Isnin, 30 November 2015

PeRcUtIaN dI KeDaH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Hye hye hye... :) Lama rasanya tak update blog. Huhu... Okey, ke mana agaknya Naj nak pergi kali  ni ya? Okey disebabkan adik Mu'az nak konvo hari Ahad, kite orang satu family bergerak pada malam Jumaat tu. Balik je kerja, siap-siap, dan akhirnya kite orang bergerak lepas solat maghrib. 

Sampai je kat Kedah, kite orang terus cari homestay yang kita orang cari melalui internet. Kena tempah awal tau, sebab masa kita orang nak buat booking kat homestay yang lain-lain tu, semuanya dah penuh. Yang tinggal cuma ni je. So kite orang redah je lah.

Homestay ni pon dah kira okey lah kan. Hahaha... Sampai je, kite orang angkut barang, dan terus tidur. Penat wei,  mengantuk sangat-sangat. Huhu...

Pagi esoknya, adik Mu'az kena pergi UiTM Merbok sebab nak ambik jubah konvo. Kite orang pulak? Nak buat apa ye? Ha, kite orang bergerak keluar masa dah nak hampir tengahari. Lepas makan-makan, kite orang pergi Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Adik Mu'izz nak sangat pergi ke sini. Dia minat pasal arkeologi semua ni. Nama dinosur dan ciri-ciri pun dia boleh hafal. Nama sultan pun dia tahu. Mak ai... mula-mula Naj terkejut jugak lah, tapi memang betul. Dia memang minat sangat pasal warisan sejarah ni.

Lepas je solat Zohor, kita orang pon masuk lah ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang ni. 




Berdiri tepi bendera



Bergambar di hadapan replika sampan zaman dahulu kala


Mama dan abah Naj :)


Adik Mu'izz asyik soal pasal benda-benda yang ada kat dalam Muzium ni.
Mama dengan abah layankan aje. Dah itu memang minat dia kan? Hehehe :)


Mama yang sporting. Hahaha :D :D


Adik-beradik Naj. :)
Masa ni Mu'az kat UiTM lagi


Bergambar bersama-sama



:D


Main cak-cak pulak dia. Hehehe :)


Kenangan bersama :D


Our bonding will never less :D


Suka sakan ye. Hehehe <3


Lompat hingga tinggi :D


Kawan borak, ceria, suka, gaduh.
Hahaha... semua ada! :D


Gambar meninggalkan seribu kenangan indah :)


Seni bina dahulu kala


Posing yang macam-macam. Hehehe...
Bila lagi kan? :)


^__^

Lepas je tengok benda-benda ni semua, kita orang pun turun ke bawah. Nak melangkah memang senang sikit berbanding masa naik bukit tadi. Nasib baik ada tangga. Hahaha... Lepas tu kite orang singgah jap air terjun kat situ. Memang cantik. Ada budak-budak sempat bermandi-manda kat situ. Adik Mu'izz mula lah dia. Nasib baik tak bawa baju lain, kalau tak mesti kite orang kena tunggu lama lagi kat situ. Hahaha... So, perjalan diteruskan ke Balai Besar dan Bangunan-bangunan lain yang ada kat situ, tapi tutup. Kesian betul adik Mu'izz. Kebetulan masa tu pun tengah azan Asar, so, kite orang pun terus singgah ke Masjid Zahir Alor Setar. Solat di sana. Memang nampak cantik sangat seni binanya.




Naj dan husband :)

Habis je solat, kita orang jalan-jalan di kawasan bangunan lama. 


Habis je jalan-jalan, kite orang pergi cari makan pulak. Kalau tak nanti lapar. Set tempat dengan adik Mu'az. Lepas je makan, balik terus ke homestay.

Esok pagi pulak, kite orang siap-siap sebab nak hadir ke majlis konvo Mu'az. Mama, abah gerak awal pagi dengan adik Mu'az. Naj, husband dan adik-adik yang lain gerak lambat sikit.





Kenangan bersama di majlis Konvo Mu'az :)

Habis je majlis konvo Mu'az, petang tu kite orang terus kemas-kemas segala baju untuk berangkat ke Pulau Pinang. Nak singgah Bukit Bendera kat Pulau Pinang. 

Nanatikan story seterusnya di Bukit Bendera Pulau Pinang :)

Thank you for reading this entry! :)

Tiada ulasan :