Rabu, 2 September 2015

PeTuA dApUr

Assalamualaikum semua...


Ait? Kat dapur pun ada petua ke? Mestilah ada... hehe :)

Bagaimana nak bawang tahan lama?


Aneka bawang seperti bawang merah, bawang putih, bawang bombay,
hendaklah dikeringkan dahulu dengan cara diangin-anginkan
atau dijemur sebentar. Biarkan terbuka, simpan di tempat 
yang kering dan masih ada sinar.

Bagaimana untuk mengelakkan tepung berbau hapak?


Aneka tepung seperti tepung gandum, tepung jagung, 
tepung ubi, hendaklah disimpan di dalam bekas  bertutup rapat.
Bagi menghindari tepung berbau hapak,
bungkus beberapa potong arang dengan kain, 
masukkan ke dalam bekas tepung.

Bagaimana cara penyimpanan kicap dan sos?


Aneka kicap dan sos seperti kicap cair, kicap manis, kicap ikan,
sos tomato, sos tiram, dan lain-lain hendaklah dibersihkan pada
tepi botolnya. Jangan digunakan jika telah bertukar warna, 
lebih cair, berbuih atau aromanya menyengat.

Tip parut coklat


Sebelum diparut, simpan coklat dan peralatan yang diperlukan
di dalam peti sejuk. Ini dilakukan agar coklat tidak lekit ketika
saat diparut atau disagat. Untuk mengelakkan colat meleleh disebabkan
panas tangan, lapisi coklat tersebut dengan kertas dan gunakan 
senduk untuk mengambil coklat parut.


Petua dapur dipetik daripada Majalah Mingguan Wanita 
Sharing is caring 
Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :