Jumaat, 28 Ogos 2015

ThAnK yOu DeAr FriEnD!

Assalamualaikum semua...


Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta, tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Kadang-kadang, sahabat yang rajin bekerja bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang disekeliling mereka.

Kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan mereka berhutang apa-apa, tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat,

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS dan WHATS APP anda, bukan kerana mereka tak ade benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada  Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
'Siapa mereka semua tu?'

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

'DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA'
TERIMA KASIH SAHABAT

Ada 3 hal dalam hidup yang tak boleh kembali :

1) Waktu
2) Kata-kata
3) Kesempatan

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :

1) Kemarahan
2) Keangkuhan
3) Dendam

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang :

1) Harapan
2) Keikhlasan 
3) Kejujuran

Ada 3 hal yang paling berharga :

1) Kasih-sayang
2) Cinta 
3) Kebaikan

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :

1) kekayaan
2) Kejayaan 
3) Mimpi

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang :

1) Komitmen
2) Ketulusan
3) Kerja keras

Ada 3 hal yang membuatkan kita berjaya :

1) Tekad
2) Kemahuan
3) Fokus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu :

1) Rezeki
2) Umur 
3) Jodoh

TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI :

1) Tua
2) Sakit 
3) Kematian



Perkongsian daripada sahabat-sahabat Naj :)
Thank you for reading this entry! :)

BeLaJaR bErSyUkUr

Assalamualaikum semua...


Belajar berSYUKUR daripada buah tembikai...

Seorang lelaki pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (Ada orang panggil timun cina) Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya. Tawar. Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yang merungut itu, suami berkata :

'Saya membeli tembikai itu dari pasar'

Isteri : Saya tahu
Suami : Pada pendapat awak, semasa saya membeli  tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?
Isteri : Tentulah yang manis
Suami : Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?
Isteri : tentulah mereka ingin menjual yang manis.
Suami terus lagi bertanya.
Suami : Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?
Isteri : Mesti lah yang manis.

Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung lagi.

Suami : Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?
Isteri : Tentu lah yang manis, pastinya.
Suami : Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?
Isteri : Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?

Suaminya tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata : 

'Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya. Isterinya terdiam.

Marahkan siapa? 

'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis? Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya. Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?

Adab ketika makan : Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya : Kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar,  sedap atau tak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. Atau mungkin ayah yang membeli akan terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah 'mengecam' Allah yang mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak. Semoga bermanfaat.

Thank you for reading this entry! :)

MuHaSaBaH IkHtiLaTmU sEbElUm daN SeLEpAs NiKaH

Assalamualaikum semua...


Hari ni Naj nak kongsi satu kisah yang boleh diambil untuk kebaikan kita semua. Kisah ini Naj dapat daripada member-member Naj berkenaan dengan ceramah daripada Ustazah Fatimah Syarha :)  And I want to share this to all of you :) 

Kalau setiap hari kita makan chicken chop selama setahun, dan tiba-tiba satu hari kawan kita ajak kita ke satu event yang dia cakap ada chicken chop, adakah kita berasa teruja untuk pergi? Berbanding dengan event yang dia cakap ada nasi Briyani Gam yang sedap sampai menjilat jari, sudah pasti kita lagi teruja nak pergi event kedua tu kan? Apatah lagi kita tak pernah rasa nasi briyani gam yang orang selalu bercakap tentangnya tu...

Samalah macam berkahwin. Kahwin tujuannya untuk menghalalkan perkara yang haram kita buat sebelum itu. Tapi, kalau sebelum kahwin pon kita dah rasa dan buat apa yang orang kahwin buat, pegang-pegang, rindu-rindu, sayang-sayang, nanti bila dah berkahwin, nescaya keterujaannya tak seberapa. Bak kata ustazah, hilang debar.

'So, cinta ni salahlah?'

Seharusnya kita mengambil kira 'hakikat disebalik nama', bukan ambil kira 'nama'.

Hotdog - Anjing Panas. Haram ke makan? Dah namanya begitu?

Tak bukan? Sebab hakikatnya hotdog itu bukan dibuat daripada haiwan tersebut kan? Tapi ia diperbuat daripada sesuatu yang halal. Samalah seperti cinta. Cinta itu hakikatnya suci, bersih.  Tapi, perbuatan pasangan yang bercinta itu yang selalunya memberi gambaran buruk pada cinta.

Tapi, pada pandangan saya, setakat sms, atau belajar sama-sama dekat library dengan couple, tak salah kot... 

Jawapan Ustazah Fatimah Syarha,

'Kalau nanti rasa boleh jawab dengan Allah bila Allah persoalkan berkenaan perbuatan kita dengan couple kita itu, silalah teruskan perbuatan itu.'

Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang 'bercinta sebelum berkahwin', kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar.' (Sheikh Yusof al Qardawi)

Bermain 'pakwe makwe', bimbang cinta menyala-nyala di neraka.

Macam mana nak tahu dia jodoh kita ke tak?

Couple - TRIAL and ERROR

Kata mereka, perlu couple ini sebab nak tahu siapa yang layak jadi suami@isteri. Kata ustazah :


'Nak tahu dia jodoh kita@tak, 
lihat bagaimana cara dia menawarkan cintanya. 
Kalau caranya membawa murka Allah, 
jangan bersedih kehilangan dia'.

Sangat penting untuk kita kenal  pasangan kita sebelum nikah. Tapi, bagaimana caranya?


Haa...hantarlah spy. Hehehe. 
Tanya sahabat yang rapat dengannya bagaimana 'dia'. 
Kalau perlu, stalk FB dia. Tengok dia jaga ikhtilat ke tak -,- 
Tapi hanya selepas dia melamar dengan cara yang dicintai Allah. 
Dan, yang paling penting ISTIKHARAH.

Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah. Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah?


'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tidak pernah sekalipun meninggalkan kamu'

Bila aku boleh kahwin ni?

Bak kata ustazah, nak tahu bila kita dah boleh kahwin, tengok cara kita dengan roomate kita.

Kalau dengan roomate kita masih tak dapat bertegur sapa, kalau dengan roomate kita tak dapat dipujuk, kalau dengan roomate kita berbalah, kita asyik nak menang je, kita TAK LAYAK lagi nak melangkah ke alam perkahwinan'

Perkongsian article yang dipetik daripada ceramah Ustazah Fatimah Syarha :)
Thank you for reading this entry! :)

Khamis, 27 Ogos 2015

5 uNdEnIaBlE FaCtS Of LiFe

Assalamualaikum semua...

'Life has taught me that
respect, caring, and love
must be shared,
for it's only  through sharing
that friendships are born :) :) :)'

1. Don't educate your children to be rich. Educate them to be HAPPY. So when 
    they grow up theywill know the value of things not the price.


2. Best awarded words in London...
    
    'Eat your food as your medicines. Otherwise you have to eat medicines as 
     your food'


3. The one who loves you will never leave you because even if there are 100 
    reasons to give up he will find one reason to hold on. 


4. There is a lot of difference between human being and being human. A Few 
    understand it.

5. You are loved when you are born. You will be loved when you die. In between. 
    You have to manage...!


If you want to walk fast, 
Walk alone...!
But if you want to walk far,
Walk together...!

Thank you for reading this entry! :)

Rabu, 26 Ogos 2015

ShArInG iS cArInG :)

Assalamualaikum semua...


Tak salah if kite nak kongsikan benda yang baik kan? Naj ada baca 1 article ni daripada kawan-kawan Naj. I love to sharing with you :


Heavy rains remind us of challenges in life. Never ask for a lighter rain, just pray to Allah for a better umbrella. - THAT IS THE ATTITUDE!


Life is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how we care in the beginning, but how much we care till the very end.


Some people always throw stones in your path. It depends on what you make with them; a Wall or a Bridge- REMEMBER YOU ARE THE ARCHITECT OF YOUR LIFE.


Search for a good heart, but don't search for a beautiful face, because beautiful things are not always good, but good things are always beautiful.


It's not important to hold all the good cards in life, but it's important how well you play with the cards you hold.


Often when we lose all hope and think this is the end, remember Allah and pray,  it's just a bend, not the end.


Have faith and have a successful life. One of the basic differences between Allah and humans is, Allah gives, gives and forgives. But the human gets, gets, gets, and forgets. Be thankful in life...


If you think it is your alarm clock that woke you up this morning, try putting it beside a dead body and you will realise that it is the Grace of Allah that woke up you. 




Thank you for reading this entry! :)

Khamis, 20 Ogos 2015

aDa ApA dEnGaN sUkAn LaSaK??

Assalamualaikum semua...


Hmm... semua orang ada aktiviti kegemaran masing-masing. Bagi Naj pulak, Naj suka aktiviti yang mencabar jiwa. Hahahaha... Jiwa kacau ke? Tak lah, cuma I like extreme sport. Huhuhu... mendidik mentel dengan fizikal kita kan? (hahahaha... inginan semuanya, cuma 1 je yang tercapai buat masa ni... whatsoever :P)


Hiking @ Mendaki

Mendaki ini merupakan aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan di atas alam semulajadi @ lebih tepat mengikut aliran trail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, @bertanah alun. Aktiviti ini dilakukan secara aktiviti luaran, namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi. Mendaki cukup popular di dunia. Nilai kesihatan daripada aktiviti mendaki adalah pelbagai bergantung kepada jenis dakian yang dijalankan, ada pendaki yang boleh menerima kesan positif ketika dan sesudah melakukan aktiviti dakian, namun ada juga yang mendapat kesan negatif.



Meredah jeram


Flying Fox


Canyoning


4WD


Paragliding


Bungee Jumping


Montain Bike


ATV Ride


Skytrex


Hot Air Ballons

Tu je... :)


Thank you for reading this entry! :)

Selasa, 18 Ogos 2015

V oUcHeR fRoM gIaNt

Assalamualaikum semua...


Pagi semalam agak busy sikit. Serabut jugak lah kepala Naj. Huu... Penat. Itulah adat orang bekerja... kan? Kan? :)


Habis je waktu kerja, Naj pun drive lah macam biasa, Cyberjaya---->my home... Dalam perjalanan tu, my phone 'memekik-mekik' suruh jawab. Husband call rupanya. Dapat free voucher?? Uit? Agak terkejut jugaklah bila husband Naj bagitahu yang die dapat voucher daripada giant ni. Kawan bagi. Hehehe.... Rm 100.00. Alhamdulillah... :) Rezeki ni... so malamnya kite orang pun pergi lah ke Giant.



Voucher free RM 100.00


Rezeki Bulan Merdeka. Alhamdulillah :D

Tu je entrynya... hahaha 
Thank you for reading this entry! :)

Jumaat, 14 Ogos 2015

CeRiTa : ShOrT sToRy AbOuT mE!

Assalamualaikum semua...




Masa Naj kecik-kecik kan, perangai... Ya Ampun, nakal sangat. Korang bayangkan lah, masa orang ramai datang rumah Naj sebab nak ziarah mama Naj dengan adik baru Naj (Mu'az), Naj akan baling batu kat die orang. Batu kecik je. Nasib baik bukan batu besar hokeh! Hehehe... Lepas tu masa rumah nenek dan atok Naj buat majlis like kenduri-kendara lah orang kata kan, mestilah ramai yang datang tolong masak-masak kan? Nak tahu tak apa yang Naj buat masa tu? Naj ambik batu besar, Naj baling masuk kat dalam kuali yang besar gedabak tuh. Ramai yang kecoh. Hahahaha... Kesian betul mama Naj masa tu. :( (Sorry mama)



Me with cousins

Setelah umur Naj 5 tahun, Naj masuk ke alam pra sekolah kat Tadika Kemas. Atok Naj yang akan ambik Naj bila dah habis waktu sekolah sebab mama dengan abah Naj masih kerja. Atok ambik Naj naik motor. Masa kat motor tu lah bermulanya drama pekik-memekik, jerit-menjerit (Bukan sama ke tuh? Lol...) Naj jerit nama Makwe. Makwe ni siapa pulak? Makwe ini nenek Naj. Naj dengan adik-adik Naj panggil dia Makwe. Macam mana Naj boleh dapat nama Makwe ni? Ha... ni semua sebab acik-acik Naj yang mulakan dulu dan sampai besar sekarang ni lah, nama Makwe tu melekat kat minda kite orang. Muahahaha... So, dijadikan cerita, Naj tetap menjerit-jerit nama Makwe masa on the way balik.

'Makwe...! Makwe...! Nak air milo...!
'Makwe....!

Can you imagine? Macam mana keadaan aku masa shout until like that? Dah lah menjerit kat tengah-tengah jalan. Kesian atok aku kena merempit tak pasal-pasal demi membuatkan cucunya diam. Haisyeeh... Aku pun tergamam bila mama cerita kat aku pasal aktiviti aku yang menjerit tak tentu pasal masa balik dari tadika dulu. (I'm Sorry atok) To be honest, I'm shy. Hahaha... (rasa macam nak nyorokkan muka je)

Bila Naj dah habis Tadika, masuk pulak ke sekolah rendah, sekolah menengah, then, sampailah di Politeknik Shah Alam.



Me with my friends.

Habis je Politeknik, means I was graduated that time, so... Naj tanam anggur kejap (menganggur).Tak lama sangat menganggur di rumah, Naj dapat tawaran menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan ****. Alhamdulillah. Ha, masa ni Naj mengajar subjek Matematik (Favourite subject), Geografi, dan Pendidikan Seni Tingkatan 1 dan 2. Masa ni lah Naj kenal dengan alam pekerjaan pertama Naj. Macam-macam perangai budak yang aku jumpa. Macam masa aku dulu sekolah lah. Kenakalan dan kebaikan budak sentiasa di depan mata aku. Aku mengajar di depan, ada sekumpulan buat mesyuarat sendiri di belakang. Masa Naj jaga budak exam lagi senang. Masuk, bagi penerangan sikit, lepas tu pas kertas kat semua pelajar, dan terus duduk kat meja guru. Mata sentiasa 'mengawasi' pergerakan pelajar. Meskipun meja dah dijarakkan, tetapi 'agak mencurigakan sikit... sikit je, tak banyak' Miehehehe. Masa Hari Guru tiba, Naj dapat rasa juga suasananya. Naj dapat hadiah daripada pelajar-pelajar Naj. Hehehe... 

Habis je tempoh bekerja di SMK***, Naj dapat panggilan temuduga di perkhidmatan awam. So, pergilah Naj ke sana. Masa datang temuduga tu, Naj ada rasa nervous gila. ye lah, ini first time Naj kena Interview as kerani dan Alhamdulillah... I have passed the interview so Naj masuklah bekerja selama 6 bulan. I met my soul mate here. Hehehe... Mula-mula rasa macam tak percaya je, tapi inilah realiti, dan bukannya fantasi keyh! Kalau dah jodoh kan? :) Dan dari sini jugak Naj jumpa kawan-kawan hiking :)



Habis je tempoh bekerja di sana, Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan Naj, Naj dapat bekerja di salah sebuah organisasi awam lagi di Selangor. Waktu itu juga, Naj dilamar dengan husband. So kite orang tunang...


5.11.2013


Dalam masa lebih kurang 6 bulan lepas tu, kami kahwin.


26.4.2014


Doakan kebahagian kami :)

Thank you for reading this entry! :)

Khamis, 13 Ogos 2015

AsAm PeDaS iKaN pARi

Assalamualaikum semua...


Korang pernah makan Asam Pedas Sungai Sembilang tak? Lokasinya di Jeram. Ha, menu tu memang sungguh menyelerakan sebab menu asam pedas ini, diesertakan sekali nasi putih + telur masin + timun + belacan...
Jadi, hari ni Naj nak kongsikan tentang resepi asam pedas ikan pari. Actually, ni memang favorite Naj. 


Okey, ini adalah bahan-bahannya :

Bahan A
  • Ikan pari
  • Bendi
  • 1 biji tomato (Dipotong 4)
  • 1/2 Air asam jawa
  • Daun kesum
  • 3 Cawan Air
  • Garam
  • Cili giling
  • Gula
Bahan B (Di kisiar)
  • 1 Bawang besar
  • 3 Bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar. Bila dah naik bau, 
    masukkan cili giling sehingga pecah minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa, gula dan air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan , garam, daun kesum, dan bendi.
4. Bila bahan-bahan tadi dah mendidih, masukkan tomato dan perlahankan api. 
    Biarkan sehingga pecah minyak dan bendi lembut.
5. Angkat dan siap! :)


Thank you for reading this entry! :)

Rabu, 12 Ogos 2015

KiSaH mAk DaN aYaH

Assalamualaikum semua...


Naj nak kongsikan satu cerita tentang kisah ayah dan mak. Tak kisahlah jika ada yang menggelarkan ibu, mama  atau pun ummi... Begitu juga dengan bapa, abah atau walid...etc.

Renung-renungkan...

Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya mak, 'Along mana?'
Mak jawab, 'Ada di dapur tolong siapkan makan malam'
Ayah tanya mak lagi, 'Angah mana?'
Mak jawab, 'Angah mandi, baru balik main bola.'
Ayah tanya mak, 'Ateh mana?'
Mak jawab, 'Ateh, Kak Cik tengok TV dengan Alang di dalam.
Ayah tanya lagi, 'Adik dah balik?'
Mak jawab, 'Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.'

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


20 tahun berlalu...
Jam 6.30 petang.

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, 'Mana Mak?'
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, 'Tak tahu,'. Ayah tanya Angah, 'Mana Mak?,'. Angah menonton TV. Angah jawab, 'Mana Angah tahu.' Ayah tanya Ateh, 'Mana Mak?'. Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, 'Mana Mak?'

Ateh menjawab, 'Entah.'
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh ke arah ayah.
Ayah tanya Alang, 'Mana Mak?' Alang tidak jawab. Alang hanya menggoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan Facebook. Ayah tahu yang ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, ' Man mak?'

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, 'Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!'

Tersentap hati ayah mendengar kata-kata adik. Dulu anak-anak mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. mereka akan tanya 'Mana Mak?' apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, 'mana Mak?'. Apabila  kaki melecet main bola di padang sekolah, Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknyaberada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana mak?'

Semakin anak-anak Mak besar, soalan 'Mana Mak?' semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai  payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum  berhenti. mak menjinjit 2 bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah, Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil dulu. Mak senyum. Kedua bibir mak diketap rapat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa kecik dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak mak akan menepis tangan mak kalau mak lakukannya.

5 buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh tu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. MNak belum merasa naik kereta anak mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung Mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun, raut wajah Mak sudah cukup membuatkan Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci dari mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada mak Uda, 'Wah, berebut-rebutlah budak-budak tu nantinampak kuih koci kamu ni.'

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecik dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim membuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh ke arah Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, 'Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi, tapi Uda kata sem ua tak berangkat.'

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang untuk menjemput Mak. 

Mak tahu anak-anak Mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, 'Kita tak usah susahkan anak-anak, selagi kita mampu, kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati, kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiriyang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kuih koci  masih belum terusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian.

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, ' Mana Mak?'. Hanya Adik yang jawab, 'Mak dah tak ada'
Along, Angah, Ateh, Alang, kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini, Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan lagi di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakkan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan  macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu Mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak untuk orang lain, bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun, hanya untuk anak-anak Mak.

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah.

'Mana Along?' , 'Mana Angah?' , 'Mana Ateh?' , 'Mana Alang?' , 'Mana Kak Cik?', atau 'Mana Adik?. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab Mak ambik tahu di mana anak-anak berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak, tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, 'Mulai hari ini, tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik, dan Adik, 'Mana Mak?'.

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang, Kak Cik dan Adik mengikut dari belakang. Hati Ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh yang tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata mak malam itu, 'Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal.

'Ayah, ayah... bangun.' Suara Ateh memanggil Ayah. Ayah pengsan sewaktu turun daripada kereta Ateh...

Terketar-ketar Ayah bersuara, 'Mana Mak?'

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun mak pergi namun soalan 'Mana Mak?' masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.




Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu dan bapa. Kata orang, hidup seorang Ibu waktu mula muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari ISTERI, PEKERJAAN, dan ANAK-ANAK sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. 

Semoga perkongsian cerita pendek ini dapat membuka mata dan hati anak-anak semua diluar sana. 

Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan... :)

Thank you for reading this entry! :)