Khamis, 28 Julai 2016

PeNgALaMaN bErHaRgA InTeRvIeW kErAjAaN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Actually, perkara yang membuatkan hati Naj membuak-buak untuk menulis entry ini pun disebabkan ada yang tanya pasal pengalaman interview Naj. Haha... Masa Naj dapat surat panggilan temuduga, terus Naj cari bahan bacaan @ ilmiah berkenaan jawatan yang Naj apply hari tu. 


Masa tu, aku beriya-iya mencari nama-nama menteri dekat google. Lepas dapat semua nama menteri, aku cari semua maklumat berkenaan Selangor sebab interview aku ni SPN kan, so kena lah carik. Gigih punya pasal. Hahaha. Husband aku ada jugak cakap, tak payah hafal nama sultan atau menteri sangat, sebab dia orang tak akan tanya punya. Aku tak tahu nak percaya ataupun tak percaya. Half half je perasaan aku. Begitu meragukan. Haha. Sorry husband! Tapi aku baca jugak. Habis je temuduga, aku cakap kat dia...


'Betullah abang...,'
'Apa yang betulnya? Husband aku pelik. Yelah, mungkin dia fikir tentang tajuk apa yang aku bualkan.
'Pasal Interview tu lah, memang tak tanya pasal nama Sultan dan menteri-menteri'
Dia gelakkan aku. Hahaha... 'Tu lah, tak nak dengar'
'Bukan tak nak dengar, tapi.....erm....erm...tak ada apa-apa lah) =,= hahaha...


Tapi, seelok-eloknya korang bacalah. Dia ikut nasib jugak. Kalau penemuduga kau jenis yang rajin gila nak soal itu ini, ha, kau nak jawab apa kan? Haha.


So, ini ada beberapa tips berguna untuk korang sebagai panduan. (Tu pun kalau korang nak ikutlah, aku tak paksa pon) Hahaha...


1. Masa kat dalam bilik temuduga nanti, korang kena bagi ucapan salam. Ucapan salam ni bergantung pada agama pulak. Pulaknya korang dapat penemuduga orang India, takkan kau nak bagi assalamualaikum kan? Selamat pagi pun sudah memadai. 


2. Bila kau dah bagi salam, jangan terus duduk. Ha, ramai yang silap tentang benda ni. Kau kena tunggu penemuduga tu suruh duduk, baru kau duduk. Cara kau duduk pun diambil kira. Jangan duduk membongkok sangat. Kena duduk tegak. Kaki tu, jangan nak bersimpang siur sangat. Keadaan kaki biar sebelah menyebelah. Ada faham? Hek eleh, benda ni pun kena buat ke? Leceh betullah penemuduga ni. (Kalau korang nak kena reject awal-awal, buatlah) Aku just bagi panduan je. Kan? Hahaha...


3. Okay, penemuduga ni biasanya akan tanya tentang diri korang. Kau perkenalkanlah diri korang sampailah achievement yang korang pernah dapat. Pengalaman kerja pun korang kena cakap.


4. Lepas tu, dia orang mesti tanya apa yang awak tahu pasal jawatan yang sedang awak apply ni. Ha, korang jawablah bedasarkan pengalaman yang korang dah lalui atau bacaan ilmiah yang korang baca tu. Kalau boleh, masa jawab tu, pandang mata dia orang, body language tu biarlah tip-top, jangan cakap tersekat-sekat, jangan cakap terlalu perlahan. Bercakap tu biar memadai dan sampai ke telinga penemuduga tu. 


5. Bila dah jawab semua soalan-soalan penemuduga tu, dia orang mesti akan tanya soalan "cepumas". Mengapa kamu nak berkhidmat dengan kerajaan? Ha, korang kena bagi jawapan ikut kepakaran dan logik korang. (Soalan ni ada sesetengah je yang kena, bergantung pada nasib orang kata)


6. Bila dah tamat kena interview, bagi salam dulu sebelum keluar, jangan main keluar pulak.


Orang yang datang interview ni bukannya sepuluh orang ja, ramai tahu tak. So, perkara-perkara yang korang kena dan harus atau lebih senang sekali wajib BERPAKAIAN KEMAS! Sebab apa? Itu adalah first impression dekat penemuduga tu. Korang kena pakai kasut tutup. Kalau boleh warna hitam. (Nak pakai kasut berfesyen-fesyen... boleh, aku tak halang, tapi korang tadah telingalah ye, kalau kena perli ataupun ditegur) Nama pun interview, ikutlah cara pakaian orang pergi interview. 


Semoga bermanfaat!
Thanks reading! :)

Tiada ulasan :