Assalamualaikum semua...
Selamat Hara Raya Haji korang... lambat entry ni... Terlalu busy lah kata kan (busy lah sangat... phuik..) Hahaha... Okey, malam sebelum berlangsungnya Hari Raya Korban ni, family Naj akan mengnyam ketupat. Anyam ketupat ni memang kite orang buat setiap kali raya - Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Lepas tu masak ayam masak kicap, sambal kuah kacang, kuah lodeh, and absolutely ketupat! tapi rendang ayam kali ni tak sempat nak buat. Miehehehe... Kira ok lah kan sebab yang lain dah ada. :)
Mama dengan Naj pun ada jugak anyam ketupat ni.
Kite orang masak ketupat dekat dalam pressure cooker je. Mudah. Senang. Pantas. Dan tentulah menjimatkan masa. :)
Masa Naj tengah menganyam ketupat ni, adik Widad nak sangat belajar buat ketupat. Haa.... memang agak payah kalau nak belajar anyam ketupat ni sebab ia agak merumitkan. Naj pun lama jugak lah masa dulu-dulu belajar anyam ketupat dengan mama dan abah. Akhirnya, Naj pun mahir menganyam ketupat ni. So, tak salah rasanya kalau Naj ajar adik Widad cara menganyam ketupat ni kan? Ha... Nak tahu macam mana hasil anyaman adik Widad?
Ni lah hasil tangan adik Widad :)
Boleh tahan kan?
Mu'izz and mama :)
Lepas semuanya dah setle pada malam tu, kite orang satu keluarga pun makan bersama-sama. Memang sedap :) Memang rasa hari raya sangat nih. Hehehe
Jemput makan. Bismillah...
^__^
Habis je makan malam, Naj pun prepare barang-barang untuk balik kampung husband. Masa Naj and husband on the way balik kampong, memang jem. lagi-lagi bila dah sampai Kuala Selangor. Memang sangat sesak. Even Naj and husband gerak lambat untuk balik kampung, tapi jalan tetap sama. (Ingat dah tak jem dah...) Alahai... So, kite orang sampai kampung pada jam 4.00 pagi. Mesti husband penat masa tu kan. Kesiannya dia...
Pagi tu, lepas je sembahyang raya, family husband buat korban lembu. Naj dengan mak mertua tengok depan mata...
3) Peristiwa ke 3 ialah pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah
yang mulia ini. Allah mengutuskan nabi Ibrahim untuk kembali ke Ka'abah.
Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina
semula Ka'abah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan
Kaabah yang pernah di buat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan
pada zaman Nabi Nuh.
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah ini mempunyai 2 sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
'Dan (ingatlah) ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'
Sumber MYNEWSHUB.CC
Pagi tu, lepas je sembahyang raya, family husband buat korban lembu. Naj dengan mak mertua tengok depan mata...
Ramai orang kampung datang
Sanak-saudara dan jiran tetangga ramai yang datang :)
Ada 3 Peristiwa Sejarah Sempena Hari Raya Korban :
1) Kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s. yang diperintahkan oleh Allah kepada
Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang
tandus. Ia kini menjata tumpuan jutaan umat islam untuk menunaikan
rukun islam yang ke 5 iaitu Mekah.
2) Peristiwa ke 2 adalah ibadah korban dilakukan sempena memperingati
pengorbanan nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak
kesayangannya Nabi Ismail a.s. Namun, berkat kesabaran serta ketaan kedua-
dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor
binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.
yang mulia ini. Allah mengutuskan nabi Ibrahim untuk kembali ke Ka'abah.
Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina
semula Ka'abah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan
Kaabah yang pernah di buat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan
pada zaman Nabi Nuh.
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah ini mempunyai 2 sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
'Dan (ingatlah) ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'
Sumber MYNEWSHUB.CC
Thank you for reading this entry! :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan