Khamis, 13 Ogos 2015

AsAm PeDaS iKaN pARi

Assalamualaikum semua...


Korang pernah makan Asam Pedas Sungai Sembilang tak? Lokasinya di Jeram. Ha, menu tu memang sungguh menyelerakan sebab menu asam pedas ini, diesertakan sekali nasi putih + telur masin + timun + belacan...
Jadi, hari ni Naj nak kongsikan tentang resepi asam pedas ikan pari. Actually, ni memang favorite Naj. 


Okey, ini adalah bahan-bahannya :

Bahan A
  • Ikan pari
  • Bendi
  • 1 biji tomato (Dipotong 4)
  • 1/2 Air asam jawa
  • Daun kesum
  • 3 Cawan Air
  • Garam
  • Cili giling
  • Gula
Bahan B (Di kisiar)
  • 1 Bawang besar
  • 3 Bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar. Bila dah naik bau, 
    masukkan cili giling sehingga pecah minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa, gula dan air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan , garam, daun kesum, dan bendi.
4. Bila bahan-bahan tadi dah mendidih, masukkan tomato dan perlahankan api. 
    Biarkan sehingga pecah minyak dan bendi lembut.
5. Angkat dan siap! :)


Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :