Isnin, 30 November 2015

BeRcUtI Di BuKiT BeNdErA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Okey, Naj nak sambung entry Naj lagi. Kali ni di Bukit Bendera Pulau Pinang. Habis je bercuti di Kedah semalam, kita orang menginap pulak di Pulau Pinang sebab besok paginya kita orang nak pergi Bukit bendera. Naj memang teringin sangat nak merasa keindahan di atas puncak Bukit Bendera ni. Tengok blog orang lain macam seronok je.

So, pagi tu je, kite orang terus bersiap-siap dan mengemas semua barang-barang ke dalam kereta. Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke perkarangan Bukit Bendera. Before that, korang kena parking dulu. Tempat parking kita orang ni dekat je, tak jauh pon. Lepas je parking, kita orang sarapan dulu di gerai yang dekat-dekat dengan kawasan Bukit bendera tu. 

Masa tu, kita orang nampak banyak bas yang singgah menghantar pelancong-pelancong ke sini. Mu'az memang cepat-cepat beli tiket masa tu sebab nampak segerombolan orang yang turun dari bas tu memang ramai. Lepas je beli tiket, kite orang sarapan dulu. Tak lama lepas tu, barulah pergi masuk ke dalam untuk beratur naik train. Tak sabar rasanya. Hahahaha... 


Tak lama pun masa yang diambil untuk ke atas. Memang sekejap je. Hahaha... Cuma, apa yang Naj nak sarankan (cewah... memandai je ko nak sarankan something kat tempat nih! Lol... hahaha) Tapi memang ada jugak baiknya kalau kawasan nak naik train tu di buat barisan seperti palang besi bagi memudahkan giliran kita tak dipotong oleh orang lain. Sebab masa kite orang tengah berbaris kan, ramai je yang potong giliran. Geram jugak lah. Huuuu...


Pemandangan daripada atas


Masa ni kan, kabus dia memang tebal.
Rasa sejuk je kat atas ni. Kabus menerpa
kat muka kite orang. Memang seronok sangat! Haha :D




Bersama Husband dan teddy :)

Lepas tu, kite orang jalan-jalan sampailah ke atas. Kat situ, ada disediakan buggy car. Korang bayar je lah pas tu naik. Ha, tak ada lah kaki rasa penat sangat nanti. Hehehe... 


Mereka mendahului Naj dulu. Cis! Hahaha... :D


Kite orang minta driver buggy car tu berhenti jap.
Hehe :)


Ni penting oo... haha..

Lepas tu kite orang singgah untuk minum kopi kat atas ni. Tapi, Naj ade rasa marah jugak lah pada driver buggy car yang bawa abah, mama dan adik-beradik Naj. Bukan apa, nak kata tak dengar, ada telinga. Boleh plak driver tu menonong cen tu jek. Dah diminta suruh berhentikan dia orang untuk minum kopi kat atas tu, boleh pulak dia terus je. Hish! sakit hati aku ni tau! Grr... geget kang.


Kite orang kat sini


Kite orang masuk sini sebab nak tengok
jenis-jenis pokok kera yang ada kat Bukit Bendera ni.
Tak sangka jugak Naj bila tahu kat sini ada pokok tu.


Naj dengan husband main dengan kala jengking.
Uwaaa...!! Memang cuak jugak ni. Hahaha

Firstly, husband Naj macam teragak-agak nak bagi binatang tu kat tangan dia. Tapi bila orang tu  kata tak ada apa-apa, husband Naj pon dengan teragak-agak 'merelakan' tangannya untuk kala jengking tuh. Bila husband Naj tanya, ada bisa lagi tak? Dengan rilexnya, orang tu kata masih ada bisa lagi. Terus cuak si husband naj ni. Hahahahaha...  Pergh! rasa takut jugak pun ada ni. As wife dia, mesti lah rasa bimbang. Huu... 


Lepas je selesai sesi 'kala jengking' tuh,
kite orang  pun nak minum kopi. Huhu :D


Caption 'tumbuk acah-acah' Hehehe


Ni lah orang yang bagi penerangan pasal tumbuhan periuk kera kat sini.
Dia ni memang happy-go-lucky. :D


Tengah menunggu kopi tiba.
Mesti sedap. :)


Coffee time  with love ^_^

Tempat minum kopi hutan ni memang cantik tau. Menenangkan sangat. Tak ramai yang datang, so tak crowded lah tempat ni kan. Lepas tu tumbuhan tumbuh menghijau kat sekeliling kita. Memang rasa segar dan nyaman sangat. Masa kite orang minum kopi, pekerja-pekerja cafe ni macam nak buat steamboat lah pulak kan. Macam seronok je. Memang seronok pon. Hahaha... Dengan tempat yang macam ni, buat steamboat pulak tu. Huhu...


Ni lah tempat yang dia orang nak buat steamboat.
Naj dengan husband saja je nak bergambar di sini. Hehehe...


Kite orang nak hantar surat. Hahaha...


'Mu'az, tengah tunggu siapa tu?' Hahaha


Gambar bersama sebelum balik
:)



Love padlock dah merebak ke sini

Ada apa dengan benda ni eh.

Think positive, sekadar perhiasan je kat sini.

Kikikiki ^_^



Sebelah Naj dengan husband ni adalah
sebuah train yang digunakan ketika zaman dahulu kala.





Jom pulang. :)

Habis je kisah di Bukit Bendera ni, abah Naj nak bawak kami semua pergi ke Taiping pulak. Apa yang diburu di sini? Ha, apa lagi, pastinya mee udang! :)



Tamat lah sudah story Naj pasal vacation kami sekeluarga yang lalu.
'Enjoy the little things in life... for one day you'll lock back and realize they were the big things'
Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :