Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hari Ahad lepas Naj dengan husband kat rumah mama. Pagi tu, memang Naj teringin sangat nak buat bubur nasi. Teringat masa zaman belajar kat SMT Sepang dulu-dulu. Tiap hari Jumaat pagi nak pergi sekolah, turun je daripada asrama GA 404 dengan Husna, kite orang mesti nak makan bubur nasi yang disediakan oleh pihak DM (Dewan Makan). Bila rasa bubur nasi DM tu kan, memang rasa sedap lah. Lagi-lagi kalau letak sambal cili api yang banyak. Memang berapi lah. :)
Maka, bermula lah misi memasak bubur nasi. Lepas tu Naj dengan mama masak sayur, blend ikan bilis yang dah digoreng tadi, ikan bilis masak kicap and sambal kicap. Then kite orang makan panas-panas. Pergh! memang terangkat terus lah. Thumbs up! Miehehehe... :D :D :D
Tengahari tu, Naj masak remis pulak. Memang sedap sangat. Alah, lebih kurang macam lala lah. :)
Ini lah dia Remis :D
Remis yang Naj masak ni adalah hasil tangkapan yang kami cari masa kat kampung husband hari tu.
Petangnya pulak, adik Mu'izz dengan adik Widad ajak main badminton. Dia memang suka sangat sukan luar ni. So, Naj dengan husband pun follow je lah. Lagi pun memang dah lama dah Naj tak main badminton ni. Naj lawan dengan adik Widad. Husband pulak lawan dengan adik Mu'izz. Firstly, memang rasa ok lagi but then, rasa pancit. Haha... :D
Tak lama lepas tu Naj pun lawan badminton dengan husband Naj. Hahaha.... (Apa gelak-gelak? Tampow kang. Hahaha) Sudah tentulah Naj yang kalah. Terkincit-kincit aku nak kejar shuttle tu. Memang penat sangat. :)
Lepas tu kaki kite orang injured. Alahai... Tu lah, siapa suruh tak warming dulu, kan dah sakit kaki.
Thank you for reading this entry! :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan