Rabu, 2 September 2015

DaH tErTuLiS rEzEkI aWaK

Assalamualaikum semua...


Cerita ini benar-benar terkesan di hati saya...

Sejak petrol turun harga, saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam tank. So, saya agak ada la dalam RM40 till RM45 je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila RM42 dah penuh... saya pump juga sampai RM45. Takut nak isi lagi... sebab pernah terjadi melimpah-limpah keluar petrol.

Saya malas nak pergi masuk dalam minta refund lagi RM5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot-kot ada motor masuk... tapi, tak ada... Saya hampir nak letak balik nozzle sebab nak tutup lubang minyak tu... buat lambat sikit. Niat di hati nak tunggu kot-kot ada motor masuk.

Hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada RM5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle kat dia...

Saya cakap...

'Ambillah dik, akak malas nak refund ke dalam'

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul-betul macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Macam speechless gitu....

Saya tanya dia, 

'Eh apesal?'

Dia jawab dalam menahan sebak.

'Saya doakan akak murah rezeki, tak tahu nak cakap macam mana. Sebenarnya saya belum gaji, duit saya ada RM10 je ni, dok fikir isi minyak RM3, tinggal RM7. Dok atas motor tadi saya asyik fikir pasal duit je... Saya serah pada Allah je... Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free...'

Saya pulak yang sedih... saya senyum je dan cakap.

'Dah tertulis rezeki awak,'


Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dalam kereta.  Ya Allah... bila hambaMu tawakkal padaMu. Ada rezeki yang dah Kau janjikan.

Dan rencana Allah itu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allh gerakkan saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ untuk isi minyak kat situ...

Dan sepatutnya tadi, saya guna kad debit je, isi penuh... tapi saya pergi masuk bayar RM50 kat dalam. Teragak nak isi RM45 je, tapi hati kata RM50 baru penuh... Rupanya betul, cuma RM45 sahaja... RM5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik-cantik.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niatkita juga penting... Saya benar niatkan nak kasi  je baki petrol yang dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang yang benar-benar layak. MNaka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar-benar serahkan segala-galanya padaNya.


Sharing is caring <3
Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :