Selasa, 8 Oktober 2013

HiKiNg At FrEsEr HiLL PiNe TrEe TrAiL

Assalamualaikum semua...


Ha, Naj nak share pengalaman hiking lagi. Hari tu Naj and the gang dah hiking kat Bukit Kutu dan Gunung Nuang ... destinasi ke tiga kita orang pada kali ini di Freser Hill. Perjalanan dimulakan seawal jam 3 pagi. Fuh, memang mengantuk lah, nasib baik bukan Naj yang bawak kerete... boleh lah tido jap... hehe... (Kesian kat encik pemandu ni... hahaha... :D

Usai menunaikan solat subuh, kita orang meneruskan perjalanan ke Bukit Freser. Sungguh dingin yang kita orang semua rasakan tatkala jam 6.30 pagi. (Sejuknya!!! Rasa nak menjerit pun hado... sebab sejuk... haha!) Dari arah Kuala Kubu Bharu, kita orang merentasi laluan yang bengkang-bengkok. Pening betul kepala Naj. Rasa nak muntah masa tu pun ada, nasib baik teman disebelah suruh makan coklat... baru teringat ada coklat kat dalam dashboard...(ape ke 'lem' nya aku nih...haha...)

Ok, pada mulanya Naj sangka sudah sampai, rupa-rupanya belum... cermin tingkap Naj buka luas-luas sambil mengeluarkan tangan ke arah udara... Fuh! Nyaman betullah kat sini. (Memang sesuai kalau datang untuk honeymoon... buat suami isteri jek eh!) Sampai je kat atas, kita orang pergi sarapan dulu kat gerai yang berdekatan. Lapar betul masa ni, di tambah lagi rasa sejuk....hew...hew... :) 

Lepas dah siap mengisi perut dan tapau bekalan untuk makan di puncak nanti, kita orang bergerak ke Rumah Rehat TM untuk memulakan trekking. Semua orang harus melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan hiking sebab tak nak lah nanti kau injured pulak kan.



Masa ni semua tengah bersarapan. Isi minyak dulu lah katakan. Haha :)

Lepas sarapan je, kita orang terus pergi satu kawasan lapang untuk buat senaman ringan. Memang seronok sangat masa ni sebab kawasan sekeliling dia memang sangat sejuk! I really fall in love with nature!!






Semuanya berwajah ceria sebab dah tak sabar nak hiking nih..
(Yahoo!!!--> jerit dalam hati Naj je! Lol...hahaha)

Pintu masuk ke Pine Tree Trail adalah berdekatan dengan Rumah Rehat TM. Jadi, kalau korang berminat untuk stay sehari dua di Bukit Freser selepas hiking kat Pine Tree Hill, bolehlah menginap di sini. (sebagai cadangan je tuh...)



Pintu masuk... yeah! Semangat!

Kita orang semua memulakan pendakian dengan penuh bersemangat. Trek yang Naj dengan kawan-kawan lalui ini pada awalnya sungguh senang, tapi semakin lama, kite orang jumpa laluan yang sangat susah dan agak membahayakan nyawa korang, korang mesti berhati-hati ketika melalui jalan yang sempit  dan ada gaung yang curam di sebelahnya. Jadi, pengawasan dan langkah berhati-hati sangat ditekankan di sini. Hati-hati tau kawan-kawan... takut nie... ketaq lutut Naj huuu...



Penatnyeee... masa ni tetap rasa sejuk lagi.


Rehat jap... kehausan

Kita orang meneruskan perjalanan lagi setelah puas berehat. Perjalanan memang sungguh mencabar. Memang penat (rasa nak request orang untuk dokong Naj pon ada. Hahahaha... teruknya... :p), tapi kita orang rasa seronok dapat melihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau, disamping rasa suasana yang sungguh dingin. Heaven gila weh :')   



Gambar beramai-ramai di dalam hutan rimba :) 
Love it!


Perjalanan kami semakin lama semakin mencabar. Tapi, ada jugak jalan yang menggunakan tangga sebagai laluan utama... fuh, nasib baik... lega hati I! Hehe 


Cantik gitu... walaubagaimanapun  'running man' tetap tersesat dibelakang.. 
Hahaha...(P/S: Running man, jangan mareee...)


Perjalanan masih diteruskan untuk sampai ke puncak yang memakan masa lebih kurang 6 jam. Lama kan...?? huhu... Naj hampir tak percaya mula-mula, tapi bila Naj yang kena redah sendiri, baru Naj tahu macam mana... pergh! Perjalanan menuju ke puncak memang lebih mencabar daripada mendaki di Bukit Kutu dan Gunung Nuang. Sampai je kat puncak, kita orang dapat melihat keindahan alam yang sememangnya... sangat3 lah cantik! Subhanallah! (Naj macam tak percaya dah sampai puncak masa ni) Hahaha :') Alhamdulillah... berkat kesabaran kita orang semua :)




Roti pon jadi lah ye... memasing tengah lapar ni... Memang sangat lapar time ni, cuaca nampak je macam panas, tapi kesejukannya masih dapat dirasa



Semangat katanya :)


Bersantai di puncak Bukit Freser ^_^
(Masa ni Naj duduk je sebab dah 6 jam Naj berjalan! :D)


Amboih... siap ada gaya lagi. :)



Senyum semua... siap ada yang baring lagi. Masing-masing tersenyum gembira bila misi pendakian ini sudah berjaya.



Kini, tibalah masanya untuk kita orang semua turun semula ke bawah.
Penatnye.... manalah tangga ni, susah benar nak cari tangga. Hahaha... kaki dah letih beb. Rasa penat masa ni... tapi tetap tersenyum :) :) :) Masing-masing jalan laju.


Kita orang sampai di bawah dalam jam 6.30 petang. Lalaun balik ni terasa cepat pulak. Sampai je di bawah, Naj dengan kawan-kawan bersiap-siap membersihkan diri. Cuaca sejuk dan kabus mula menyelubungi di segenap kawasan. Wah, alangkah indahnya jika dapat berada di sini selalu. Selesai sahaja makan-makan, kite orang chow!

Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

Tiada ulasan :