Rabu, 2 September 2015

bElAjAr bErSaBaR :)

Assalamualaikum semua...

Naj nak kongsi lagi satu cerita

Dalam perjalanan balik dari mall, aku menyelusuri lorong belakang mall. Hajatnya nak baiki kasut. Dah tercabut tapak. Nampak seseorang pak cik tua di kaki lima. Orang kurang upaya. Manusia normal seperti kita, cuma tanpa sepasang kaki. 

Beliau tengah mengilatkan kasut seorang lelaki bersut pejabat. Lelaki itu berdiri. Kakinya pada papan kasut yang disediakan. Pak cik tua itu tekun menjalankan kerjanya. Kami menghampiri pak cik tua itu dan menunggu giliran.

'Dah siap ke? Lambat betul la... kiwi je pun.' Lelaki itu mengeluh-ngeluh.
'Dah siap, tuan.' Pak cik tua memberhentikan gosokan. Lap kali terakhir kasut  lelaki yang sedang berdiri tersebut.

'Tak nampak berkilat pun. Berapa?.' Lelaki itu tanya harga.

'RM3.00.' Pak cik itu jawab dengan senyuman.
'Gila mahal! Dah lah tak berkilat langsung!,' katanya sambil mengeluarkan 3 keping note biru. Campak ke papan kasut. Baru sahaja pak cik mengutipnya, diletakkan kembali kasut atas tangan pak cik tersebut. Pijak tangan pak cik!

Pak cik mengaduh perlahan. nampak berkerut mukanya yang berkedut seribu.

'Kalau buat kerja tak elok, ni lah makan dia!' Lelaki itu ketawa kemudian mengalihkan kasutnya dan berlalu dari situ.

Aku dan kawan panas hati melihat kejadian itu. Lantas aku berteriak.

'Woi tua kutuk! Kau tak ada hati perut ke pijak tangan orang tua?!'

Lelaki itu berpaling. Kemudian ketawa. Seraya angkat jari tengahnya pada kami. 
'Pergi mampos kau orang semua!,'

Dia tak layan. Terus berlalu. Aku cuba kejar nak terajang beliau tapi dengan segera dihalang oleh pak cik tua itu. 

'Sabar nak, tak mengapa...,' Pak cik itu senyum sambil pegang sebelah kakiku.

bagaimana pak cik boleh bersabar sedangkan kami dah hilang sabar?




Kami duduk bersila di sebelah pak cik di kaki lima.

'Allah dah banyak kali sebut, Allah bersama-sama orang yang sabar dalam Al-quran. Biarlah Allah yang tunjuk amarahNya. Amarah pak cik, amarah kamu berdua tidak sebesar amarah Allah. Murka Allah itu lebih ganas. Lebih dasyat' Pak cik senyum lagi.

'Tapi lelaki tu dah melampau!' Aku tak puas hati. Kawanku diam menggigit bibir. Tahan marah agaknya. 

'Jangan marah. Ingat, ni cuma kesakitan kecil jika nak dibandingkan dengan umat Islam di Syria, Afrika, dan yang lain-lain. Di Afrika, orang islam disembelih hidup-hidup, disiat, dirogol. Apalah sangat sakitnya tangan pak cik ni. Tak luka pun. ah, jangan marah ya,'

'Ni nak baiki kasut ya?,'

Aku mengangguk perlahan. Sambil serahkan kasutku. Pak cik itu segera menjalankan tugasnya. Tampal dan jahit mana yang patut. Dibersihkan kasutku hingga nampak baru. 

'Siap. RM 5.00'

Kawanku mengeluarkan note RM 50. Dihulurkan pada pak cik. 

'Pak cik, ambillah, tak perlu berikan baki.' Pak cik itu menolak.

'Walaupun untung pak cik sehari-hari tidak banyak, tak sampai RM50 pun sehari, tetapi pak cik bersyukur. yakin yang itu lah rezeki Allah yang bersih dan halal. Makin banyak duit di tangan pak cik, makin gelisah hati pak cik. Lagipun pak cik tak sara sesiapa melainkan diri sendiri. Ramai orang dapat duit banyak. Dapat duit cara cepat. Dapat duit dari keuntungan modal orang bawahan, downline dan sebagainya. Tapi duit itu cepat habis. Duit itu tak berjaya melapangkan dada. 

Nak tak nak, pak cik tu nak RM5 juga. Tak nak RM 50. Kami akur. 
'Doakan pak cik. Anak-anak ni soleh. Doa orang soleh dimakbulkan oleh Allah. Doakan pak cik bahagia di alam kubur. Doakan pak cik dikurniakan Syurga. Pak cik bimbang, kerana  pak cik tidak berdaya segera ke masjid tiap kali masuk waktu solat, selalu terlewat sebab pak cik berjalan dengan tangan. Bimbang Allah marah. Bimbang Allah hukum pak cik sebab lambat ke masjid. Tolong ya.'

Pak cik itu senyum. namun dimatanya berkaca-kaca. kawanku peluk pak cik itu erat-erat.

'In Sya Allah pak cik. Amin... amin... amin...'

Kami bersalam dan kemudiannya mengucapkan selamat tinggal pada pak cik tua. Dalam perjalanan pulang, aku terasa sungguh ke dalam hati. Kami dikatakan soleh. Hanya kerana kami pakai kopiah. Pak cik takut dihukum Allah kerana lambat ke masjid. Aku langsng tak ke masjid kecuali solat jumaat saja. Pak cik sabar. Aku sebaliknya. Akulah bahan api neraka yang sebenarnya. 

Aku.

Tak semena-mena air mata turun sendiri. Tak mampu ditahan lagi bertakung diempangan kolam air mata ini. 

Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :