Assalamualaikum semua...
Hai semua... berapa hari lagi para pelajar akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)? Adik Naj pun akan menghadapinya juga. Di sini Naj nak kongsikan beberapa petua atau tips untuk adik Naj dan juga adik-adik yang akan menghadapi UPSR ni.
Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM atau STPM juga boleh menggunakan tip-tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda.
Naj percaya disaat ini para pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Antara tip-tip yang boleh diambil :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dahulu. Ini kerana, apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek yang tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Ulangkaji menggunakan modul peperiksaan
Apakah kunci peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulangkaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulangkaji, terutama dengan menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah ini akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Study group
Belajar secara berkumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan dan menguatkan daya ingatan. Para pelajar yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau pun malam.
3. Study group
Belajar secara berkumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan dan menguatkan daya ingatan. Para pelajar yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau pun malam.
4. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana, setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek yang dipelajari di sekolah, bukannya bedasarkan minat seseorang calon.
5. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulangkali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara yang digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. Calon juga perlu kuatkan dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan di rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja anda berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah anda pelajari.
Sebelum peperiksaan, khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan sehingga lupa makan dan minum. Ini kerana, keadaan ini boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia mesti seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan-makanan yang berzat dan boleh membantu mengembangkan dan mencerdaskan minda anda.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu apatah lagi calon akan menduduki peperiksaan. Calon juga digalakkan tidur lebih awal pada malam peperiksaan . Langkah ini perlu supaya calon berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara yang anda minat, sebaliknya manfaatkan masa yang ada dengan mengulangkaji pelajaran. Ini kerana, semua perkara itu boleh dilakukan kemudian hari berbanding peperiksaan yang kata orang diambil sekali seumur hidup. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis, khususnya pensel 2B, pemadam, dan penajam mata pensel. Jika tidak, sediakan beberapa batang pensel semasa hari peperiksaan. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa di bawa semasa hari peperiksaan.
Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan tidak terlalu awal dan juga tidak terlalu lambat. Ini kerana, ia nya dapat mengurangkan perasaan gemuruh calon yang akan mengambil peperiksaan. Bagaimanapun, pastikan calon bersarapan terlebih dahulu. Jika calon bangun lewat, bukan sahaja tidak sempat bersarapan, malah, keadaan akan menjadi tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa boleh mendatangkan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa untuk bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka untuk mendoakan kita agar dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, langkahlah dengan kaki kanan dan berdoa semoga anda dapat menjawab soalan dengan mudah. Ketika berada di dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan berdoa, anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu dapat membantu jantung anda untuk mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dahulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan yang sukar, sebaliknya terus selesaikan soalan yang lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan pula diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilij dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padam betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel. Semak jawapan anda sebelum kertas jawapan diserahkan kepada pengawas peperiksaan. Pastikan betul dan sudah dijawab. Peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-sekala alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran anda akan terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
15. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat 5 waktu, berdoalah supaya Allah tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
16. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita merasa was-was ataupun tidak yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan sahaja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Thank you for reading this entry! :)
1 ulasan :
Thank you Kak naj for this sharing! I like it!
Catat Ulasan