Khamis, 6 September 2018

ReSePi DaGiNg PaNgGaNg SaMbAl PeDaS bErApI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Hai korang. Masa Hari Raya Qurban haritu, mesti masih ada lagi lebihan daging kurban tu dalam peti ais kan? Puas aku fikir nak masak apa dengan daging, tulang lembu kurban ni selain sup dan gulai. Lantas aku terfikir untuk memanggangnya. Resepi aku kali ni hantam saja, janji suami puji sedap dengan seikhlas hatinya. Hehehe. Mulalah nak sengih sensorang nih. Aaaaaiiiiih!! Okey, so inilah resepi yang  nak dikongsikan bersama harini ikut cara Naj.

Bahan-bahan untuk perap daging

1. Daging yang dikeluarkan daripada peti ais tu, mestilah kena tunggu lembut dulu, baru boleh potong ala-ala setebal daging burger. 

2. Bila dah siap potong, basuh bersih-bersih. Asingkan beberapa keping daging tu kepada dua bekas.

3. Bahan untuk perapan daging ni, Naj buat dua cara. 

4. Cara pertama, ambil 1 bekas daging tu, lumur lah 1 pes ikan bakar. Lumur kat daging-daging yang aku dah asingkan siap-siap tu. Siap untuk perapan pertama. *Tak semestinya pes ikan bakar tu aku guna hanya untuk ikan je, aku pernah je guna untuk tumis sotong, hahaha... well, kan aku dah bagitahu awal-awal, aku ikut cara aku je, jangan nak pertikaikan okay. Hahaha... 

5. Cara kedua, ambil 1 bekas tu, lumur lah dengan rempah-ratus (Blend kering- jintan putih, jitan manis, biji ketumbar, dan lada putih). Jangan lupa letak garam sikit dan kunyit. Siap untuk perapan kedua. 

6. Biarkan dua-dua daging perapan tu lama sikit. Sambil-sambil biar perapan tu, bolehlah buat sambalnya.

7. Daging yang dah terperap lama tu, masukkan dalam oven, ambil 180 celcius selama 20 minit. Lepas dah siap, letakkan di dalam kuali panas. Masa ni api jangan terlalu besar, kecil ja. Berapa lama masa untuk daging ni masak, depends pada daging yang korang potong, kalau tebal lama sikit lah, kalau nipis sekejap je. Jangan lupa terbalik-terbalikkan daging tu okay.

8. Bila dah siap, korang hirislah ikut saiz macam mana korang nak.  

Bahan untuk sambal pedas berapi melecur bibir kau jah hahahahaha

1. Asam jawa lebih kurang 2 cubit. Gaul dengan air (Anggaran air setengah cawan) Kalau banyak sangat air pon tak sedap. Depends pada korang juga keyh.

2. Jus limau nipis

3. Sos plum lebih kurang 1 sudu penuh. 

3. Sos ikan setengah 1 sudu

4. Kicap sikit je. Sesuaikan rasa.

5. Gula setengah sudu.

6. Hancurkan dua biji bawang merah kecil dan 4 biji cili tom yam. 

Masukkan semua bahan tu dalam satu mangkuk kecil, mana yang kurang tu, korang tambah sikit dan sesuaikan rasa. Siap. Ambil daging yang korang dah hiris tu, lepas tu tuang sambal pedas pada daging tu. Pergh! Nikmat dia, sampai meleleh air mata sebab pedas gila. Makanlah dengan nasi panas-panas tu lagi lah sodap. Opsss ya, jangan lupa sediakan air disebelah korang awal-awal, ye lah mana tahu kot-kot ada yang tak tahan kan. Haha.

Selamat mencuba dan moga bermanfaat...
Love writing, just sharing, enjoy the recipe.

Lot's of love, Naj.

Tiada ulasan :