Isnin, 6 Februari 2017

AyAm MaSaK kIcAp LaDa HiTaM In ThE hOuSe!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Lama sudah Naj tinggal blog ni. Haha... Okay, petang ni Naj nak share resepi ayam masak kicap version Naj. 


Bahan-bahan yang perlu ada :

- 1/2 ekor ayam, potong ikut suka hati korang lah, janji bersih, kan? Lepas tu korang toskan kejap.
-2 biji kentang, korang kupaskan dan belah menjadi 8 bahagian setiap satu, kemudian rendamkan (Kentang direndam supaya tak lebam) Hoho.
-Sebiji bawang holland. Bawang ni, korang hiris nipis-nipis, tapi jangan nipis sangat.
- 5 ulas bawang putih, dititik.
-Seinci halia, dihiris dan diketuk sikit.
-Sebiji cili merah, korang hiris serong.
-Sebji cili hijau, hiris serong jugak.
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar kicap pekat.
- 3 sudu besar kicap manis.
- Sedikit air
-Sebatang kayu manis
-Sekuntum bunga lawang
-Daun bawang yang dihiris (hiasan)


Jom ikut Naj step by step! Yuhuu! :




1. Ayam dilumurkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam. Gaul bagi rata. Lepas tu, goreng ayam tu sehingga keperang-perangan. Jangan terlalu garing ye. Ha, bolehlah korang angkat dan toskan.

2. Kentang yang tadi korang potong pun digoreng hingga kekuningan. Api sederhana je tau. Lepas tu, ketepikan.





3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bunga lawang, kayu manis, bawang putih. Tumis sampailah bawang tu nampak layu. 

4. Masukkan sos lada hitam, kicap manis, dan sedikit air anggaran 1 cawan. Kacau semua bagi rata.

5. Lepas tu, masukkan ayam, gaul dengan api kecil sampai nampak kuah pekat. Masukkan bawang yang dihiris tadi, kentang goreng, cili hijau dan merah. Korang kacau dan bolehlah rasa. Kalau nak berkuah, boleh tambahkan dengan air.

Matikan api, angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang. Siap!


Itu sahaja yang dapat Naj kongsikan resepi ayam masak kicap lada hitam. Semoga bermanfaat kepada korang yang nak cuba masak menu nih. (Bagi kata semangat ni..) Ececehhh.... Haha...

Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

Tiada ulasan :