Rabu, 23 November 2016

AsAm PeDaS iKaN SeMbiLaNg KaW bAq HaNg!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Hai korang! :) Hari ni Naj nak share resipi Asam pedas ikan sembilang. Bila dengar je resipi ni, terus kecur air liur, haha dok teringatkan salah satu makanan favourite I. Hmm... Ikan sembilang ni, husband Naj yang beli daripada jeti kampong mak mertua aku. Baru angkat dari jeti weh. Wohooo... hahaha... Resepi kali ini, Naj guna sedikit lada hitam agar asam pedas bau wangi dan hangat! Let's do it guys! :)


Bahan-bahannya :

1 Ekor ikan sembilang
1/3 Cawan jus asam jawa
1 Genggam daun kesom
1 Kuntum bunga kantan, belah 2
1 Sudu kecil lada hitam yang ditumbuk halus
Cili kisar (Dalam 2 senduk nasi)
Garam dan gula


Bahan-bahan yang perlu diblend :

6 Biji bawang merah kecil
2 Ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup


Cara-cara memasak :

1. Kerat kepada beberapa bahagian ikan sembilang yang sudah pun dibersihkan.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Minyak tu lebih kurang 5 sudu besar. Korang tumis bahan-bahan yang dah diblend tadi sehingga bau wangi.

3. Masukkan cili kisar. kacau rata dan masak sehingga garing dan naik minyak. Tips : Guna api kecil dan always kacau-mengacau. Hoho

4. Tuang air secukupnya lebih kurang 1 liter lah. Korang kacau dan biarkan mendidih. 

5. Masukkan ikan, bunga kantan, lada hitam yang dah ditumbuk halus tadi dan jus asam jawa. Kacau perlahan dan biarkan mendidih.

6. Masukkan daun kesom, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, lepas tu rasa. Kalau dah okay, matikan api. Siap! :)


P/s : Oh ye, petua aku, makan je banyak mana hang nak makan, tak yah diet-diet! Hoho :P

Semoga bermanfaat!
Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

Jumaat, 11 November 2016

ReSePi SaMbAlL TuMiS UdAnG DaN PeTaI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



9 November 2016 hari tu, birthday my husband tau. Okay-okay, firstly, aku bukannya nak hebahkan kat memana tempat pon pasal birthday dia haha, you know what I feel kan? Just suka-suka je, why not? Biarlah korang nak muntah ke hape.... Hahahaha... (Mana resepi sambal tumis udang with petai Naj ooooiii.... ) Memang ada, korang baca lah sampai habis, sikit je aku share pasal birthday ni... Alah, kasi can lah kejap. Hahaha...



Kali ni aku rasa macam nak buat surprise kat dia pulak. Asyik-asyik face to face je, apa kata kali ni, I buat something yang dia tak expect langsung... just like, tetiba je kau terjah sidia dengan sesuatu yang lain daripada yang lain. Hahaha... Birthday dia kali ni, aku rasa nak surprise delivery to him. Sekarang kan dah ramai orang buat macam tu kan? Tetibe je, tadaaa.... dengan muka birthday girl/boy yang terkejutnya... hahaha... kau rasa? Kau ingat aku tak teringin nak wat centu, mesti lah NAK JUGAK! Hahaha... 



Happy birthday husband! 


Wishing happy birthday to the man, whom I love most. This is for giving me so many wonderful memories and I believe that there are more yet to come! :)



On 2nd November hari tu, I just got dinner treat, birthday present and also lovely wishes from my husband, my both family and also from friends. Thanks you all. 

Ha, baru sekarang aku nak share pasal resepi  sambal tumis udang dan petai ni. Hahaha... Aku suka masak yang simple but sedap. Hahaha... Okay, mari kita terjah!


Bahan-bahan yang korang perlu ada :

Udang
Cili kering, 80 kg (Dikisar) --> Tapi aku guna cili giling je yang ada kat kedai tu. Hahaha...
Petai (Ikut suka berapa banyak korang nak letak)
Bawang besar (Ni pon sama, ikut suka hati nak letak banyak mana, aku letak 2 biji je)
Bawang merah (5 biji pon dah memadai.... But then, terserah pada korang nak letak berapa banyak)
5 Ulas bawang putih
Sedikit belacan (Ikut suka korang, nak letak boleh, tak nak pon tak hapelah)
Setengah cawan air asam jawa or 1 keping asam keping
4 sudu besar gula 
Sedikit garam. Dalam 1 sudu centulah

Hokeh... cara-cara masak :

Korang tumbuklah bawang besar, bawang merah, bawang putih ni dengan belacan sekali (Kalau korang guna belacan) hingga halus. Ketepikan kejap.

Lepas tu, bubuh minyak dalam kuali dan panaskan. Masukkan petai yang korang dah kopek tadi dan dibelah dua. Goreng separuh masak je, lepas tu angkat. Ketepikan jugak.

Masukkan udang pulak. Korang goreng sampai kekuningan, lepas tu angkat. Ketepikan. 

Minyak tu biarkan panas sebab nanti korang terus masukkan bahan-bahan yang koerang tumbuk tadi. Ha, tumis dulu sekejap ye.

Lepastu, masukkan terus cili giling atau cili kisar, dan perlahankan api. Korang terus goreng sampailah cili tu betul-betul masak dan terbit minyak.

Lepastu, korang bubuhlasedikit ar dan masak lagi hingga bahan-bahan tadi betul-betul garing. 

Kemudian, masukkan air asam jawa.

Lepas tu, besarkan api, masukkan udang, petai, gula dan garam. Jangan masak terlalu lama, sebab takut-takut nanti udang jadi keras. Rasa sikit, kalau dah okay, tutup api dan angkat. Siap. Makanlah dengan nasi panas-panas.


Semoga membantu.
Email : najwa_zone91@yahoo.com 
Thanks reading! :)