Sabtu, 4 Jun 2016

CaRa NaK cArI jAwAtAn KoSoNg!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hai semua... petang ni Naj nak share sesuatu pada korang semua.

'Macam mana kau boleh dapat kerja senang sangat Najwa?'

Ramai yang tanya Naj pasal benda ni. Hmm...

Sebenarnya, tak senang nak dapat kerja, lebih-lebih lagi kerja Kerajaan seperti  sangkaan orang sekeliling ni. Jangan lupa berdoa pada Allah. Ingat, semua yang kita ada sekarang ni, semua miliknya. Allah akan bantu pada orang-orang yang rajin berusaha.  Sebenarnya, dulu masa Naj kerja sebagai guru ganti, banyak kali gak aku fikir, kalau aku dah habis kerja  dekat sini, lepas ni aku nak kerja kat mana ye? Banyak kali benda ni menghantui fikiran aku. Actually, ada caranya... Kita kena usaha. Usaha tu macam mana? Kita jangan mudah untuk berputus asa dengan sesuatu perkara. Satu hari, entah macam mana, tangan aku gatal sangat nak cari kerja kosong ni ha, tetiba je terfikir dan terus google 'kerja kosong Kerajaan terkini'... Banyak laman web yang keluar bila korang search benda ni.  Tapi, ada satu cara yang lagi mudah, iaitu pemberitahuan melalui emel korang. Mari sini Naj ajar sikit. Naj rasa ilmu ni sesuai untuk dikongsi bersama 😃

Mula-mula, taip kat Google, 'jawatan kosong Kerajaan terkini'. Macam ni...



Lepas tu, akan keluar beberapa laman web pasal kerja kosong ni. Korang klik je mana-mana yang korang nak.



Then, bila dah terpapar beberapa kerja kosong kat situ, korang cari tempat untuk isi emel. Tempat isi emel ni ada kat web ni jugak. Korang scroll ke bawah, nanti jumpa macam ni...



Bila dah isi emel, beberapa saat kemudian, nanti keluar benda ni...


Email subscription request kena isi. Tiru je huruf yang warna merah ni.


Ni bermaksud request korang dah berjaya. Lepas tu, buka pula emel korang. Emel yang baru dihantar nanti, sebenarnya nak confirmation daripada korang.


Klik dekat emel yang korang dapat ni.


Korang kena klik link tersebut.


Emel subscription confirm!


Korang dah accept, nanti setiap hari, atau 2 hari lepas tu, mesti akan masuk jawatan kosong dalam emel korang.

Jadi, bolehlah buat pilihan kerja yang bersesuaian dengan korang.

Semoga beberapa tips yang Naj kongsikan ini dapat membantu korang di masa akan datang. Mana tahu ada rezeki kan? Janji kita cuba, tak gitu?

Okay, sampai sini saja, take care, enjoy your life!

Thanks reading! 😉

Tiada ulasan :