Assalamualaikum semua...
Masa Naj kecik-kecik kan, perangai... Ya Ampun, nakal sangat. Korang bayangkan lah, masa orang ramai datang rumah Naj sebab nak ziarah mama Naj dengan adik baru Naj (Mu'az), Naj akan baling batu kat die orang. Batu kecik je. Nasib baik bukan batu besar hokeh! Hehehe... Lepas tu masa rumah nenek dan atok Naj buat majlis like kenduri-kendara lah orang kata kan, mestilah ramai yang datang tolong masak-masak kan? Nak tahu tak apa yang Naj buat masa tu? Naj ambik batu besar, Naj baling masuk kat dalam kuali yang besar gedabak tuh. Ramai yang kecoh. Hahahaha... Kesian betul mama Naj masa tu. :( (Sorry mama)
Me with cousins
Setelah umur Naj 5 tahun, Naj masuk ke alam pra sekolah kat Tadika Kemas. Atok Naj yang akan ambik Naj bila dah habis waktu sekolah sebab mama dengan abah Naj masih kerja. Atok ambik Naj naik motor. Masa kat motor tu lah bermulanya drama pekik-memekik, jerit-menjerit (Bukan sama ke tuh? Lol...) Naj jerit nama Makwe. Makwe ni siapa pulak? Makwe ini nenek Naj. Naj dengan adik-adik Naj panggil dia Makwe. Macam mana Naj boleh dapat nama Makwe ni? Ha... ni semua sebab acik-acik Naj yang mulakan dulu dan sampai besar sekarang ni lah, nama Makwe tu melekat kat minda kite orang. Muahahaha... So, dijadikan cerita, Naj tetap menjerit-jerit nama Makwe masa on the way balik.
'Makwe...! Makwe...! Nak air milo...!
'Makwe....!
Can you imagine? Macam mana keadaan aku masa shout until like that? Dah lah menjerit kat tengah-tengah jalan. Kesian atok aku kena merempit tak pasal-pasal demi membuatkan cucunya diam. Haisyeeh... Aku pun tergamam bila mama cerita kat aku pasal aktiviti aku yang menjerit tak tentu pasal masa balik dari tadika dulu. (I'm Sorry atok) To be honest, I'm shy. Hahaha... (rasa macam nak nyorokkan muka je)
Bila Naj dah habis Tadika, masuk pulak ke sekolah rendah, sekolah menengah, then, sampailah di Politeknik Shah Alam.
Me with my friends.
Habis je Politeknik, means I was graduated that time, so... Naj tanam anggur kejap (menganggur).Tak lama sangat menganggur di rumah, Naj dapat tawaran menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan ****. Alhamdulillah. Ha, masa ni Naj mengajar subjek Matematik (Favourite subject), Geografi, dan Pendidikan Seni Tingkatan 1 dan 2. Masa ni lah Naj kenal dengan alam pekerjaan pertama Naj. Macam-macam perangai budak yang aku jumpa. Macam masa aku dulu sekolah lah. Kenakalan dan kebaikan budak sentiasa di depan mata aku. Aku mengajar di depan, ada sekumpulan buat mesyuarat sendiri di belakang. Masa Naj jaga budak exam lagi senang. Masuk, bagi penerangan sikit, lepas tu pas kertas kat semua pelajar, dan terus duduk kat meja guru. Mata sentiasa 'mengawasi' pergerakan pelajar. Meskipun meja dah dijarakkan, tetapi 'agak mencurigakan sikit... sikit je, tak banyak' Miehehehe. Masa Hari Guru tiba, Naj dapat rasa juga suasananya. Naj dapat hadiah daripada pelajar-pelajar Naj. Hehehe...
Habis je tempoh bekerja di SMK***, Naj dapat panggilan temuduga di perkhidmatan awam. So, pergilah Naj ke sana. Masa datang temuduga tu, Naj ada rasa nervous gila. ye lah, ini first time Naj kena Interview as kerani dan Alhamdulillah... I have passed the interview so Naj masuklah bekerja selama 6 bulan. I met my soul mate here. Hehehe... Mula-mula rasa macam tak percaya je, tapi inilah realiti, dan bukannya fantasi keyh! Kalau dah jodoh kan? :) Dan dari sini jugak Naj jumpa kawan-kawan hiking :)
Habis je tempoh bekerja di sana, Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan Naj, Naj dapat bekerja di salah sebuah organisasi awam lagi di Selangor. Waktu itu juga, Naj dilamar dengan husband. So kite orang tunang...
5.11.2013
Dalam masa lebih kurang 6 bulan lepas tu, kami kahwin.
26.4.2014
Doakan kebahagian kami :)
Thank you for reading this entry! :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan