Isnin, 7 Oktober 2013

HiKiNg GunUnG nUaNg

Assalamualaikum semua...


Hari ni Naj nak kongsi pengalaman hiking Naj kat Gunung Nuang ni. Kat mana lokasi Gunung Nuang ni?? Ha kalau korang nak tahu, gunung ni terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan yang  terletak tidak jauh dari puncak Nuang.


Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.       
Dari Kampong kemensah, Gombak. 
Dari Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. 


Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh  terbesar di Selangor  dan mungkin juga di Malaysia.


Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu. Hutan Lipur Gunung Nuang terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri yang juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor.



Para pendaki yang bergitu semangat!
Keep fighthing my beloved friends! =)

Kita orang sempat lagi bergambar di pintu masuk Gunung Nuang (Hahaha...masa ni lah nak posing habis, sebab kalau posing lepas hiking, muka dah penat, dengan bau lagi... hahahaha) Perjalanan kita orang diteruskan dengan mengharungi segala jalan yang berliku sehinggalah kami sampai di satu kawasan yang agak lapang untuk berehat sebentar.


'Alah... tak payah nak cover2 kasut tuh, memang dah confirm basah!' Hahaha... Masa ni Zaimi sengaja buat Naj basah. Ada ke patut dia jalan hentak-hentak kat air tu. Memang basah lah aku. Haha!


Kena hati2 tau kawan2. Bukan apa, takut terjatuh ke, terkena batu licin ke, tak gitu?? Hehe...


Perjalanan kite orang diteruskan sehinggalah sampai di air terjun Gunung Nuang. Memang awesome!! Wah... rasa macam nak mandi je!


Air terjun Gunung Nuang. Sejuk tau! :D 
(Kredit to faez who take this picture!)


Power puff girls...! Dah lembik sangat masa ni.
Penat weh sebab laluan kali ni memang betul-betul curam.


Alamak! Ada pacat kat kaki! Kali ni dah 3 kali Naj kena gigit pacat kat Gunung Nuang ni. (Pacat2 kelaparan....hahahaha) 

Tapi, aku pernah jugak kena gigit pacat time hiking dekat Gua Wang Burma, Perlis. Masa tu aku  umur 10 tahun, adik Mu'az pulak baru umur 7 tahun, kita orang follow abah hiking dengan kawan-kawan sekolah mama. Memang seronok tau dekat sana. Siap camping lagi. :) So, bila kena gigit pacat, aku tak nangis, cuma menjerit macam orang kena histeria sebab GELI! Hahaha... haru betullah weh. 


Lepas je mandi-manda, kite orang terus kemas  peralatan memasak. Jam 2 petang baru kita orang turun.


Jom balik.... bye2... :)

Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

Tiada ulasan :