Isnin, 7 Oktober 2013

HiKinG bUkiT kUtU

Assalamualaikum semua...


Naj nak kongsi cerita pasal aktiviti kegemaran Naj. Apakah itu? Ofcourse lah hiking. Sebut je pasal hiking ni, tak lain tak bukan, pastinya pasal mendaki bukit or gunung. Ceritanya bermula dari Kuala Kubu Bharu yg terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor. Laluan ke Bukit Kutu ni akan melalui sebuah empangan, iaitu Empangan Sungai Selangor.



Ini lah kawan-kawan hiking Naj. :)

Empangan Sungai Selangor ni dah tak macam dulu lagi dah... air empangan ni dah mula susut... sedih laa bila tengok empangan yang dulunya cantik, tiba-tiba jadi macam ni (sob....sob... touchingnyerrr...) Tapi, apa-apa pun, kite orang sempat ber'wefie' lg sebelum memulakan perjalanan menuju ke Bukit Kutu. Haha!



Sarapan dulu ye.... bagi tambah tenaga masa nak mendaki nanti... :)


Pendakian ke Bukit Kutu (2-4 jam bergantung pada kelajuan ) bermula dari sebuah perkampungan Orang Asli kat kaki bukit. Kite orang lalu perumahan Orang Asli moden di sepanjang Sungai Pertak, dimana jalan yang we all akan lalui ni adalah jalan yang berturap dan pemanduan berakhir pada pertemuan sungai dengan jambatan gantung yang hampir tenggelam.

Sampai je dikawasan lapang beralaskan hamparan batu ni, kita orang memang excited sangat-sangat... hahaha. Masing-masing bersiap sedia untuk memulakan pendakian. Sebelum tu, aktiviti pemanasan badan harus dilakukan terlebih dahulu.

Pendakian dimulakan dengan membaca doa. Semasa memulakan perjalanan, kami harus melintasi dua jambatan besi. Perjalanan agak sukar sedikit kerana kita orang terpaksa merentasi laluan bekas balak. Nasib baik air sungai tak dalam. Kalau dalam agaknya Naj dah tenggelam. Hahahaha. Air sungai tu rasanya memang betul-betul sejuk membuatkan kita orang tak sabar untuk sampai ke tebing. (Huu...sejuknya masa ni...)



4 anak dara berposing


Rehat kejap....penat wei....huhu...


Laluan pendakian semakin mencabar apabila kita orang terpaksa melalui denai securam 70 darjah. Masa ni lah kekuatan fizikal dan mental kita orang benar-benar teruji. Trek denai ni we all tinggalkan sebelum tiba di sebuah gua kecil yang dikenali sebagai Gua Air.




Sempat lagi berhenti di tengah jalan nih..hehehe....



Azli conduct kiteorg, termasuk jurugambar nih...hihihi...kan zaimi?



Posing jom! :) :) :)



Tiba lagi di satu checkpoint... rehat kejap...



Kak Nana posing tutup mata... hahaha...



Faez tgh nak cari port untuk landing ke? hahahaha...



Kenangan bersama



Senyum sokmo! hehehe

Pendakian kami kemudiannya diteruskan sehingga menemui sebuah gua yang berbentuk daripada gabungan beberapa struktur bongkah batu besar yang dikenali sebagai Gua Kambing. Waktu ni hujan turun dengan renyai-renyai membuatkan kami semua terasa sungguh dingin. Baju yang basah selepas meredah air sungai tadi, bertambah basahlah dengan curahan air hujan. Huhu...




Baju kami dah basah coz time tu hujan... sejuk sangat!
Menggigil-gigil kite orang...hehehe


Azli menyempat lagi...
Kami sempat bergambar di belakang Gua Kambing

Di dalam Gua Air  terdapat aliran air yang mengalir tenang dari bawah tanah. Kami berehat di situ sebelum meneruskan perjalanan. Rasa dahaga membuatkan kami masuk ke dalam gua dengan berbekalkan cahaya lampu. Memang benar, air yang tak tahu dari mana puncanya, memang cukup dingin dan menyegarkan.


Rehat jap kat Gua Kambing


Pendakian kami diteruskan menuju ke puncak Bukit Kutu yang mengambil masa satu jam.



Posing habis! Hahaha :D



Sweet tak kite orang? Hahahahaha :P


Setelah sampai di puncak Bukit Kutu, memang semua terus memasak makanan yang dibawa... waktu ni memang sangat lapar, tambah-tambah lagi suhu dingin disekeliling kita orang. Perut Naj pun asyik berkeroncong dari tadi. 



'Rehat jap ye' kata kak Pija.... hehehe



Ni menu kami semua. Maggie with egg.
Even simple, tapi rasa sangat sedap, sebab kita orang tengah kelaparan masa ni... hahahaha)

 


Nampak tak tu! hahahah... Bukan Naj yg mintak, tp abang tu bagi, 'Naj tak nak, tapi dia tetap nak bagi jugak--> cewah! tak boleh blah punya ayat... 'tetap nak bagi jugak' Hehehehe.... =)


Die orang saja je tangkap gambar Naj time makan 1 bekas tuh...
Hahahaha.... boleh tahan jugak ye Naj makan...


Tengah lapar ni...



Roti canai??? Dari mana datangnya roti canai ni? 
Nyum nyum nyum!



Makan magie je kak Nana? Hahahahaha....


Posing time..huhu

Sesuatu yang menarik ketika berada di puncak ini adalah terdapat dataran tinggal yang sunguh luas. Disekitarnya kelihatan monumen lama kesan peninggalan penjajahan British suatu ketika dahulu. Antaranya bekas cerobong asap, beberapa buah perigi lama dan bekas sebuah bangunan. Di bahagian puncak bukit terdapat sebongkah batu besar dan tinggi berhampiran kawasan perigi. Untuk tiba di atasnya, kita orang perlu memanjat menggunakan tali dan tangga yang disediakan. 



Memang mencabar tapi bila membayangkan kepuasan yang diperolehi, halangan itu kami tolak ke tepi. ^_^


Semoga membantu!
Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

2 ulasan :

Nurul iPhone Enthusiast berkata...

wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

najwa dealova berkata...

Pengalaman hiking bukit kutu mmg best! Layan view kat atas nanti k. 😉