Rabu, 8 Februari 2017

SuP tULaNg ThAi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Hai korang, hari ni Naj nak kongsi resepi sup tulang thai. Hehe :)

Bahan-bahan yang diperlukan :

Tulang lembu
Bawang merah (diracik)
Bawang putih (diracik)
Bunga lawang
Kayu manis
Sup bunjut
Halia (dihiris)
Bawang holland (dihiris)
Cili api (2 biji - ikut kesesuaian korang)
Garam
Gula
Air asam jawa (2 sudu - ikut kesesuaian korang juga)
Perahan limau (1 sudu - ikut kesesuaian korang juga)

Step by step:

1) Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kayu manis, halia tumis bersama sup bunjut.

2) Bila dah naik bau, masukkan tulang tersebut, gaul-gaul kejap. Tutup periuk sekejap.  Selepas itu  biarkan seketika.

3) Bila dah lama sikit, masukkan air kedalam periuk. Masukkan bawang holland dan cili api.

4) Selepas itu, masukkan garam, gula, air asam jawa, sedikit perahan limau.

5) Bila daging dah lembut, secukup rasa, dan kuah dah nampak pekat, matikan api.

6) Tabur daun bawang dan bawang goreng. Siap! 😘

Senangkan? Hehehe....
Semoga bermanfaat!
Thanks reading!
Email : najwa_zone91@yahoo.com

Isnin, 6 Februari 2017

AyAm MaSaK kIcAp LaDa HiTaM In ThE hOuSe!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Lama sudah Naj tinggal blog ni. Haha... Okay, petang ni Naj nak share resepi ayam masak kicap version Naj. 


Bahan-bahan yang perlu ada :

- 1/2 ekor ayam, potong ikut suka hati korang lah, janji bersih, kan? Lepas tu korang toskan kejap.
-2 biji kentang, korang kupaskan dan belah menjadi 8 bahagian setiap satu, kemudian rendamkan (Kentang direndam supaya tak lebam) Hoho.
-Sebiji bawang holland. Bawang ni, korang hiris nipis-nipis, tapi jangan nipis sangat.
- 5 ulas bawang putih, dititik.
-Seinci halia, dihiris dan diketuk sikit.
-Sebiji cili merah, korang hiris serong.
-Sebji cili hijau, hiris serong jugak.
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar kicap pekat.
- 3 sudu besar kicap manis.
- Sedikit air
-Sebatang kayu manis
-Sekuntum bunga lawang
-Daun bawang yang dihiris (hiasan)


Jom ikut Naj step by step! Yuhuu! :




1. Ayam dilumurkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam. Gaul bagi rata. Lepas tu, goreng ayam tu sehingga keperang-perangan. Jangan terlalu garing ye. Ha, bolehlah korang angkat dan toskan.

2. Kentang yang tadi korang potong pun digoreng hingga kekuningan. Api sederhana je tau. Lepas tu, ketepikan.





3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bunga lawang, kayu manis, bawang putih. Tumis sampailah bawang tu nampak layu. 

4. Masukkan sos lada hitam, kicap manis, dan sedikit air anggaran 1 cawan. Kacau semua bagi rata.

5. Lepas tu, masukkan ayam, gaul dengan api kecil sampai nampak kuah pekat. Masukkan bawang yang dihiris tadi, kentang goreng, cili hijau dan merah. Korang kacau dan bolehlah rasa. Kalau nak berkuah, boleh tambahkan dengan air.

Matikan api, angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang. Siap!


Itu sahaja yang dapat Naj kongsikan resepi ayam masak kicap lada hitam. Semoga bermanfaat kepada korang yang nak cuba masak menu nih. (Bagi kata semangat ni..) Ececehhh.... Haha...

Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)