Rabu, 3 Ogos 2016

MiSs ThOsE MoMeNtS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hye hye... apa yang kau rindu sangat ni Naj oiii... Hewhewhew... Sebenarnya, Naj rindukan suasana masa Naj duduk dengan family Naj dulu. Banyak moments yang seringkali singgah menerpa dikepala aku neh. Haha...


Macam mana aku tak rindu? Baru kini ku merasai perasaan itu. Dulu aku nangis-nangis sebab kena dok asrama kat sekolah teknik sepang. Meronta-ronta jiwa dan ragaku masa tu. ( Aku berpaut pada kaki dia orang masa nak tinggalkan aku dok asrama. Hahaha. Over!!! ) Aku memang dari dulu susah sangat nak duduk jauh-jauh daripada parents. Sekarang ni, bila duduk jauh daripada parents, tetiba je terngiang-ngiang suara dia orang. Huhu... 


Kalau masa pagi nak pergi kerja, selalu jugak kite orang berperang. Berperang maksud aku ni bukannya berperang mulut, tapi berperang nak bersiap cepat-cepat untuk pergi kerja. Hahaha... Aku masuk pukul 8, tapi aku kena keluar pukul 7 pagi. Mama aku pulak masuk kerja pukul 7.30, kena keluar daripada rumah jam 7 pagi. So, pepagi tu, memang kite orang akan bersiap-siap secepat mungkin. Kadang-kadang disebabkan aku punya perangai yang berlari-lari dalam rumah tu, sampai kadang-kadang terpeluk *(Terlanggar)* mama. Hahahaha.... Memang haru betullah wei. Hewhewhew...


Bila balik kerja je, mesti terus pergi dapur and say 'Laparnya...' Masa tu, memang mama dah balik daripada kerja. Kite orang akan masak sama-sama dan petang tu jugak my parents, my husband, adik Muizz n Muaz, and me, akan makan sama-sama on that time. Everybody was hungry that time, sebab balik kerja and balik sekolah kan. Memang tahap lapar dia lain macam even tengahari kita orang dah makan kat tempat kerja masing-masing. Hahaha... 


Bila adik Mu'izz dah balik sekolah, suka sakat-sakat dia. Kadang-kadang sampai menangis. (Jahat punya along) Hahaha. Sama jugak macam adik Nana and Widad. Kalau bab mengusik Mu'az pulak, kadang-kadang aku pulak yang terkena. Haha... 


Malam tadi, kite orang jumpa kat rumah saudara aku, abah aku cakap, 'Bila along dengan faez dah tak ada kat umah tu, rasa lain sikit.. Rasa sunyi...' Mana tak sunyinya, kalau along bangun pagi je, dah macam tikus mondok carik makanan. Bising gila. Lari sana, lari sini. (Abah aku yang cakap) Hahahahaaha.... Aduyai.... 


Geleng kepala bila teringat benda ni semua. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri pon hado, nasib baik suami aku tak nampak. Kalau dia nampak mesti dia ingat aku dah gila. Tersengih-sengih sendirian. Hahahaha... XD



Thanks reading! :)

Tiada ulasan :