je persembahan kite orang. 





'Itu aku!'
'Mana?'
'Cari sendiri. Hahaha'


Penyanyi kami! :)

Alhamdulillah, semua ok ok belaka. Hehehe... habis je buat show, kite orang rasa seronok sangat. Kiranya, kite orang memang enjoy every step kat atas pentas tuh. Hehehe... Memang bising lah dekat belakang pentas tu. Hahahaha.... Aku macam nak menangis pun ada masa tu sebab macam tak percaya yang aku boleh menari. Hahahaha... Thank you Anwar for the guidence . We are appreciate it even you tak dapat join buat show dengan kite orang malam ni. Huhu :'D Thank you jugak dekat geng gila-gila nih. Hahaha... :D :D

Pada akhir majlis ni, pengumuman kepada 3 pemenang. Tempat pertama, kumpulan daripada Jabatan penguatkuasa. Memang dia orang layak dapat tempat pertama, sebab memang seronok gila persembahan die orang malam tu. Husband Naj pun kata macam tu, sebab dia pun tengok jugak show pada malam ni. Tempat ke dua pulak dari Jabatan Kesihatan, dan tempat ke tiga pulak, jatuh pada Jabatan Korporat. Excited weyh... Hehehe... Alhamdulillah... :D


Kenangan bersama husband :)

Paginya tu, kita orang siap-siap untuk bergerak pulang. Turun bawah, tak payah check-out sebab kad check out ada dekat Kak Haina. Kad untuk masuk/keluar tu memang hanya ada 1 je. So, kena betul-betul pegang lah, jangan sampai hilang. Hehehe...



Husband nak ajak Naj pergi Pantai Klebang. Nak cari coconut shake. Huhu... :D 


Jom cari coconut shake sayang :)

Sampai je sini, memang banyak sangat kedai minuman. Ada jugak yang jual makanan. Tapi, tujuan utama kami di sini, haa... untuk mencari coconut shake. :) Perjalanan nak ke sana boleh tahan, sebab masa tu memang Naj tengah kehausan. Hahaha... Sampai je kat pantai Klebang, Ya Allah... cantik sangat. Pasir dan airnya memang bersih. :) 






My husband memang peramah orangnya. Sampai je gerai yang jual coconut shake tu, dia rancak berborak dengan tauke gerai tu. My husband siap tanya lagi lokasi nak cari belacan yang fofuler dan tempat asam pedas yang top di Melaka ni. Nasib baik tauke tu ramai pekerjanya. So, tak terganggulah if kite orang borak lama-lama. Kan taukeh? Hehehe... So, habis je minum coconut shake tu, bermulalah misi mencari belacan untuk di bawa pulang dan juga mencari port asam pedas yang sedap. Kata taukeh tu, restoran asam pedas tu dekat-dekat dengan masjid tengkera. Jadi, kite orang waze lah tempat tuh. Dan hasilnya, kedai makan asam pedas tu tutup lah pulak. Huu.... Kesiannya perut ni. Dari tadi minta asam pedas. Hahaha... Kite orang parking betul-betul depan masjid tengkera. 


Banyak kenangan Naj dengan family masa kecik-kecik dulu di sini terutamanya di Masjid Tengkera ni. Abah Naj dan kawan-kawannya lah yang bina masjid ni. Ukiran-ukiran pada kayu yang tersusun indah di kawasan masjid ni juga hasil ukiran tangan abah Naj bersama kawan-kawannya. Rindu dekat negeri Melaka ni. Dulu, setiap Hari Raya, family Naj memang kerap ke negeri Melaka, tengok kawan-kawan abah dengan mama di sini dan juga tapak kerja abah dan kawan-kawannya di sini dan juga di bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam. Memang betul-betul mengimbau kisah silam betullah. Hahahaha... 

Kite orang berhenti minum sekejap di kedai minum yang berhampiran dengan masjid tengkera ni. Tak lama lepas tu, husband Naj dapat tahu lokasi asam pedas yang sedap hasil daripada 'temubual' nya dengan pembuat air. Hehehehe... So, kite orang pun teruskan perjalanan menuju ke sana. Dalam perjalanan menuju ke sana, kite orang melalui kawasan ni. 


Alahmdulillah, kedai makan ni buka. Yeay!! Akhirnya berjaya juga misi mencari asam pedas ni ya husband. Hehehe... Sampai je, pelayan memang terus datang ke meja kami. Memang pantas. Ramai juga orang yang datang kat restoran ni. So, mari kita order. :)


Gelagat my husband. Hehehe... :D


Ni lah menu kite orang. 2 cawan air, 2 nasi putih, dan 3 jenis masakan asam pedas. Firstly, yang kite orang rasa, mesti lah kuah dia. Memang sedap sangat-sangat. Thumbs up!  :D Kelainan yang dipamerkan di sini  selain asam pedasnya adalah dari segi sayur. Ha, kat sini tak guna timun, kat sini guna sayur taugeh. Telur masin still sama. So, makan lah kite orang sampai kekenyangan. Hehehe... :D
Habis je makan, Naj dengan husband pun baliklah rumah. 


Bye-bye Melaka... :)
Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :