Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Percutian Naj dan husband kali ni di Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Percutian permulaan awal tahun 2016 :) bersama geng-geng kelisa. Kite orang pergi pada tarikh penutup bulan Januari 2016. Okey, Naj nak bagi tahu sedikit info pasal Felda Residence Hot Spring di sini.
Alamat : Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai, 36000 Perak, Malaysia.
Waktu beroperasi : 8.00 a.m - 8.00 p.m.
No. telefon : 05 438 8802
Tapi, sebelum kite orang masuk ke sana, mari kita singgah makan tengahari dulu di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai. Masa kite orang datang sini, mak aih! Ramai sungguh orang sedang menjamu selera. Memang restoran ni dah 'fofuler' dan masakan mereka ni memang sedap. Thumbs up! Huhu...
Okey, lepas habis je makan tengahari, Naj dan Husband terus gerak untuk ke destinasi kami. Memang kawasan ni jauh dan berbukit-bukau tau. Pemandangan nak masuk ke sana, MasyaAllah, memang sangat cantik.
Jalan nak ke sini memang agak lengang. Boleh lah korang racing. Bhahaha!!! (Memende ko ni Naj, mengajo owang buat benda jahat! Dush! ) Sila abaikan keyh. Huhu :D . Okey, tak lama lepas tu, korang akan jumpa benda ni.
Okey, bila dah jumpa signboard ni, korang terus lagi ke depan sampailah jumpa pintu masuk ke dalam Felda Residence Hotel ni.
Selamat datang! :)
Masa ni dah petang dah, lebih kurang pukul 3.00.
Memang sangat luas kawasan di sini.
Deretan hotel yang disediakan di sini.
Signboard ke bilik
Cantik, besar dan luas :)
Chanel Astro pun ada gak.
Lepas je maghrib, Naj dan husband keluar menuju ke homestay tempat kawan-kawan husband menginap. Sepanjang perjalanan keluar menuju ke homestay tu, memang gelap. Takut Naj tau dak. Pergh! Nak dijadikan cerita, masa mencari homestay kawan-kawan kelisa husband ni memang susah sangat. Sorry, bukan sangat, tapi susah giler! Bhahaha! Sebabnya memang banyak sangat homestay kat sini. Bila dah jumpa homestay kawan-kawan kelisa, barulah Naj and husband rasa lega sangat. Sampai je sana, kite orang buat BBQ. Borak punyalah borak, lepak punyalah lepak, rupa-rupanya dah pukul 11.00 malam. Memang sunyi sepi lah kawasan kat sini. So, Naj and husband pun balik semula ke hotel.
Cerita esok paginya pulak, bangun, siap-siap, pakai tagging terus untuk masuk dalam kolam nanti, dan terus pergi sarapan kat kawasan hotel tu jugak.
Nyaman sungguh Naj rasakan kat sini. Suasanya memang mendamaikan. Kite orang jalan kaki je untuk breakfast ni. Dekatlah, tak jauh pun. :)
Masa Naj dengan husband datang nak sarapan ni kan, memang dah ramai orang yang sedang bersarapan. Naj ingatkan tadi, tak lah ramai sangat. Nasib baik ada tempat kosong. Huhu... :)
Habis je sarapan, kite orang pun pergilah berjalan untuk memasuki kawasan hot spring ni. Kalau korang nak tahu, siapa-siapa yang menginap kat hotel ni, boleh lalu laluan shortcut untuk ke hot spring ni. So, memang seronok lah kan? Ye dak?
Bila dah sampai depan papan tanda ni kan, ada ke rasa 'something' sikitlah. Erk... kenapa? Err... kite orang tak pasti nak lalu mana satu. Hahaha...
So, Naj dengan husband pun ikut jambatan ni. Cantiknya suasana. Dikelilingi wap-wap air panas. Cantik sangat. :)
Cantik kan? :)
Seronok tak terkata :)
Last-last, kite orang salah jalan. Bhahahahahaha :D
So, kite orang pun patah balik. Hahahaha...
Ada private jacuzzi kat sini
Terapi kaki pun ada kat sini
Naj dan husband memang rasa sakit-sakit jugak lah. Huhu... :)
Masa Naj datang kat bahagian sini, Naj nampak ada orang kutip something kat dalam kolam air panas ni. Dalam kepala Naj terlintas 'Po bondo eh yang kaw kutip kat situ tuh?' 'Ade harta karun ke weh?' Bermonolog sendiri. Hewhewhew :D Lepas tu ada pekerja kat situ datang dekat Naj. Dia kata, die orang kutip lumut kat dalam kolam air panas tu. Pekerja ni macam tahu-tahu je apa yang terlintas kat dalam hati Naj. Kahkahkah. 'Untuk apa pak cik?' aku bertanya. 'Untuk letak kat muka, macam scrub muka lah, tapi yang ini original, dari kolam ni, tak ada bahan kimia pun. Ooooooo... macam tu (Berapa panjang harkat ooo kaw tu Naj? Kikiki). So, Naj pun ikutlah kata pak cik tu. Tapi, sebelum tu, Naj tengok seorang akak ni yang tengah sapukan lumut tu kat muka anak-anak perempuan dia. Aku pun ikutlah. Hehehe...
Rendam kaki sambil memegang lumut. Hehe... :)
Tu dia, kita kena hancurkan lumut tu, lepas tu
letak kat muka. Sapu-sapu sikit. Macam scrub tuuu.
Lepas habis terapi kaki dan men'scrub'kan muka, aisyeeh! Hahaha... Naj dan husband pon pergilah jalan-jalan kat kawasan tu. :)
Cantik kan?
Jalan sampailah ke kolam air sejuk. Pengunjung masa ni tak ramai lagi sebab Naj and husband datang pagi. Huhu... Kat kolam air sejuk ni, ada bahagian untuk kanak-kanak dan juga untuk dewasa.
Lepas tu kite orang pergi kat kolam air panas pulak. :)
Masa ni memang ramai orang dah datang kat kolam air panas ni. Habis je mandi-manda, Naj and husband pergi terjah kat bahagian merebus telur pulak sebabnya, masa kite orang lalu tadi, kaunter ni masih tutup.
Ada papan tanda di sini. So korang tak kan sesat lah kan. Lepas tu siap ada diberi guideline tempoh merebus telur ni. Masa ni kaunter dah dibuka. Naj and husband orang awal yang merasmikan tempat ni dulu. Tak lah crowded kan kalau awal-awal ni. Sebab bila kita tengok dekat belakang, memang ramai lah orang yang tengah tunggu queue. Ada pengunjung yang datang siap beli satu papan telur tuh. Pergh! Huhu...
Kaunter yang sudah pun dibuka untuk pengunjung :)
Ada disediakan tempat untuk merebus telur
Ini dia hasilnya. :)
Masa kita beli telur ni, ada sekali disertakan kicap. Mula-mula husband Naj tuang kicap tuh kat mangkuk dia. Bila Naj tengok kan, macam cair je kicap ni. Husband Naj makan je. Naj letak semua lebihan kicap daripada husband tadi. Kacau-kacau, kite orang pun makan. Ya ampun... masin giler weh! Hahahaha... Husband aku gelakkan je. Cis! Hahaha...
Tak lama lepas tu, kita orang pun balik semula ke bilik, kemas-kemas dan check-out! :)
Bye-bye Sungkai
Pengalaman yang cukup manis ini sekadar perkongsian Naj ketika berada di sana. Jom datang ramai-ramai. Bawak anak-anak korang, mesti die orang suka kan tempat ni. Memang menarik, cantik, dan mendamaikan hati korang. Thumbs up!
Thank you for reading this entry! :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan