Isnin, 7 September 2015

AsAm PeDaS iKaN SeMbILaNg

Assalamualaikum semua...


Malam hari tu, masa nak balik kampung husband, kite orang ada singgah ke restoran asam pedas sungai sembilang. Kat mana lokasi ni? Haa...kalau korang nak tahu, lokasi restoran ni dekat Jeram. Berdekatan dengan kolam pancing air masindan bersebelahan dengan Sungai Sembilang, kunci air, dan jeti nelayan. Tempat ni pun tak jauh daripada Pantai Remis.

Apa yang menarik kat sini? Haa..kalau korang nak tahu, tempat ni popular sangat dengan menu asam pedas dia. Tengok nama restoran lah beb. Tak gitu? Miehehe... 


Suasana di Restoran asam pedas ni

Masa kite orang datang, memang suasananya sangat tenang. Mana tak nya, restoran ni jauh daripada laluan jalan raya utama. Hmm... kite orang duduk je, pelayan dah datang. Lajunya. Hahaha... Kite orang order lah air, nasi putih 2 dan menu hot kat sini. Tak lain dan tak bukan, mestilah asam pedas die orang ni. My husband order bahagian kepala and Naj order bahagian ekor. Kerap kali kite orang ke sini, tapi ni baru my first entry pasal restoran ni. Hehehe... :) Lepas je order semua menu tu, pelayan tu pun kata.

'Kite orang ada jugak buat kailan ikan masin,...etc....'

Naj ingatkan makanan yang lain-lain tak ada, rupanya ada. So, Naj dengan husband order lah sayur kailan ikan masin. Ada kelainan dari segi persembahan makanan die orang ni. Sepinggan nasi, bersama telur masin dan juga beberapa hirisan timun. And ada satu lagi yang menarik minat my husband dari dulu lagi masa kunjungannya ke sini. Apa dia? Sambal belacan lah. Benda ni lah yang mengengat dari segi rasa my husband. Hahaha... :D


Minuman kami dah sampai. Thank you waiters :)

Tak lama lepas tu, makanan kami pon sampai... 


Ha... dah sampai pun menu kite orang. Makan panas-panas memang sedap ni.
Cara penghidangan asam pedas die orang ni kat dalam claypot.
That's why asam pedas tu panas je.


Kita zoom sikit asam pedas ni. 

Lepas je makan, kami pun teruskan perjalanan balik ke kampung husband. Kenyang. Alhamdulillah :)

Kalau korang nak cuba rasa menu ni, korang boleh lah datang kat sini. Senang je nak cari tempat ni. Kalau dari arah Klang, belok kiri bila dah nampak signboard Jeram. Ha....korang masuk lah ke dalam sana, sampai lah jumpa kolam mancing di hadapan dan disebelah kanan tu lah terletaknya restoran ni... :)


Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :